Tue | Apr 04, 06 | 04:10:33 PM 
Oleh Kakitangan Setia  Jika orang negara asing bertanya di mana 
Malaysia, Malaysia Airlines jawapannya. MAS terlibat secara langsung 
di dalam memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Kalau kita fikirkan 
secara Rasional sebuah syarikat yang gah di mata dunia selama 60 
lebih tahun hampir menjadi kenangan dalam sedikit masa lagi. Apa 
yang kita lihat sekarang kerajaan seolah-olah tidak mampu melakukan 
apa-apa sejak wujudnya penerbangan tambang murah Air Asia, malah 
kerajaan telah memberi subsidi untuk syarikat tersebut.

Mas telah di anak tirikan. Saya sebagai salah seorang warga MAS dan 
wakil kepada semua amat sedih perkara ini berlaku. Jika anda semua 
mengatakan tambang Air Asia murah, percayalah sedikit masa lagi anda 
akan melihat kenaikan tambang Air Asia. Apabila Air Asia telah 
memonopoli penerbangan domestik mereka akan menaikkan tambang atas 
pelbagai alasan kerana anda semua tiada pilihan lain selain 
menggunakan penerbangan Air Asia.

Apa akan terjadi kepada kira-kira 16000 pekerja MAS sekiranya 
perkhidmatan mereka di tamatkan. Penambahan penggangguran di Negara 
kita akan berlaku. Adakah kira-kira 16000 pekerja MAS ini akan 
keluar mengundi pada hari mengundi. Jika mereka keluar sekalipun 
apakah calon Barisan Nasional yang akan di pangkah. Apatah lagi 
Negeri Sarawak akan menghadapi pilihan raya dalam sedikit masa lagi. 
Para menteri kabinet mengatakan satu undi itu amat berharga. Mas 
telah di politikkan dan kami pun orang-orang politik. Undi kami 
ialah politik.

Kebanyakkan rakyat dan pembesar tidak memahami bagaimana perjalanan 
kapal terbang MAS. Mereka Cuma melihat semua lapangan terbang masih 
di buka, akan tetapi Cuma beberapa penerbangan sahaja yang tinggal 
dan selebihnya telah di tamatkan. Dan ini membuatkan berapa banyak 
warga MAS akan di tamatkan dari perkhidmatan

Kami sebagai warga MAS masih sayangkan MAS. Apa yang menyedihkan 
kami ialah kenapa kegagalan pihak pengurusan mentadbir kewangan, 
maka kami yang menerima padah dan beban. Kami semua di hukum atas 
kesalahan dan kealpaan orang lain. Mengapa mereka tidak di ambil 
tindakan dan hanya di suruh untuk berhenti kerja. 

Adilkah negara Malaysia jika mengatakan ianya sebuah negara 
demokrasi? Kami tahu dan rakyat yakin Malaysia masih lagi menyokong 
MAS sama juga seperti kami pekerja-pekerja MAS, terima kasih atas 
sokongan anda. Tidak lama lagi akan berkuranganlah wau bulan iaitu 
logo yang ada pada kapal terbang MAS berterbangan di udara dan nama 
Malaysia yang tertera pada kapal terbang yang telah memperkenalkan 
Malaysia di mata dunia. Adakah ini juga akan menunjukkan wau bulan 
permainan tradisional tidak lagi di mainkan atau kurang orang yang 
hendak memainkannya.

Kami tahu bagaimana kedudukan para menteri dengan Air Asia dan MAS. 
Tetapi istilah "kacang lupakan kulit" boleh kita gunakan sekarang. 
Kami seluruh warga MAS masih berharap keajaiban akan muncul untuk 
menyelamatkan kami dan MAS. Seluruh warga MAS sekarang berganding 
bahu untuk menyelamatkan Wau Bulan dan nama Malaysia. Saya mewakili 
pekerja MAS menyeru rakyat Malaysia bersama-sama untuk menyokong 
kami. Kita saling memerlukan.

 









--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke