Assalamualaikum

                      Awak marah dengan rakya Singapura atau awak marah 
dengan KERAJAANNYA?


>From: syed dahij Reply-To: [email protected]
>To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
>Subject: Bismillah [hidayahnet] Caj kereta Singapura
>Date: Mon, 3 Apr 2006 11:09:32 +0100 (BST)
>
>
>Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:    sila ke http://wtv8.tv saluran 
>alternatif anda
>
>   Caj kereta Singapura tanpa lengah
>
>ROSLAN SMS
>
>   Buat masa ini kereta pendafataran asing yang dibawa pandu masuk ke 
>Malaysia samada melalui sempadan Thai ataupun Singapura tidak dikenakan 
>sebarang caj masuk kecuali tol. Bagi kenderaan yang masuk dari Singapura 
>mereka membayar RM2.60.
>
>
>
>Bermakna mereka bebas membawa masuk kenderaan mereka, menikmati barangan 
>dan makanan murah di Malaysia, membayar kos petrol yang murah, menginap di 
>hotel-hotel mewah yang murah, menikmati lebuhraya kita (ada juga menikmati 
>pelacur-pelacur dan GRO Malaysia yang juga lebih murah dari di negara 
>mereka), berjudi di Genting Highlands dan kemudian kembali ke Singapura 
>dengan hati senang dan perut kenyang.
>
>Sedangkan kenderaan Malaysia yang dipandu masuk ke Singapura pada hari-hari 
>bekerja dikenakan bayaran Dolar Singapura 20.00 bagi kereta dan Dolar 
>Singapura 4.00 bagi motosikal sehari dari jam 2.00 pagi ke 5.00 petang.
>
>Dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini disiarkan berita yang kabinet sedang 
>berura-ura untuk mengenakan caj RM20.00 ke atas kereta-kereta yang masuk 
>dari Negara Thai dan Singapura. Ini kononnya bagi mengimbangi subsidi 
>petrol yang hilang apabila kereta-kereta ini mengisi minyak untuk kenderaan 
>mereka di Malaysia.
>
>Dan berita ini sudah pun menerima reaksi khasnya dari warga Singapura. 
>Channel News Asia yang berpusat di Singapura, didalam laman webnya 
>menyiarkan reaksi rakyat Singapura terhadap ura-ura ini. Ada yang 
>mengatakan:
>
>If theyre doing big business, I think 20 ringgit is nothing. But if just a 
>small business, or maybe just go for tour, I think they will think about 
>it.
>
>Seorang lagi pemilik kenderaan mengatakan:
>
>Im sure nobody will want to go there. 20 ringgit is a lot. Right now, were 
>already paying 2.60 ringgit. I think 20 ringgit is a lot.
>
>Dengan kemelut JAMBATAN BENGKOK yang belum selesai, yang telah pun menerima 
>reaksi negatif dari kerajaan dan rakyat Singapura, memang dijangkakan 
>ura-ura caj masuk ini pun sudah pasti akan dipandang dingin oleh mereka.
>
>Bagi saya tidak ada sebab mengapa rakyat Singapura khasnya tidak patut 
>dikenakan caj kemasukkan itu memandangkan mereka datang ke sini untuk 
>menikmati serba-serbi yang mewah dan menyeronokkan sedangkan rakyat 
>Malaysia hidup terbeban dengan kenaikkan besar harga minyak.
>
>Jangankan RM20.00 saya kira caj yang lebih besar patut dikenakan ke atas 
>mereka itu.Saya kira dalam hal ini kerajaan perlu bertegas. Kenakan RM50.00 
>hatta RM100.00 sekalipun saya percaya mereka akan mampu bayar. Kemudian 
>bagi kenderaan mereka yang ke luar, pastikan perlu melalui skan dari online 
>Polis Trafik bagi memastikan mereka bayar terus sebarang saman yang 
>dikenakan terhadap mereka sepanjang berada di Malaysia
>
>Bagaimana kalau mereka tidak mahu masuk nanti?
>
>Saya kira apa pun jadi warga Singapura itu akan tetap berkunjung ke 
>Malaysia.Mereka tiada pilihan kecuali kereta mereka boleh terbang terus ke 
>Thailand atau Indonesia!
>
>Kepentingan mereka di Malaysia sebenarnya terlalu besar untuk mereka 
>memboikot kita. Wang Singapura telah mencurah-curah masuk menguasai 
>syarikat dan haratanah di Malaysia.
>
>Cuma kita sahaja yang kadang-kadang kelihatan tertunduk-tunduk merendah 
>diri, bersedia dengan mudah menggadai dan menjual maruah kerana kononnya 
>nak menjaga hati negara pulau itu. Kalau ke atas rakyat sendiri kita 
>sanggup mengenakan kenaikkan harga minyak yang besar, apa istimewanya warga 
>Singapura itu?
>
>   sila ke BLOG ROSLAN SMS
>   http://n32.blogspot.com
>
>
>---------------------------------
>To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! 
>Security Centre.

_________________________________________________________________
Download MSN Messenger emoticons and display pictures. 
http://ilovemessenger.msn.com/?mkt=en-sg






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke