Siaran wtv8 disiar setiap Sabtu jam 9mlm di http://wtv8.tv
BERAMAH MESRA...Salah seorang pembentang kertas kerja di Kongres Ekonomi Nasional, Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin beramah mesra dengan AJK PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik sejurus selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Industri Kecil dan Sederhana: Satu Tumpuan dalam Dasar Perindustrian Negara di Subang hari ini. Foto Nasir Sudin
| Nik Aziz ucap tahniah kepada Khalid Ibrahim |
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agong Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengkalan Chepa, di sini semalam di Pusat Terbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini semalam. Sambungnya lagi, sekiranya ramai tokoh-tokoh ekonomi serta profesional lain berani berbuat demikian, rakyat akan membuka mata terhadap kesilapan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN). "Tapi itulah, kerana sekatan yang dibuat oleh kerajaan melalui OSA, ISA dan sebagainya membuatkan mereka tahu berhubung kepincangan serta kecurangan yang berlaku dalam pentadbiran negara, mereka menjadi takut untuk mendedahkannya. "Jika tidak, sudah lama perkara ini telah didedahkan oleh mereka yang berkenaan," ujarnya. Akhbar Harakah terbaru keluaran 16-30 April mendedahkan kenyataan Tan Sri Khalid berhubung Rancangan Malaysia Kesembilan dijangka mengulangi kegagalan kerana masih mengulangi kelemahan masa silam. Untuk itu, beliau juga turut mengingatkan Orang Melayu agar bijak memilih pemimpin agar mereka tidak lagi dibohongi oleh pemimpin yang membohongi bangsa berkenaan. Tan Sri Khalid juga mengulangi perkara yang sama dalam Kongres Ekonomi Nasional (NEC2006) yang sedang berlangsung di Subang. Tuan Guru seterusnya memberitahu, negara sememangnya diancam masaalah ekonomi negara yang amat meruncing khususnya di bawah kepimpinan Perdana Menteri sekarang. Bagi memulihkan ekonomi negara, menurutnya rakyat dibebani dengan harga barangan keperluan harian yang melambung tinggi termasuk gula biarpun kerajaan sudah memaklumkan harganya tidak akan dinaikkan. Pilihan raya awal Sementara itu, ketika berucap pada majlis yang sama, Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa, Ustaz Nik Mohd Amar Nik Abdullah, memberitahu pilihan raya umum akan diadakan selewat-lewatnya bulan Jun tahun hadapan. Menurutnya, Umno dan BN terpaksa mengadakan pilihan raya umum awal sebaik sahaja parlimen negara bagi penggal ke-11 ini cukup matang tiga tahun, bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku. "Saya secara peribadi ingin mengatakan pilihan raya umum ke-12 akan diadakan awal berdasarkan beberapa fakta yang berlaku seperti ketenatan ekonomi negara, masaalah perebutan kuasa dalaman Umno dan sebagainya. "Sekiranya pilihan raya umum diadakan selepas Perhimpuan Agung Umno, perpecahan dalaman Umno semakin tenat dan harapan PAS dan Barisan Alternatif (BA) untuk menguasai pentadbiran negara semakin berhasil,"ujarnya. Katanya, selain itu masaalah kenaikan harga minyak sehingga membangkitkan kemarahan rakyat berikutan harga barangan keperluan mereka melambung naik, adalah antara faktor pilihan raya umum akan diadakan lebih awal. "Kalau dilewatkan perasaan marah rakyat semakin memuncak dan kemungkinan besar kerajaan akan kehilangan sokongan rakyat,"ujarnya. Sehubungan itu, beliau menyeru anggota parti khususnya muslimat mencari ahli-ahli baru untuk bersama berjuang dalam parti Islam itu. Tegasnya, kekuatan anggota parti yang ramai serta bersatu akan memberi semangat baru pada perjuangan parti. |
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
