Saksikan liputan khas Kongress Ekonomi Nasional 2006 melalui http://wtv8.tv
 
 
Kongres Ekonomi Nasional: DEB gagal kerana kelemahan sistem penyaluran PDF Cetak
Sat | Apr 08, 06 | 02:25:39 PM
Oleh Wartawan Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 April (Hrkh) - Para pembentang dan pembahas Kongres Ekonomi Nasional 2006 (NEC 2006) sependapat, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah gagal dan kelemahan terbesar terletak kepada dilivery siystem (sistem penyaluran) dasar itu.
Kegagalan ini pula banyak disebabkan oleh kelemahan manusia yang puncanya adalah rasuah di kalangan pelaksana dan penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin.
 
Bekas Pengerusi Eksekutif Guthrie, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembentangannya berkata, penyebab utama kegagalan DEB adalah sistem penyaluran pembangunan dan perbelanjaan kewangan negara yang gagal. Semuanya diletakkan kepada kegagalan manusia.
 
Sehubungan itu, Khalid melihat  faktor penting berhubung manusia ini iaitu pemimpin yang bukan bermuka-muka dan ketulusan dalam pentadbiran.
"Sehingga kini, saya tidak henti-henti mencari kepimpinan yang terbaik untuk negara ini iaitu yang tulus dalam menjalankan tanggungjawabnya," kata Tan Sri Khalid dalam pembentangannya.
 
Khalid berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk "Prestasi Dasar Ekonomi Baru Dalam Memartabatkan Status Ekonomi Kaum Bumiputera: Satu Penilaian Objektif dan Langkah ke Hadapan".
 
Bagi Dato' Mustafa Ali yang mengulas kertas itu, konsep Pembangunan Insan telah dibentangkan oleh pasukan PAS yang diketuai beliau dalam Majlis Perunding Ekonomi Negara (Mapen) pada tahun 1989 lalu.
"Modal insan baru sahaja ditekankan kebelakangan ini oleh kerajaan," kata beliau.
Bagi Mustafa, inilah punca kegagalan DEB iaitu kelemahan dilivery siystem yang dihasilkan dari kelemahan insan yang merangka, melaksana dan menerima  DEB itu.
 
Bagi beliau, prinsip pembangunan insan telah dinukilkan oleh Imam Al Ghazali lagi iaitu gabungan dari pemimpin yang adil, ulama yang benar (cakap dan amalannya), peniaga yang jujur dan golongan miskin yang sentiasa berdoa agar negara makmur.
"Bagaimana golongan rakyat termiskin ini mahu mendoakan negara makmur kalau mereka tidak menerima apa-apa dari negara," kata Mustafa.
 
Bagi Abdul Rahman Othman pula, modal insan yang terbaik kini berada pada parti pembangkang ekoran keluarnya mereka dari kerajaan akibat dari ketidakpuasan hati mereka dengan kerajaan.
"Kita ada modal, kamu (kerajaan) ada wang dan kuasa. Kita kena bincanglah bagaimana hendak menggabungkan kedua-dua ini untuk kepentingan agama, negara dan bangsa," kata beliau.
 
Pengulas ketiga, Dato' Paduka Ibrahim Ali pula berkata, persoalan yang perlu ditangani sekarang adalah pemimpin yang bersih dan amanah adalah dari kalangan ulama
"Tetapi persepsi di dalam masyarakat pula, golongan ustaz ini tidak boleh mentadbir...ini dilema kita," kata beliau.
 
Dato' Paduka Ibrahim setuju benar, rasuah dan penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin adalah faktor utama kegagalan DEB.
"Umno memang jelas korup. Timbul persoalan sekarang bagaimana boleh kita menjadikan PAS sebagai parti alternatif kepada Umno ini?" kata Ibrahim.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke