Akta Zakat: Kumpul wang untuk BN?      
Tue | Mar 28, 06 | 06:58:07 PM 
Oleh Akta Zakat: Kumpul wang untuk BN?  Saya rasa terpanggil untuk 
memberi komen berkaitan dengan perkara ini. Sememangnya, umat Islam 
di Malaysia amat arif tentang hukum-hakam berkaitan dengan zakat di 
mana ianya merupakan sebahagian Rukun Islam yang lima yang wajib 
kita laksanakan. 
 Jika kita menafikan hukum berzakat ini maka kita telah mengingkari 
salah satu rukun yang mengesahkan keislaman kita dan boleh 
dihukumkan sebagai kufur. Pada umumnya, umat Islam Malaysia tidak 
pernah menafikan hukum berzakat. Dan bagi mereka yang selama ini 
mengeluarkan zakat samada melalui PPZ atau membayar secara langsung 
kepada asnaf yang dibenarkan oleh syarak, sesungguhnya telah 
melaksanakan Rukun Islam tersebut.
 
Walaubagaimanapun, Akta Zakat yang diwar-warkan oleh Kerajaan ini 
bukanlah satu rukun dalam Islam, ianya hanya akta yang diusulkan 
oleh Kerajaan yang bersifat menzalimi rakyat beragama Islam di 
Malaysia ini. Pada pendapat saya, dengan adanya akta ini, Kerajaan 
dapat mempastikan umat Islam Malaysia tidak akan berani menentang 
usaha-usaha pengumpulan sumber kewangan untuk kepentingan Kerajaan 
BN. Pada pandangan pemimpin BN, menentang akta ini bererti menentang 
hukum Allah S.W.T. Dengan wang zakat ini, kroni-kroni BN yang 
menghadapi masalah kewangan dalam perniagaan dapat dibantu serta 
juga digunakan untuk perbelanjaan kempen politik UMNO atas nama 
Aktiviti Kempen Penerangan Zakat. 
 
Pada tahun 2003, kutipan zakat oleh PPZ Selangor mencecah melebihi 
RM 80 Juta. Amat menyedihkan, pengagihan yang dibuat tidak 
mencerminkan pengurusan PPZ Selangor yang memahami syarat pengagihan 
zakat menurut keutamaan turutan asnaf sebagaimana yang telah 
digariskan dalam Al-Quran & Hadis. Kita lihat pada tahun tersebut, 
jumlah yang diagihkan untuk asnaf fakir & miskin tidak sampai RM 3 
Juta berbanding jumlah yang diagihkan kepada agen-agen pungutan 
iaitu mencecah RM10 Juta. 

Sepatutnya, zakat merupakan salah satu cara untuk membantu golongan-
golongan fakir dan miskin dalam menjalani kehidupan seharian di 
dunia ini. Jika ia dilaksanakan menurut hukum syarak, tidak akan 
wujud lagi umat-umat Islam yang fakir & miskin, malah umat-umat 
Islam akan mempunyai status ekonomi yang kukuh dan stabil. Tapi, di 
Malaysia golongan fakir & miskin yang beragama Islam bertambah 
setiap tahun. Persoalannya, apakah badan yang dipertanggungjawabkan 
dengan amanah wang zakat ini tidak menjalankan tanggugjawab mereka 
dengan berkesan? Hanya Allah S.W.T. lebih mengetahui. 
 
Satu persoalan perlu dijawab oleh Kerajaan BN, apakah umat Islam di 
Malaysia diwajibkan juga membayar Cukai Pendapatan jika Akta Zakat 
ini dilaksanakan kelak? Jika perlu, maka amat malanglah umat Islam 
di Malaysia. Allah S.W.T. telah menunjukkan kepada kita semua betapa 
zalimnya Kerajaan BN yang mentadbir negara ini tanpa memikirkan 
kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh umat Islam Malaysia umumnya. 
Adakah kita akan menerima dengan reda ataupun kita perlu lakukan 
sesuatu? Tepuk dada tanya iman. 

Jika anda ingin mengubah kehidupan anda kepada yang lebih selesa dan 
bermakna, maka jawablah dengan melaksanakan tanggungjawab anda 
sebagai rakyat yang berkuasa dengan menukar kerajaan BN yang ada 
kini kepada Kerajaan Barisan Alternatif. Insya'Allah, Allah S.W.T. 
akan mengubah nasib sesuatu umat apabila umat tersebut bertekad 
mengubah nasib mereka. Sahutlah seruan ini. Mudah-mudahan kita dapat 
menyaksikan perubahan yang besar dengan kejayaan Barisan Alternatif 
memerintah Malaysia pada pilihanraya akan datang. Takbir !!!! Allahu 
Akbar....
 










--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke