Biografi Imam Al Ghazali
(450H-505H bersamaan 1058M-1111M)

Imam Al Ghazali r.a.h adalah tokoh ilmu sufi yang terkenal, lebih 
lebih lagi di kalangan mereka yang mempelajari kitab kitab karangan 
beliau seperti ihya ulumuddin,minhajul abidin,bidayah alhidayah dan 
lain lain lagi.

Nama sebenar imam Alghazali ialah Muhamad bin Muhammad bin Muhammad 
bin Ahmad Al ghazali Altusi.Beliau lebih dikenali dengan panggilan 
Alghazali iaitu nisbah kepada kampung tempat kelahirannya iaitu 
ghazalah yg terletak dipinggir bandar Tusi di dalam wilayah 
Kharasan, Parsi, (Iran). Dengan itu Alghazali bererti org ghazalah, 
kemungkinan juga panggilan tersebut dinisbahkan kepada bapanya 
seorang tukang tenun kain bulu yang dalam bahasa arabnya dikatakan 
alghazzal.

Imam Alghazali juga digelar Abu hamid, yang bererti bapa kepada 
Hamid iaitu dinisbahkan kepada anaknya. Beliau juga digelar hujjatul 
islam iaitu suatu gelaran penghormatan yang diberikan kepadanya 
kerana kejituan dan kekuatan hujjahnya di dalam membela agama islam.

Abu Hamid Muhammad Alghazali Altusi adalah seorang tokoh ulama' yang 
luas ilmu pengetahuannya dan merupakan seorang pemikir besar dalam 
sejarah falsafah islam dan dunia. Dalam ilmu feqah beliau bermazhab 
syafie sementara dalam ilmu kalam beliau mengikuti aliran assyaari 
atau ahlu sunnah wal jamaah. Beliau lahir pada tahun 450H bersamaan 
1058M.

Bapanya adalah seorang miskin yang soleh, makan dari hasil usaha 
sendiri menenun pakaian daripada bulu kemudian menjualnya di pekan 
Tusi.Beliau sangat suka belajar ilmu agama dan mendampingi para 
ulama' sufi. Beliau meninggal dunia semasa Alghazali dan saudaranya 
yg bernama Ahmad masih kecil tetapi sempat menyerahkan sedikit wang 
saraan serta mewasiatkan tentang pengurusan pembelajaran kedua 
anaknya itu kepada sahabatnya yang miskin yang menjadi guru dan ahli 
tasawwuf.

Sahabatnya itu telah mendidik dan mengajar mereka berdua menulis 
sehinggalah wang peninggalan bapanya habis.kemudian sahabat itu 
telah menasihatkan Alghazali dua bersaudara agar pergi ke Tusi 
belajar di sebuah sekolah yang didirikan oleh perdana menteri Nizam 
Al malik,yang memberi saraan makan, pakain dan buku buku kepada 
pelajarnya. Beliau sendiri tidak mampu menyara mereka berdua.

Dengan itu, mereka berdua meninggalkan ghazlah menuju Tusi. Di sana 
Alghazali belajar membaca, menulis ,menghafal Al Quran, ilmu nahu, 
bahasa arab, ilmu matematik dan juga ilmu feqah daripada As Syeikh 
Ahmad bin Muhammad ArRazakani.Beliau amat suka mempelajari ilmu 
feqah dan perundangan islam sementara saudaranya Ahmad amat suka 
mempelajari ilmu tasawwuf dan akhirnya menjadi ahli sufi dan 
pendakwah yang masyhur digelar Abu AlFatuh.

Pada tahun 469H,Alghazali telah melanjtkan pelajarannya ke Jarjan 
berguru dengan Abu Nasr Al Ismaili.Di sana beliau telah berkahwin 
kemudian beliau pulang ke Tusi selama tiga tahun. Dalam masa ini 
beliau belajar tasawwuf daripada Yusuf Annasaj,seorang sufi terkenal.

Dalam perjalanan pulang ke tusi daripada Jarjan,Alghazali telah 
dirompak termasuk kertas catitan pelajarannya.Daripada peristiwa 
itulah beliau mulai menghafal pelajarannya tidak lagi bergantung 
kepada nota catitan lagi.

Pada tahun 471H, Alghazali berangkat menuju ke sekolah tinggi 
Nizmiyyah di Naisabur. Di sana beliau belajar daripada Abu Almaa'li, 
Diyaauddin Aljawaini yang terkenal dengan gelaran Imam haramain. 
Berbagai cabang ilmu pengetahuan telah dipelajari daripadanya samada 
ilmu agama seperti feqah dan ilmu kalam atau ilmu falsafah seperti 
mantik,jidal,hikmah dan lain lain sehingga beliau mengetahui 
berbagai mazhab, perbezaan pendapat masing masing dan beliau dapat 
menolak tiap tiap aliran yang dianggap salah. Bahkan beliau dapat 
mengimbangi keilmuan gurunya itu.Di sini beliau mula mengarang 
berbagai buku dan berbagai bidang, diantara buku karangannya yang 
dikagumi gurunya ialah yang dinamakan al mankhul.

