NGO Islam Serah Memorandum
13/02/2006

Jumaat,10 Februari 2006


NGO Islam serah Memorandum berkaitan Perkara 121 (1A) kepada PM

(Bernama) -- Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam negara hari Khamis menyerahkan satu memorandum berkaitan Perkara 121 (1A) Persekutuan Perlembagaan Malaysia kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertujuan mempertahankan kedaulatan Mahkamah Syariah.

Memorandum tersebut diserahkan secara bersama oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jamaah Islah Malaysia (JIM), Muslim Professional Forum (MPF), Persatuan Ulamak Malaysia (PUM) dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) kepada wakil Perdana Menteri yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Osman Desa di Putrajaya tengah hari Khamis.

Presiden ABIM Yusri Mohamad dalam kenyataan di sini berkata, memorandum tersebut bertujuan melahirkan sokongan dan solidariti NGO Islam kerana usaha mempertahankan kedaulatan Mahkamah Syariah yang termaktub dalam Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan serta mengemukakan beberapa cadangan dan saranan untuk pertimbangan Perdana Menteri.

Antara cadangan yang dikemukakan NGO terbabit dalam memorandum setebal tiga muka surat berkenaan ialah supaya kerajaan dapat mengubah undang-undang untuk memasukkan peruntukan yang membolehkan akses orang bukan Islam kepada Mahkamah Syariah.

Katanya, peruntukan tersebut boleh dimasukkan dalam Undang-Undang Keterangan Syariah.

"Kami juga mencadangkan diwujudkan Jawatankuasa Rayuan Syariah di Mahkamah Persekutuan yang membolehkan mendengar rayuan daripada orang Islam dan Bukan Islam," kata memorandum tersebut.

Memorandum tersebut juga menyebut, jawatankuasa berkenaan perlulah terdiri daripada panel hakim Mahkamah Tinggi Sivil dan Mahkamah Tinggi Syariah dan hanya hakim yang berwibawa dan memiliki integriti yang tidak boleh dipersoalkan tentang undang-undang sivil dan syariah dibenarkan menjawatnya.

NGO terbabit turut mencadangkan agar ruang teknikal undang-undang yang ada untuk orang bukan Islam mengemukakan fakta dan berhujah dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah diteliti.

Selain itu, ia turut mencadangkan agar usaha mendidik dan memberikan kefahaman kepada masyarakat Islam dan bukan Islam tentang undang-undang negara terutama mengenai undang-undang syariah dipergiatkan.

Memorandum itu turut mencadangkan agar forum yang tersusun di setiap peringkat dalam wilayah pengaruh yang strategik yang melibatkan semua komposisi agama seperti segmen persatuan belia, persatuan mahasiswa, profesional dengan mengenengahkan tokoh berwibawa dan menguasai bidang tersebut digerakkan.

Memorandum itu juga menyebut, kefahaman terutama dalam menyuntik nilai dan falsafah disebalik unsur utama pembinaan negara seperti sosial kontrak atau undang-undang negara seperti perlembagaan negara di peringkat pendidikan menengah dan institusi pengajian tinggi perlu ditingkatkan.

Sumber : BERNAMA


Moderator
Hidayahnet
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]

Group Information

  • Members: 8310
  • Category: Islam
  • Founded: Sep 6, 2003
hidayahnet ยท eGroup For The Muslim Ummah (Malay)

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Hidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and whoever can read Malay.


{Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy Quran-16:125)



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke