Islam hadhari: Sesat dan menyesatkan? Thu | Mar 30, 06 | 06:21:16 PM Oleh Ketua Perusuh Apakah itu ISLAM HADHARI? Persoalan ini selalu bermain di fikiran majoriti orang-orang Islam di Malaysia. Bahkan orang bukan Islam pun bertanya-tanya mengenainya. Disini saya huraikan sedikit sebanyak mengenai ISLAM HADHARI.
ISLAM HADHARI adalah satu konsep ISLAM yang dikemukakan oleh Abdullah Ahmad Badawi selaku cucu seorang Ulama zaman lampau. Konsep yang ditekankan oleh ISLAM HADHARI ialah kesederhanaan dalam pelbagai segi. Ini termasuk penerapan nilai-nilai ISLAM didalam kehidupan seharian. ISLAM HADHARI ialah dimana ISLAM digunapakai mengikut HAD-HAD tertentu pada HARI-HARI yang ditetapkan sahaja. Sebagai contoh, 1. Hari Jumaat. ISLAM digunapakai pada waktu solat jumaat berjumaah secara siaran langsung. Namun tiada HAD (kuasa) untuk menahan mana- mana orang ISLAM yang tidak bersolat jumaat. 2. Penahanan mana-mana individu tidak dikawalselia oleh HAD (tatacara) yang telah ditetapkan didalam ISLAM. Ini berlaku pada setiap HARI dimana tahanan dibogelkan semasa disoalsiasat dan dikasari. 3. Konsep penahanan didalam ISLAM tidak diterima pakai malah penahanan tanpa HAD dilakukan kepada sesiapa yang tidak selari dengan pandangan kerajaan pada setiap HARI. Ini termasuk tahanan ketika berdemo dan juga tahanan akta keselamatan dalam negeri. 4. Keperluan menutup aurat (tudung) tidak mestikan kepada semua pelajar perempuan beragama ISLAM di sekolah. Mana-mana pengetua atau guru besar yang melaksanakan HAD pemakaian tudung ini boleh diambil tindakan. Pemantauan oleh Kementerian Pelajaran dilakukan setiap HARI untuk perkara ini. 5. Mana-mana pihak dibolehkan mencabar mana-mana undang-undang ISLAM malah tanpa HAD atas nama kebebasan beragama dan perlembagaan. Beberapa kes telah berjaya ditimbulkan oleh orang-orang kafir setiap HARI di media elektronik dan cetak. 6. Penyanyi perempuan lagu "ISLAM HADHARI" yang selalu ditayangkan di TV1 dan TV2 dilihat tidak menutup aurat malah mewarnakan rambut mereka dengan warna-warna ala burung belatuk. Inilah ISLAM yang ditonjolkan tanpa HAD setiap HARI. 7. Sistem kewangan berasaskan riba (walaupun dikatakan berkonsepkan syariah) ditonjolkan yang kononnya diambil dari konsep ISLAM, malah dipaksakan kepada semua orang ISLAM menggunakannya setiap HARI tanpa HAD (tatacara) yang ditetapkan oleh ISLAM. 8. Penyelewengan, kezaliman dan penindasan kepada hamba rakyat dibenarkan sama sekali tanpa HAD setiap HARI oleh ISLAM yang dipelopori oleh Abdullah Ahmad Badawi. 9. Rasuah adalah dibenarkan dalam segala urusan tanpa HAD setiap HARI walaupun ianya tidak dibenarkan oleh ISLAM. 10. Ingat.... Zakat wajib diberikan hanya kepada pengurus-pengurus PPZ (LPZ) yang ditetapkan sahaja. Sesiapa yang melanggarkan boleh dikenakan denda atau penjara. Walaupun PPZ (LPZ) menyelewengkan wang zakat tanpa HAD, namun anda wajib membayarnya. Jika tidak bagaimana Kerajaan Taghut ini dapat menyelamatkan (bail-out) syarikat kroni mereka. Inilah rukun yang diwajibkan keatas semua bersandarkan fatwa yang dikeluarkan oleh pemuka-pemuka ISLAM HADHARI. Oleh itu.. inilah semua kesepuluh rukun-rukun utama didalam ISLAM HADHARI... satu wadah ISLAM yang hanya tertumpu pada HAD dan HARI yang ditentukan sahaja. ISLAM HADHARI = Sesat Lagi Menyesatkan. -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
