Assalamu'alaikum.
Jika diteliti berita di bawah ini, sememangnya benar pemerintah semakin tertekan hingga kini cuba memalingkan pandangan rakyat dan penyokongnya ke Kelantan, sedangkan isu isu yang pemerintah hadapi masih tidak terjawab. Bak pepatah melayu moden: Bigfoot depan mata tak nampak...
From: Raja Petra Kamarudin [EMAIL PROTECTED]
Subject: Parlimen Bubar, Umno sudah bersedia?
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
Malaysia Today
Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi yang menyebut jika Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bubar maka Barisan Nasional (BN) sudah bersedia. Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) melihatnya sebagai satu kenyataan kebudak-budakan seperti Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Annuar Musa ketika pilihan raya kecil Pengkalan Pasir lepas.
Menurut Timbalan DPP Pusat, Ustaz Hj Idris Hj Ahmad, tidak ada alasan untuk DUN Kelantan dibubar, kerana kerajaan negeri masih boleh mentadbir dengan baik hingga sekarang. Rakyat hidup dengan selesa dan aman, kerancakan ekonomi terus berjalan. Cuma Umno yang tidur tidak lena apabila YB. Zakaria Yaakob, Adun PAS Kemuning hendak dibeli. Perjuangan PAS adalah berdasarkan akidah. Setiap calon sudah bersumpah jika mengkhianat parti maka ia akan termakan sumpah. Semua makhluk di bumi dan langit akan melaknat, tambah Ustaz Idris.
Menurutnya lagi, bukan DUN Kelantan yang patut dibubar, sebaliknya Parlimen yang kena bubar. Kerajaan di bawah kemimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi yang gagal membuat lonjakan walaupun dengan slogan cemerlang, gemilang dan terbilang. Sebaliknya telah bertukar kepada cemerlang, terbilang dan temberang. Umno/BN perlu mendapat mandat baru kerana gagal menguruskan negara dengan baik.
Banyak sebab mengapa PM perlu membubarkan Parlimen.
Selepas pilihan raya, minyak sudah 6 kali naik, sekarang rakyat naik minyak. Kadar pengangguran di kalangan lepasan pengajian tinggi 60 ribu. Wang untuk pinjaman Tabung pendidikan tinggi tidak mencukupi. Banyak kontraktor gulung tikar. Terengganu yang BN memerintah, ada lagi rakyat yang terpaksa hidup di tempat buang sampah seperti yang berlaku di Kuala Berang.
Tindakan 9 orang menteri yang menghantar memorandum mengenai artikel 121 (1A), merupakan sejarah dalam kabinet Malaysia menggambarkan kelemahan Datuk Seri Abdullah Badawi.
Kes mengenai AP tidak selesai, kerana dalam bulan pertama Januari/Februari 2006 kumpulan Naza penerima terbesar AP sebanyak 1297 daripada 3324. Dr. Mahathir masih tidak puas hati mengenai penjelasan AP oleh Datuk Rafidah Aziz, tetapi masih dilantik kabinet. Kehebatan Khairy Jamaludin sebagai seorang jutawan muda yang mampu membeli saham ECM Libra sebanyak 3% dengan harga RM9.2 juta menjadi buah mulut orang.
Indeks rasuah masih tidak turun walaupun beliau bercakap soal hendak perangi rasuah. Isu IFC [Inter Religious Council (IRC)] masih tidak ada kata putus. Penglibatan anaknya dalam kumpulan Sisters In Islam memang menandakan beliau gagal untuk membersihkan anasir yang tidak baik mengenai Islam dalam rumahnya sendiri. Banyak kenyataan Sisters In Islam menyakitkan hati umat Islam dan para mufti kerajaan.
Atas alasan yang tersebut, sudah cukup bagi Datuk Seri Abdullah Badawi membubarkan Parlimen untuk mendapat mandat baru, dan bukan DUN Kelantan, ujar Ustaz Idris.
--
Posted by Raja Petra Kamarudin to MT-Berita at 4/10/2006 07:07:00 PM
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
