Sat | Apr 01, 06 | 09:26:21 PM Oleh Mohd Norhafiz Tak habis habis. Itulah kesimpulan yang dapat dibuat. Dari satu anugerah sampailah anugerah lain. Dari satu pesta ke fiesta yang lain. Semuanya atas sebab nak berhibur. Rancangan realiti mencari penyanyi makin banyak walaupun ramai yang dah naik muak dan menghentam. Dari awal tahun ni sampailah sekarang macam- macam program hiburan. Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular, Fiesta Media Idola, Anugerah Seri Angkasa, Minggu Setiausaha, Konsert Jom Heboh, dan macam-macam lagi. Hampir setiap minggu ada hiburan.
Kalau zaman dulu artis dikutuk, tapi sekarang disanjung tinggi. Majlis anugerah banyak tak terkata. Kononnya nak menghargai puak- puak ni. Belum sempat demam AF and Malaysian Idol reda, tambah lagi satu program realiti, One in a Million. Yang lagi pelik, cerita peribadi artis pun boleh dijadikan berita muka hadapan. Cerita Erra-Yusri. Siti-Datuk K. Juliana Banos Kawin. Hatta cerita Mawi hadiahkan kalung mutiara kat emaknya pun boleh dipaparkan di muka hadapan akhbar. Buat apa kita nak sokong puak-puak ni lebih-lebih. Bila disuruh kurangkan harga album dan CD, mereka ni tak setuju. Masih nak juga sedut duit peminat bagai menggila. Adakah ini dinamakan artis menghargai peminat?!!! Bila peminat beli cetak rompak, berteriak bertempik marah-marah. Sokong boleh, tapi biarlah berpada. Apa kejayaan puak-puak ni yang boleh dibanggakan Malaysia? Kalau setakat dapat anugerah kat dalam Malaysia dan Asia Tenggara je, apalah yang hendak dibanggakan sangat. Lain lah kalau pernah dihantar filem bertanding kat Oscar dan Golden Globe. Ataupun album dipasarkan ke Eropah dan US, barulah boleh dikira satu kejayaan. Filem pun hampas. Seni tiada. Sekadar hiburan ringan yang kosong. Jangan marah lah kalau orang kutuk filem Melayu teruk terutamanya hasil daripada Razak Mohaideen & Yusof Haslam. Yang boleh dibanggakan adalah beberapa kerat filem. Baik Punya Cilok, Kaki Bakar, Sepet, Dari Jemapoh ke Menchester, sekadar menyebut beberapa nama. Kalau hendak dibandingkan, filem- filem Melayu lama lebih baik kualitinya dari sekarang walaupun teknologi perfileman zaman dulu lebih rendah. Daripada dibazirkan duit menganjurkan anugerah-anugerah untuk artis, baik dilaburkan duit untuk anugerah bagi pelajar atau atlet cemerlang. Boleh juga mereka ni mengharumkan nama negara dengan intelektual dan daya kesukanan mereka. Kita cari pelapis Mokhtar Dahari, Nicole David, Rabuan Pit Misbun Sidek, Nurherman Majid, dan Nor Saiful Zaini. Kita cari dan didik lagi kanak-kanak berbakat seperti Adi Putra. Andai juga masih mencari penghibur, biarlah yang setaraf P Ramlee dan Sudirman. Janganlah sekadar layak digelar artis Raja SMS atau jaguh kampung. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
