Tue | Mar 07, 06 | 12:30:17 PM 
Oleh Hannah LPHEL DMPP  sai saya menatap berita di TV3 (suku) 
semalam, saya berasakan bahawa tanggungjawab kerajaan memang benar-
benar telah dikembalikan kepada rakyat melalui projek penswastaan 
yang mula-mula diperkenalan tahun 80an dahulu.

Ketika mula-mula diperkenalkan dengan konsep penswastaan di bangku 
sekolah dahulu, tiada yang negatif pada pandangan saya. Cuma apabila 
telah telah mampu berfikir sendiri, sebenarnya dasar ini meskipun 
pada pandangan zahirnya nampak cukup elok, tetapi dari segi 
batinnya, ia banyak menyusahkan rakyat.
 
Barisan kabinet BN bukanlah sangat orang-orang yang benar-benar 
faham tentang undang-undang. Di dalam pilihanraya kecil Pengkalan 
Pasir yang lalu contohnya, perkara tentang meletakkan jawatan tanpa 
alasan pun mereka tidak tahu! Perkara tanggungjawab kerajaan 
terhadap rakyat sememangnya telah dilindungi oleh Perlembagaan 
Malaysia yang berkiblatkan undang-undang penjajah itu. Kerajaan 
mesti menyediakan segala keperluan rakyat: air, elektrik, petrol, 
pendidikan, kesihatan dan macam-macam lagi.
 
Tidaklah disebutkan di dalam Perlembagaan tentang bagaimana 
tanggungjawab itu perlu dilaksanakan, namun yang pasti seperti 
seorang bapa, segala keperluan ahli keluarga wajib dilaksanakannya. 
Cuba bayangkan senario ini:
 
Bapa: Ali, susu yang kau minum ni dah naik harga. Bapak kena tambah 
sikit subsidi kat kau ni, kalau dulu kau kena bayar RM1.50, sekarang 
kau kena bayar RM2 kat bapak. Bapak bayar selebihnya untuk kau, RM15 
tau! Kalau bapak tak bagi subsidi, kau kena bayar sendiri RM17.
 
Si anak yang memang lemah dan tidak berdaya, cuma terkebil-kebil 
kebingungan. Bapakkah ini? Bapak masih boleh maintain kereta mewah 3 
biji, masih pakai blazer yang mahal-mahal, masih makan di restoran 
mewah, masih shopping di Eropah (tak mainlah di KLCC, jauh sekali 
nak bersesak-sesak di dalam Mega Sale) tapi bapak berkira terhadap 
tanggungjawab bapak sendiri?
 
Begitulah ibarat yang saya boleh fikirkan. Mungkin sedikit berbeza 
dengan keadaan hubungan kerajaan-rakyat, namun takrifan 
tanggungjawab dan bagaimana ia dilaksanakan tentulah tidak jauh 
berbeza. Kini, rakyatlah yang menanggung segala-galanya. Untuk 
menyelamatkan TNB yang kurang untungnya tahun ini, tarif elektrik 
bakal naik lagi tahun ini. Begitu juga air, busuk atau tidak, air 
ada atau tidak, rakyatlah yang mengeluarkan wang sendiri demi 
mendapat bekalan tersebut. Kini, petrol pula. Dengan alasan RM4.4 
bilion akan digunakan untuk kemudahan pengangkutan, rakyat lagi 
diminta berkorban untuk setiap liter petrol dan diesel yang 
digunakan. 
 
Saya pasti keadaan sosial negara bakal bertambah parah lagi selepas 
ini. Yang miskin akan bertambah miskin: masih ada yang hidup 
berharapkan ihsan orang, masih ada yang kais pagi makan pagi hatta 
masih ada yang terpaksa berlapar akibat tiada apa hendak dimakan. 
Itu keadaan orang miskin. Keadaan mereka yang bekerja pula mungkin 
akan makin tertekan. Mereka terpaksa membuat 2 pekerjaan untuk 
menampung kos hidup. Akibatnya keluarga entah ke mana, anak-anak 
kurang perhatian dan kasih sayang... selebihnya sukar saya hendak 
tuliskan disini... sangat luas akibatnya apabila pertimbangan tidak 
didasarkan kepada petunjuk agama sendiri.
 
Rakyat diminta berjimat cermat, malah rakyat juga diajar pemanduan 
berhemah untuk menjimatkan penggunaan, tapi semua itu tidak cukup. 
Petrol merupakan bahan makro, bila ia naik, maka yang lain-lain 
bakal naik. Takkanlah beras dari Kedah ke KL hendak diangkut dengan 
basikal? Maka saya tidak pelik dengan kenyataan Najib malam 
tadi, "kerajaan jamin tiada yang akan dinaikkan sewenang-wenangnya 
kecuali dengan alasan yang kukuh." Mula-mula dengar legalah juga, 
tapi "kecuali dengan alasan yang kukuh" tu memang berdebarlah juga. 
Bukankah kenaikan petrol merupakan alasan yang kukuh? Kalau tidak, 
takkanlah kenaikan tarif TNB dibenarkan?
 
Saya fikir, pembangunan yang dinikmati sebahagian kecil rakyat 
negara ini adalah daripada air mata rakyat keseluruhannya. Rakyat 
disuruh membayar untuk mendapatkan kebanyakan keperluan, dimarah dan 
dihina apabila gagal membangunkan diri sendiri di tengah-tengah 
kesusahan, oh macam-macam lagi. Namun, kerajaan terus-terusan 
menyatakan kerajaan bertanggungjawab dan sebab itulah masih terus 
menyediakan subsidi tersebut (Utusan Malaysia, 6hb Mac 2006). Tidak 
tahukah kerajaan bahawa sedekah adalah berbeza dengan tanggungjawab?
 
Kita ditahun 2006, jauh lagi pilihanraya umum akan diadakan. Dan 
sehingga itu, rakyat mungkin akan lupa lagi tentang betapa robeknya 
hidup rakyat dibuat oleh Kerajaan BN ini. Namun, sebagai manusia 
biasa, siapalah yang tidak mempunyai harapan? Hidayah tetap milik 
Allah, tugas saya ialah sama-sama mengingatkan biarpun terpaksa 
ratusan kali bercakap perkara yang sama! 


BERAMAL KERANA ALLAH 

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Rabb kami ialah Allah", 
kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap 
mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. " (Al-Ahqaf:13)
 










------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke