Tue | Apr 04, 06 | 04:13:22 PM Oleh Din dq rusila
Semenjak kenaikan harga minyak yang melampau ini, kita mendengar terlalu banyak keluhan rakyat Malaysia terutamanya Melayu Islam yang kebanyakannnya sudah berada di bawah paras mampu untuk menampung kos hidup yang terlalu tinggi, dan perkara ini sudah terbukti melalui perhimpunan agung Umno sendiri yang mana orang Melayu Islam hanya mengusai lebih kurang 30% peratus daripada ekonomi Malaysia sedangkan mereka adalah bangsa yang majoriti. Dalam masa yang sama pemimpin Umno dari kalangan orang Melayu Islam adalah di antara golongan yang terkaya di Malaysia melalui projek- projek mewah yang dibahagikan dikalangan kroni-kroni mereka sahaja, dan mereka melupakan sama sekali nasib anak bangsa yang seagama dengan mereka yang kebanyakannya tidak berpeluang untuk menikmati hidup secara sederhana pon apatah lagi mewah. Jika Islam di beri kuasa memerintah apakah agaknya cara yang akan digunakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat yang tidak mampu ini? Pertamanya sistem ekonomi Islam ialah sistem ekonomi yang adil dan sederhana jika dibandingkan dengan sistem kapitalis yang dianuti Malaysia, yang mana orang kaya terus kaya dan orang miskin terus miskin dan manusia dibiarkan dengan usaha mereka sendiri, kalau kaya kayalah kalau miskin lantaklah. Begitu juga sistem ekonomi Islam lebih adil jika dibandingkan dengan sistem ekonomi Sosialis yang menyamaratakan hak memliki harta dikalangan semua rakyat tanpa mebenarkan orang menjadi kaya dengan usaha mereka sendiri. Sistem ekonomi Islam membenarkan seseorang itu menjadi sekaya mungkin dengan cara yang betul tanpa mengabaikan nasib bangsa seagama yang tidak mampu tanpa pembelaan, maka di wajibkan membayar zakat dan diberi kepada orang yang berhak, kerana asal harta semuanya adalah milik Allah Ta'ala dan ianya untuk semua hambanya dan bukan kepada sesetengah golongan sahaja, dan asas persaudaraan dalam Islam yang berdasarkan kepada iman tidak membenarkan seseorang muslim itu membiarkan saudaranya kesusahan tanpa pembelaan. Tetapi apa akan jadi jika harta zakat itu tidak mencukupi? Islam ada penyelesaian lain untuk perkara ini, iaitu harta orang kaya yang berlebihan akan diambil oleh pemerintah untuk menampung orang-orang miskin supaya kehidupan mereka terbela tanpa memudaratkan balik si kaya tadi. Bayangkan jika Islam memintah dalam keadaan ramai orang miskin di Malaysia dan harta zakat tidak mencukupi, harta siapa agaknya yang mula-mula sekali akan diambil? Sudah tentulah harta pemimpin- pemimpin Umno, kerana mereka ialah golongan Melayu Islam yang paling kaya sebagaimana yang telah terbukti melalui penyelewengan mereka seperti anak-anak Dr Mahathir, menantu Paklah, Rafidah Aziz, Nazri Aziz yang baru dicuri duit dalam rumahnya RM350000 dan pemimpin Umno lain yang berjudi berjuta-juta ringgit dan sebagainya dan kita akan menuntut hak ini. OLEH ITU BERGEMBIRALAH RAKYAT MALAYSIA JIKA ISLAM MEMRINTAH DAN NAHASLAH KAMU PEMIMPIN UMNO -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
