http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/Setempat/20060414093712/Article/indexm_html
 
Edisi KL: JKM, YKN enggan bantu
Oleh Siti Fatimah Hassan - [EMAIL PROTECTED]

KUALA LUMPUR: “Kami hampa apabila dimaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) cawangan Bangi permohonan bantuan perubatan Akmal Harith ditolak kerana tidak layak atas alasan pendapatan melebihi RM500 sebulan,” kata Rozarina Bukhari, 34, ibu kepada Akmal Harith Shamsul Anuar, lapan bulan, yang koma selepas tercampak keluar dari buaian ketika berada di pusat asuhan kanak-kanak, 7 September tahun lalu.

Berikutan itu, katanya, permohonan itu dilanjutkan ke Yayasan Kebajikan Negara (YKN) namun jawapannya tetap hampa.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan anaknya sekarang, kos perubatan mencecah RM600 sebulan tidak termasuk lampin dan susu khas berharga RM22 satu tin yang hanya bertahan untuk tiga hari.

“Kami diberikan janji dan harapan untuk menerima bantuan terbabit dari JKM namun tiada apa yang dapat dilihat sekarang.

“Buat apa berjanji jika tidak dapat ditunaikan. Disebabkan itu kami kecewa dan buntu kerana tidak tahu di mana lagi ingin mendapatkan bantuan,” katanya selepas menerima sumbangan ikhlas daripada Unit Khidmat Masyarakat, Ibu Pejabat Umno, di Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Sumbangan disampaikan Pegawai Khas Pejabat Setiausaha Agung Umno, Datuk Yunus Rahmat.

Guru sekolah menengah itu berkata, beliau dan suami, Shamsul Anuar Saidin, 34, tetap bersyukur kerana kesukaran yang ditanggung dikongsi bersama pelajar dan rakannya.

Akmal kini masih ditahan di wad selepas menjalani pembedahan pada 10 April lalu bagi membuang lebihan tulang di kaki kanannya yang kudung. Pembedahan itu berikutan bahagian kakinya itu sudah dijangkiti kuman.

Rozarina memberitahu kaki anaknya itu sudah kering selepas pembedahan manakala matanya yang buta juga dikatakan lebih stabil berbanding sebelum ini.

“Bahagian kepalanya yang bengkak semakin surut selepas berubat cara tradisional. Seperti biasa, sesekali dia menggeliat dan menunjukkan sedikit pergerakan apabila disentuh tetapi langsung tidak menangis,” katanya.

Selain itu, dia menyifatkan keadaan mereka anak-beranak kini dalam dilema apabila tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap pusat asuhan berkenaan menerusi khidmat peguam, tergendala kerana gagal mendapatkan maklumat pemilik pusat itu daripada JKM cawangan Bangi.

Menurutnya, kejadian yang menimpa anaknya seolah-olah tiada pembelaan pihak berkenaan sekiranya pusat asuhan itu dilepaskan begitu saja tanpa menanggung akibat daripada sikap cuai mereka.

Mereka hairan kerana ibu pejabat JKM memberitahu tiada masalah bagi peguam mereka mendapatkan butir pemilik pusat asuhan terbabit namun keadaan berlaku sebaliknya ketika ia dilanjutkan ke JKM cawangan Bangi.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Harian Metro melaporkan seorang bayi berusia tiga bulan koma selepas tercampak keluar daripada buaian ketika berada di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Semenyih.
 
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/Setempat/20060414095336/Article/indexm_html
 
Saya dah puas berhutang
Oleh Faiza Zainudin - [EMAIL PROTECTED]

GEORGETOWN: Kesempitan hidup memaksa seorang ibu berhutang wang ringgit dengan jiran tetangga dan syarikat tempatnya bekerja bagi mendapat rawatan penyakit jantung bayinya yang berusia tujuh bulan.
 
Sharipah Zauwiyah Syed Ismail, 22, berkata dia terpaksa berbuat demikian bagi memastikan bayi sulungnya, Muhammad Amirul Haqimi Mohd Amin yang menghidap sakit jantung sejak lahir berada dalam keadaan stabil dan kembali sihat.

“Saya tidak ada pilihan selain terpaksa berhutang bukan saja dengan keluarga dan jiran, malah kilang elektronik, tempat saya bekerja.

“Dengan pendapatan kasar RM480 sebulan, saya tidak mampu mengadakan wang lebih daripada jumlah pendapatan saya bagi membeli ubat serta kos pengangkutan setiap kali berulang alik ke hospital,” katanya.

Sharipah Zauwiyah berkata demikian ketika ditemui di Pusat Perubatan Gleneagles, di sini, semalam.

Dia yang tinggal bersama ibunya di Kampung Bukit Berangan, Kota Kuala Muda, Kedah, berkata kos untuk anaknya setiap kali ke hospital serta klinik melebihi gajinya.

“Dalam sebulan, lebih empat kali saya kena pergi ke Hospital Sungai Petani,” katanya.

Sharifah Zauwiyah yang ditemani bapa saudaranya, Harun Md Rashid, 44, dan ibunya, Sabariah Md Noh, 44, di pusat perubatan itu, berkata keadaan anaknya kian kritikal dengan jantung membengkak dan sering mendapat demam.

“Doktor menasihatkan anak saya menjalani pembedahan pada 20 April ini,” katanya.

Suaminya, Mohd Amin Abdul Manaf, 22, kini menjalani latihan di Port Dickson, bagi melayakkannya diterima sebagai tentera darat.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghantarkan cek atas nama Berita Harian ke Unit Kebajikan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.


Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete
untuk keterangan lanjut


New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke