Nori dan Marina tiada hak pertikai Islam PDF Cetak
Thu | Apr 13, 06 | 05:47:56 PM
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 13 April (Hrkh) - Dewan Rakyat petang tadi kecoh setelah ahli Parlimen DAP, Chong Eng (DAP Bukit Mertajam) dalam perbahasannya mendakwa anak kepada Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri, Nori Abdullah serta Marina Mahathir pernah menyatakan bahawa Undang-undang Syariah menyebabkan kaum wanita di negara ini tidak maju.
 
Perdebatan itu berlaku ketika Chong Eng berhujah dalam perbahasan Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK9) di Dewan Rakyat dengan memetik kenyataan Marina dan Nori yang didakwanya sebagai berkata demikian dalam satu majlis tertentu.
 
Marah dengan kenyataan yang disifatkan 'berbahaya' itu, Dato' Mohammad Aziz (BN Sri Gading) bangkit mengecam kenyataan Chong Eng yang didakwanya cuba memburuk-burukan Islam.
"Saya tidak kira siapa yang beri kenyataan itu dari mana laporan itu, jika benar mereka Nori dan Marina perlu diambil tindakan.Mereka tidak berhak untuk bercakap menjatuhkan maruah Islam," katanya dengan nada yang keras.
 
"Saya tidak tahu apa maksud Bukit Mertajam (Chong Eng) dengan menyatakan demikian. Dalam Islam hukum-hukum Islam tidak pernah menggugat Wanita atau mana-mana umatnya dari kemajuan," katanya.
 
Dewan menjadi bising dengan suara kecaman ke atas kenyataan Chong Eng itu dan Yang di Pertua Dewan meminta Chong Eng meneruskan perbahasan dengan perkara yang lain.
Menjawab kritikan Mohammad itu, Chong Eng berkata, beliau tidak bermaksud demikian tetapi itu dipetik dari kenyataan dua anak pemimpin negara.


Switch an email account to Yahoo! Mail, you could win FIFA World Cup tickets.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke