http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Agama/20060409234137/Article/

JASA ulama berkekalan dan buku mereka dibaca sepanjang zaman sebagai warisan ilmu untuk dimanfaat generasi selepasnya.

Muwaffaq Al-Din Abu Muhammad Abdul Latif Yusuf atau Ibnu Al-Labbad, memastikan ilmu yang diperoleh terus disebar kepada orang lain.

Sifat mencintai ilmu ditunjukkan tokoh dalam bidang ilmu sains, sejarah dan perubatan ini melalui sifatnya yang tidak pernah berlengah menyampaikan ilmu pengetahuan, terutama kepada penuntutnya di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Ibnu Al-Labbad memiliki keistimewaan menguasai pelbagai bidang dengan berusaha pengetahuan mengenai al-Quran, hadis, fikah, sastera, matematik, ilmu astronomi dan perubatan.

Beliau juga terkenal sebagai seorang ilmuwan yang awal menganjurkan penternakan ayam berdasarkan kaedah ilmiah, mengajar cara memberi makanan dan menganjurkan penetasan ayam di tempat pemeliharaan.

Pengetahuannya juga berkembang dalam ilmu kimia serta falsafah selepas berpindah ke Mesir dan bertemu Yasin Al-Simya'i.

Di samping itu, beliau mempelajari ilmu perubatan daripada seorang doktor, Musa bin Maimun sebelum berhijrah ke Damsyik untuk melanjutkan pengajiannya.

Ibnu Al-Labbad amat menyintai Mesir dan banyak menyebut mengenai negara itu dalam buku karangannya, termasuk piramid yang dikatakan sebagai mukjizat zaman.

Beliau turut bercerita mengenai sejarah purba, kesan peninggalan silam dan bumi Mesir yang subur, selain memberi pandangan terhadap usaha memusnahkan piramid pada zaman pemerintahan Abdul Aziz Salahuddin.

Beliau juga banyak bercerita mengenai pengalamannya bertemu pahlawan Salahuddin Al-Ayyubi ketika beliau ke Baitulmaqdis.

Ibnu Al-Labbad suka mengembara dan pengalamannya itu banyak mempengaruhi gaya penulisannya seperti gaya bahasa dan susunannya menjadikan persembahannya menarik.

Beliau akan memberikan penjelasan teliti mengenai tulang dalam tubuh manusia, selain menghuraikan ilmu tumbuhan dan haiwan dengan mendalam dalam buku bertajuk Al-Ifadah wa Al-I'tibar.

Ibnu Al-Labbad menggalakkan mereka yang bergiat dalam bidang pengetahuan supaya meneliti beberapa perkara seperti jangan mengambil ilmu pengetahuan daripada kitab saja, walaupun berkeyakinan dapat memahaminya.

Umat Islam juga harus banyak menyalahkan diri sendiri dan jangan terlalu berbaik sangka terhadap diri sendiri, selain banyak bersabar dan jangan tergesa-gesa.

Ilmuwan sebenar akan memberikan sumbangan sebiji batu bata dalam meneruskan binaan perkembangan ilmu.

Kata-katanya yang sentiasa dikenang ialah: "Sesiapa yang tidak dapat menahan kesukaran dan kesulitan untuk belajar, dia tidak akan dapat mengecap kenikmatan ilmu.

"Apabila seseorang itu berilmu dan terkenal, dia akan didatangi orang ramai dari serata tempat, selain ditawarkan pelbagai kedudukan penting. Malah akan disegani dan dihormati."

PROFIL
  • Nama: Muwaffaq Al-Din Abu Muhammad Abdul Latif Yusuf bin Ali Al-Baghdadi

  • Gelaran: Ibnu Al-Labbad atau Muwaffaq Al-Baghdadi

  • Tarikh lahir: 557 hijrah/1162 masihi di Baghdad, meninggal 629 Hijrah/1231 Masihi

  • Sumbangan: Ilmuwan terawal menganjurkan penternakan ayam secara ilmiah, memberi makan dan penetasan ayam di tempat pemeliharaan.


  • --
    Posted by Pak Ngah to Bicara Bersama Pak Ngah at 4/10/2006 03:59:00 PM


    --
    "Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku adalah kerana Allah Tuhan Semesta Alam"

    Bicara Pak Ngah
    http://pakngah70.blogspot.com/




    --------------------------------------------------------------------------

    All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

    If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

    --------------------------------------------------------------------------

    Recommended sites:
    Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
    Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
    Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
    Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
    Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
    The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




    YAHOO! GROUPS LINKS




    Kirim email ke