Sewaktu berada di Naisabur, Alghazali juga mempelajari teori dan 
amalan tasawwuf daripada seorang alim fakih dan ketua ahli sufi 
disana yang bernama Alfaramdi.Al ghazali juga belajar tasawwuf 
daripada Abu Bakar Al warak dan Abu Bakar Altusi.

Selepas kematian gurunya, Alghazali telah berpindah ke Muaskar atau 
askar,suatu tempat di Iraq, atas jemputan Nizam Almalik. perdana 
menteri dari Sultan Turki yang berkuasa di bawah pemerintahan 
khalifah Abbasiyyah dari Baghdad. Di Muaskar, Alghazali diminta 
memberi pengajaran ssekali dalam dua minggu dihadapan pembesar dan 
para ahli ilmu disamping kedudukannya sebagai penasihat agung kepada 
perdana menteri. Dengan itu kedudukannya semakin penting dikalangan 
rasmi.Pengajian dua mingguan itu berlangsung selama lima tahun.

Selepas itu pada tahun 484H Alghazali telah dilantik menjadi 
Profesor kanan di universiti Nizmiyyah di Baghdad.Waktu itu beliau 
baharu berusia 34 tahun.Perlantikan ke jawatan itu belum pernah 
diberikan kepada sesiapa pun pada usia yang sebegitu 
muda,perlantikan itu adalah merupakan suatu penghormatan tertinggi 
di dalam dunia islam ketika itu.

Kemasyhuran beliau sebagai orang alim,guru serta pemidato yang petah 
berucap tersebar dengan cepat.Kuliahnya semakin menarik perhatian 
para pelajarnya,beratus ratus orang kenamaan dan terhormat turut 
menghadirinya.

Pada tahun 488H,khalifah al mustazhar billah yang baru ditabalkan 
menjadi khalifah ditahun  487H yang sedang menghadapi ancaman 
gerakan sesat golongan batiniah yang menimbulkan kekacauan,keganasan 
dan pembunuhan sulit terhadap sahabat akrab alghazali iaitu perdana 
menteri nizam almalik ditahun 483H,telah meminta alghazali menulis 
sebuah buku menerangkan keburukan keburukan golongan batiniah dan 
kebaikan kebaikan pemerintahan khalifah mustazhar.Alghazali telah 
menyahut permintaan tersebut dengan menulis bukunya yang dinamakan 
almustazhiri sempena gelaran khalifah.Buku berkenaan politik atau 
Negara ini juga dikenali sebagai "fadhaih al batiniah wa fadhail 
almustazhiri".Kemudian iikuti dengan buku yang lain antaranya 
hujatul haq,mufasil alkhilaf dan sebagainya.

Setelah berkhidmat selama 4 tahun di universiti Nizmiyyah,alghazali 
telah meletak jawatan pada bulan zulkaedah tahun 488H kerana beliau 
jatuh sakit selama enam bulan yang tidak dapat diubati oleh tabib 
ketika itu akibat dari pergolakan jiwa yang timbul dari keraguan 
terhadap pemikiran falsafah dan pertentangan perasaan diantara nafsu 
cintakan pangkat dan harta dan antara cetusan jiwa suci mahu 
mengabdikan diri kepada Allah semata mata dengan beruzlah dan 
beramal ibadah gauh dari gah masyhur,kesenangan dan kemewahan 
duniawi yang sementara.

Alghazali telah memutuskan tekad untuk meninggalkan kota Baghdad dan 
kemewahannya demi untuk menjadi seorang sufi.beliau telah mewakafkan 
semua kekayaan harta bendanya,hanya yang diambil sekadar yang 
mencukupi bagi menyelenggara keluarga dan bekallan perjalanan 
nanti.Kemudian beliau menuju ke syam (Syria) dengan niat hendak 
berkalwah dimasjid jami' dikota damsyik.Disana beliau tinggal kira 
kira 2 tahun dengan melakukan uzlah,khalwah,mujahadah,riadah dan 
beribadat menurut tasawwuf yg dipelajarinya.Semua itu dilakukan 
untuk menjernihkan hati agar mudah berzikir kepada Allah 
Taala.Sambil beliau beribadah sambil pula beliau memberikan kuliah 
tasawwuf di salah satu sudut masjid itu yg sehingga sekarang,ianya 
dikenali sebagai sudut alghazali.Pada tiap hari beliau naik ke 
puncak menara masjid damsyik yang tinggi itu dan mengunci pintunya 
dari dalam agar terhindar dari gangguan orang.disinilah beliau 
berkhalwah melatihkan batin,berjuang menentang nafsu,melawan 
kemalasan hati,membersihgkan diri,mendidik akhlak dan menyucikan 
hati dengan memperbayakkan zikir Allah.Semasa beliau berada 
disinilah beliau menulis karyanya yang besar berjumlah 4 jilid iaitu 
ihya ulumuddin.

Dari Damsyik, diakhir tahun 490H beliau berangkat ke baitul maqdis 
di Palestin untuk meneruskan ilmu kesufiannya dengan mengunjugi 
masjid al aqsa dam masuk ke dalam sahkrah setiap hari kemudian 
menguncinya dari dalam untuk berkhalwah dan berdoa memohon hidayah 
daripada Allah subhanahu Wa Taala.

Alghazali tidak lama tinggal di palestin kerana beliau terpaksa 
menyelamatkan diri dari keganasan tentera salib kristian yang 
berjaya merampas Palestin dari kaum muslimin. Beliau menuju ke 
kaherah Mesir dan kemudian ke Iskandariah. Beliau hanya berada 
sekejap saja di Mesir, kemungkinan disebabkan ulama' Universiti Al 
azhar ketika itu dibawah kekuasaan kerajaan Fatimiyyah dari golongan 
syiah tidak memberikan sambutan yang baik, dan kemungkinan juga 
kerana perbezaan fahaman antara ASWJ dengan syiah.

Di katakana Alghazali telah berazam bertolak dari Mesir menuju 
Maghribi untuk menemui Amir Yusuf bin Tasfin, seorang amir yang 
sukakan cendikiawan tetapi kemudiannya beliau menukarkan niatnya 
menuju ke tanah suci makkah dan madinah setelah mendapat tahu 
tentang kematian Yusuf bin Tasfin.

Kira kira 8 tahun berada di hijjaz beliau pun merasa rindu hendak 
pulang ke Baghdad untuk menziarahi keluarga, anak anak dan 
isterinya.Sungguhpun Al ghazali menjadi seorang zuhud, wara',namun 
kecintaan kepada ank anak dan isteri mempengaruhi beliau untuk 
pulang. Beliau cintakan Allah serta cintakan kepada keluarga dan 
anak isteri tetapi cintakan Allah mengatasi segala galanya. Oleh itu 
Alghazali mengimbangkan di antara dua kehidupan,dunia dan akhirat.
SambungÂ…

Al Ghazali tidak lama tinggal di Baghdad kali ini kerana pada tahun 
499H beliau berpindah ke Nisabur.Di sana beliau telah diangkat 
menjadi ketua Prof. kanan di universiti Nizmiyyah cawangan Nisabur 
oleh perdana menteri Fakhrul Al malik, anak perdana menteri Nizam 
Almalik. Alghazali kemudiannya kembali ke Tusi tempat kelahirannya 
pada tahun 500H setelah Fakhrul Almalik menerima nasib yang sama 
dengan ayahandanya, mati dibunuh oleh puak batiniyyah.Di Tusi, 
Alghazali telah mendirikan sebuah madrasah dan mengajar para 
pelajarnya tentang hukum, akidah dan tasawwuf.

Ahmad, anak sulung Nizam Almalik yg dilantik menjadi perdana menteri 
menggantikan saudaranya yang mati dibunuh telah meminta Alghazali 
bertugas semula di universiti Nizmiyyah. Alghazali yang kini 
mengajar kerana Allah dan bukan kerana mengejar pangkat, kemuliaan 
dan perdampingan diri dengan khalifah sebagaimana masa lampau telah 
menolak permintaan itu.lebih lebih lagi, pada masa itu beliau tidak 
suka lagi melibatkan diri dalam majlis majlis perdebatan dan 
pelajarnya seramai 150 orang di Tusi sukar untuk pergi ke Baghdad 
berpindah bersamanya.

Alghazali menghabiskan hari hari akhir kehidupannya dengan 
mengarang, mengajar dan juga belajar. Sebelum itu beliau tidak dapat 
menumpukan peerhatiannya kepada pembelajaran ilmu hadith.Oleh itu 
beliau telah mempelajari sahih bukhari dan muslim di bawah seorang 
muhaddith terkenal iaitu hafiz A'mr (ain.mim,ra) bin Abu Hassan al 
Rawasi, malah beliau telah mendapat ijazah dari mempelajari kedua 
dua kitab tersebut.

Sebelum meninggal dunia, Alghazali telah mengarang ratusan buku 
dalam berbagai bidang seperti falsafah, mantik, agama,akhlak, 
tasawwuf, kenegaraan dan teori pemerintahan tetapi hasil karyanya 
yang tinggal sekarang tidak sampai pun seratus buah. Di antara 
karyanya yang telah di terjemah ke dalam bahasa melayu atau 
Indonesia ialah ihya ulumuddin, bidayah alhidayah, minhajul abidin, 
mizan al a'mal, ayyuhal walad, kimia assaadah dan lain lainnya.Di 
antara buku yang terakhir ditulis oleh beliau ialah minhajul abidin 
dan yang paling terakhir ialah buku berkaitan ilmu kalam.

Alghazali meninggal dunia yang fana' di Tusi pada hari Isnin,14 
Jamadil Akhir tahun 505H bersamaan 19 Disember 1111m dan disemadikan 
diperkuburan Tabiran.










--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke