Wa'alaikumsalam
Alhamdulillaah, Puan mendapat suami
yg saleh. Semoga anak cucu Puan termasuk dalam golongan hamba Allah yg
saleh. Amiin.
Saya yakin suami puan berbuat
demikian, kerana suami puan tahu jika beliau tinggalkan puan untuk solat
Isyak, ada doktor yg jaga ada nurse yg jaga. Kalau puan kesakitan dirumah
tanpa ada pembantu, boleh ke suami puan tinggalkan puan serta khusyuk dalam
solat beliau ? For you to think and contemplate.
Sayugianya kita membuat sesuatu
kenyataan dengan akal yg sihat berserta ilmu ugama yg sahih. Allah berfirman
didalam Al Quran bahawa Nabi Muhammad SAW adalah contoh tauladan yg terbaik.
Refer surah Al AHzaab ayat 21.
Soalan saya adakah manusia lain yg
lebih baik dari Nabi Muhammad SAW ? TIDAK hingga yaumil
qiyaamah.
Nabi menyuruh kita melewatkan solat
jika makanan sudah terhidang, makan dahulu baru solat.
Adakah Nabi tidak tahu mana yg lebih
aulaa (penting) ? Sesungguhnya Nabi adalah FATHAANAH.
Mati ke kalau solat dahulu kemudian
makan ? Pasti tidak tetapi Nabi SAW tetap menyuruh makan dahulu kemudian
solat, sebab terpenting ialah kekhusyukkan solat.
Refer kepada surah Al
Mukminuun ayat 1-2 dan 9-11 dan Surah Al Ma'uun tentang kepentingan solat yg
khusyuk, malah Allah mencela orang tidak khusyuk dan cuai hingga tertinggal
solat dalam surah Al Ma'uun.
Nabi menjamak solat ketika keluar
dari Madinah dan ini berlaku beberapa kali dalam riwayat hidup beliau kerana
sesuatu urusan. Adakah Nabi memperlekehkan solat, adakah Nabi mementingkan
urusan dunia dari solat hingga mentakhirkan solat beliau ? Jawapannya tidak
sebab Nabi SAW manusia termulia dan penghulu segala Nabi dan penghulu ahli
syurga, masakan beliau memperlekehkan solat.
Bayangkan senario dimana aircraft
pilot, co-pilot dan first officer sesuatu penerbangan semuanya muslim dan
semuanya bersikap seperti suami puan atau yg mengamalkan fiqh yg rigid...yg
mesti solat pada waktu, nak berjamaah pula dalam aircraft tidak kira apa pun
berlaku.......................CRASH jawapnya. Pernahkah puan tanya suami
puan kalau dia jadi pilot bagimana cara solat beliau ?
Semua ini Nabi SAW melakukan sebab
beliau tidak mahu memberatkan umat beliau. Islam itu syumul bukan jumud.
Masalah kita hari ini, manusia itu sangka mereka lebih baik dari Nabi SAW,
memberatkan sesuatu yg tidak pernah Nabi beratkan.
Pernah beberapa sahabat Nabi SAW
datang kepada beliau dan meminta izin untuk:
1) Puasa setiap hari
2) Tidak mahu kawin
3) Beruzla
Nabi melarang, kerana ini akan
memberatkan umat pada masa itu dan yang akan datang. Jawap baginda, aku
puasa aku berbuka (yakni ada hari beliau tidak berpuasa), aku juga berkahwin
dan aku juga campur masyarakat.
Sabda Nabi SAW lagi dalam hadith yg
lain dari riwayat Abu Daud:
"Jangan sekali-kali
kamu memperberatkan diri kamu, nescaya Allah akan memberatkan pula keatas
kamu dan sesungguhnya kaum lain (umat terdahulu) yg memperberatkan keatas
mereka (kaum Yahudi dan Nasrani), lalu Allah pun memberatkan keatas mereka.
Disana kamu dapat lihat sisa-sisa mereka di biara-biara dan gereja-gereja,
mereka memilih rahbaniyah (tiada berkahwin) yg mereka ada-adakannya sendiri,
padahal Allah tiada mewajibkan keatas diri mereka yg demikian itu." Hadith
sahih.
Yang kita mesti nasihat dengan penuh
hikmah ialah orang2 yg suka meninggalkan solat, sengaja melewatkan solat
tanpa sebab. Umpamanya, nonton cerita Hindustan kat TV2 bermula 1230
tengahari habis jam 3 baru nak solat, tinggalkan solat Maghrib kerana nak
nonton TV3 award .... mereka macam ini mestilah kita nasihat dan tegur
dengan baik.
Saya syorkan kepada mereka yg
mengamalkan fiqh rigid (keras), fiqh yg tidak pernah Nabi lakukan, yg rasa
diri mereka lebih baik dari Nabi Muhammad SAW supaya muhasabah diri mereka
dan membaca kitab-kitab masyhur dibawah ini:
1) Fiqh Al
Aulawiyat - Yusuf Qardhawi
2)
Assohwat Al Islamiyat Baina Al Juhud Wat-Tatarruf -
Yusuf Qardhawi
3) Talbisul Iblis - Imam Al
Jawzi
4) Was-was - Ibnu Qudamah Syarah oleh
Ibnul Qayyim
5) Ihya Ulumuddin - Imam
Ghazali
Saya mohon ampun dan maaf jika
menyinggung perasaan mana2 pihak, yg benar dari Allah dan yg tidak benar
dari kekurangan diri saya.
Abi Imraan.
----- Original Message -----
Sent: Wednesday, April 05, 2006 5:04
PM
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet]
Akal (Jawapan untuk Solat Akhir Waktu)
Assalamualaikum
Terpanggil nak komen sikit. Setuju iman yang patut memimpin akal.
Pengalaman sendiri ketika bersalin kali kedua. Masa ke hospital lepas
maghrib. bila masuk isyak suami tinggalkan saya bersendirian untuk
sembahyang. Selesai sembahyang isyak suami sembahyang hajat minta mudah
urusan saya. Memang bersendirian ketika sakit tanpa ditemani sesiapa.
Alhamdulillah bersalin kali ke 2 tidak memerlukan ubat tahan sakit dan
lebih singkat. Pada saya, yakinlah dengan Allah. Jika akal suami
kesian kat saya, tentu dia lewatkan sembahyang temankan saya. Tetapi
sembahyang lebih utama dan dia berserah pada Allah tentang saya. Saya
bersyukur dia dahulukan sembahyang isyak dan buat sembahyang hajat memohon
kepada Allah memudahkan urusan saya. Itu lebih membantu. Hanya Allah yang
menentukan segalanya. Siapalah kita hambanya yang kerdil ini.
Assalamualaikum
warahmatullah…
Segala puji bagi Allah,
Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan
yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu
bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi
Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya.
Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw
yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan
selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari
kita.
Bismillahir Rahmanir Raheem…
Petang tadi, sebelum
masuk kerja, saya singgah dahulu ke galley untuk
mendapatkan secawan
air. Kelihatan beberapa orang sedang menikmati makan
malam sambil
menonton dokumentari di televisyen saluran National Geographic
.
Kisahnya berkisar tentang sekumpulan monyet yang sedang mencari
makanan.
Saya tidak tahulah apa yang monyet² ini makan tetapi
bentuknya seakan buah
ceri.
Rasanya dokumentari itu begitu
menarik kerana saya melihat hampir semua
mata tertumpu terhadap skrin
televisyen tersebut. Namun saya tidak berminat
menonton sepenuhnya.
Hanya sekadar duduk untuk meneguk air di tangan. Namun
sebaik saya
melabuhkan punggung, seorang tukang masak yang turut
menonton
dokumentari tersebut tiba² bersuara kepada
saya.
"Tengoklah. Ekor pun dia (monyet) boleh gunakan" katanya
sambil merujuk
kepada seekor monyet yang sedang bergayut pada dahan
pokok dengan
menggunakan ekornya. Tidak tahu dari mana datangnya idea
(dari Allah
tentunya), saya katakan kepadanya "Haiwan tidak mempunyai
akal. Kerana itu
ia menggunakan segala anggotanya untuk mencari
makan. Tak macam manusia
yang mempunyai akal."
Selesai
berbicara saya pun mengundur diri untuk segera berada di
bilik
kawalan. Tetapi sepanjang dalam perjalanan ke bilik kawalan,
fikiran saya
ligat memikirkan tentang ayat yang saya sebut tadi.
Terus terang, ia
bukanlah sesuatu yang memang sedia ada di dalam
kotak fikiran saya. Ianya
satu ayat yang spontan tetapi saya rasakan
saya amat menyukai ayat
tersebut.
Betullah. Memang semua orang
ketahui bahawa haiwan adalah makhluk yang
tidak mempunya akal. Ia
mempunyai otak untuk mengawal fungsi badannya
tetapi bukan akal yang
boleh digunakan untuk menganalisa. Namun begitu,
haiwan² ini,
walaupun tanpa akal, cukup bijak menggunakan segala anggota
tubuhnya.
Sepertinya zirafah yang berleher 'jinjang' dan helang yang
mempunyai
cengkaman yang kuat.
Tetapi manusia, yang dibekalkan dengan
kelebihan yang cukup hebat ini,
telah menggunakan akal untuk
membolehkan dia mencari makan tanpa
menggunakan anggota tubuhnya. Di
hari ini, bukan sedikit manusia yang
sanggup menipu manusia yang lain
hanya untuk mendapatkan sedikit laba
dunia. Skim itulah, skim inilah,
waris jutawanlah dan bermacam² lagi bentuk
penipuan.
Mana ada
orang yang kaya tanpa berusaha? Mana ada Ahmad Albab dalam dunia
ini?
Mungkin ada tetapi kesnya mungkin satu dalam sejuta kalaupun tidak
1
dalam sebilion. Namun masih ada juga manusia yang mahu percaya
dengan
penipuan begitu. Apabila terbaca dengan modal sekian banyak
sudah boleh
jadi jutawan, berebut²lah orang kita hinggakan bergolok
bergadai.
Apabila dengar sahaja wang, harta dan kekayaan, maka
serta mertalah manusia
jadi lupa untuk menggunakan akalnya untuk
berfikir secara rasional. Jika
dengan bermodal beberapa ratus sahaja
kita sudah boleh kaya, boleh beroleh
sehingga puluhan ribu sehari,
alamat akan jemlah dunia. Kerana tidak ada
lagi orang yang akan
bekerja. Siapa pula yang akan tanam dan jual beras
nanti
agaknya?
Saya tidak mahu bicara banyak tentang hal ini. Takut
nanti ada yang terasa
dan marah² pula. Hanya, memang saya akui
segala skim yang ada ini
memungkinkan kita memperolehi pendapatan 5
angka dalam sehari. Cuma
persoalannya sampai bila? Dan persoalan yang
lebih sukar adalah, dari
sumber manakah duit yang kita perolehi?
Janganlah tanya berapa sahaja yang
masuk. Cubalah tanya dari mana ia
datang pula...
Sebenarnya, akal telah menyempurnakan penciptaan
manusia. Dengan akallah,
yang dapat membezakan manusia dengan haiwan.
Kerana itulah manusia yang
kejam dianggap binatang kerana tidak
menggunakan akal untuk berfikir.
Namun, biarpun akal menyempurnakan
penciptaan manusia, akal semata² tidak
mampu untuk menjadikan
seorang manusia itu sempurna.
Kerana akal juga makhluk. Sudah
menjadi dasar sifat makhluk itu lemah, dan
memerlukan sandaran.
Seperti hendak mengoperasikan sebuah mesin, kita
memerlukan prosedur
agar tidak membahayakan keselamatan kita dan juga dapat
menggunakan
mesin tersebut secara optimum, begitu juga akal kita. Ia
memerlukan
rujukan dan panduan untuk 'beroperasi'.
Dan tidak ada rujukan
atau panduan selain dari panduan yang 'turun terus
dari langit'
iaitulah kitab suci al-Quran, qalam Allah yang disampaikan
melalui
lidah mulia Nabi Muhammad saw. Dan di dalam kitab ini,
yang
terkandung adalah iman. Maka, untuk menyempurnakan pemikiran
kita, akal
kita mestilah dipandukan oleh iman. Akal yang bertindak
tanpa iman adalah
pemikiran yang tidak sempurna.
Seorang
manusia yang berfikir berpandukan iman, insyaAllah tidak
akan
tergamak untuk menyakiti atau menzalimi orang lain. Sebagaimana
Nabi saw
dan juga Khulafa ur-Rasyidin yang pernah menjadi ketua
negara semasa hayat
mereka. Setiap keputusan dan hukum yang mereka
jatuhkan adalah untuk
kemaslahatan umum. Bukan untuk kepentingan
peribadi atau sebahagian pihak.
Inilah fungsi iman.
Sayangnya
dewasa ini, penggunaan akal tanpa panduan iman telah
terlalu
berleluasa. Ilmu yang ada, bukan dijadikan sebagai pengukuh
iman sebaliknya
digunakan untuk menghalalkan apa yang tidak boleh
dilakukan. Orang
sebegini, apabila berbicara, tampaknya seperti
seorang yang bercakap dengan
iman. Padahal dia telah meletakkan iman
jauh terperosok akibat kepentingan
peribadinya.
Sebagaimana di
dalam sebuah egroup yang saya sertai. Terdapat beberapa
orang yang
sedang berbahas mengenai kepentingan solat awal waktu. Asalnya
adalah
kerana sebuah email yang bercerita kononnya ada malaikat penjaga
tol
yang akan mencampak solat seorang muslim yang didirikan pada
akhir waktu.
Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan cara
penyampaian penulis itu.
Tetapu hakikatnya, apa yang ditulisnya
adalah benar. Iaitu, solat akhir
waktu adalah solat yang hanya
sedikit baik dari sia². Malangnya terdapat
beberapa manusia yang
mengatakan solat akhir waktu bukan menjadi kesalahan.
Kerana katanya,
kita perlu menyelesaikan tugas kita terlebih dahulu. Itu
adalah satu
amanah dan menjaga amanah adalah perkara yang diwajibkan.
Lalu
berbicara seorang lagi bahawa adapun hikmat diperpanjangkan
waktu
bersolat adalah untuk perkara sebegini. Dan bermacam² lagi
hujjah yang
kesimpulannya solat itu tidak perlu dikerjakan di awal
waktu. Sekali baca,
seolahnya apa yang mereka tuturkan itu adalah
benar. Siap disertakan dengan
dalil. Tentu sahaja kita boleh
terpengaruh olehnya.
Namun bagi saya inilah contoh orang yang
menggunakan akalnya untuk menipu
agama. Mengapa? Kerana mereka hanya
mengambil sebahagian dari ajaran Islam.
Benar, Allah membenarkan kita
melewatkan solat jika ada perkara yang lebih
penting. Dan benar,
amanah adalah wajib ditunaikan dan didahulukan. Tapi
mari kita
gunakan iman untuk fikirkan tentang perkara ini.
Yang paling
utama di dalam hidup kita ini seharusnya adalah keselamatan
nyawa
kita. Maka kerana itu, orang yang terdesak (dharurat) diizinkan
makan
babi (sesetengah ulama menyifatkan sebagai wajib) sekiranya itu
dapat
menyelamatkan nyawanya. Tetapi, selepas dari nyawa kita, yang
terpenting
hanyalah Allah. Tidak ada perkara boleh mendahului Allah
dari segala apa
halpun.
Maka benarlah kita dibenarkan
menangguhkan solat jika kita di ambang maut
atau mungkin dalam
perperangan. Kerana perperangan adalah untuk menegakkan
kalimah
Allah. Tetapi, adakah menyelesaikan tugas dipejabat itu lebih
penting
atau sama pentingnya dengan menegakkan kalimah Allah? Tidak!
Maka
atas logik apakah solat boleh ditangguhkan demi untuk menyiapkan
tugasan
harian?
Kerana anamah? Benar juga. Allah mahu kita
menjaga amanah dan tugas di
pejabat merupakan amanah kerana kita
dibayar untuk itu. Akan tetapi, apakah
kita tidak memandang solat itu
sebagai amanah? Manakah amanah yang lebih
utama, dari ketua kita atau
dari Allah? Benarlah kita dibayar untuk
menyiapkan tugas tetapi
apakah kita kita lupa bahawa kita bernafas, makan,
minum dan
segalanya atas pemberian Allah?
Inilah yang saya katakan... Kita
berfikir memang menggunakan akal. Tetapi
kita perlukan iman untuk
memandu akal kita. Kegagalan kita untuk memandu
akal kita menggunakan
iman boleh membahayakan aqidah kita sebagai muslim.
Dan imanlah yang
membezakan muslim dengan kafir. Orang kafir juga boleh
berfikir malah
mungkin lebih pandai dari kita tetapi tanpa iman, pemikiran
mereka
nyata sia².
Terpulanglah untuk kita berfikir dengan tahap
pemikiran yang sama seperti
orang kafir atau mahu berfikir
sebagaimana selayaknya seorang muslim
berfikir. Saya tidak mengatakan
saya baik. Ada masanya saya juga
menangguhkan solat untuk hal yang
remeh. Tetapi saya tidak pula meletakkan
kepentingan solat di awal
waktu itu di bawah tugas² harian. Walaupun akal
saya berkata begitu,
namun Alhamdulillah iman saya mengingatkan bahawa
tidak yang lebih
utama selain suruhan Allah swt.
Akal adalah
kurniaan yang paling istimewa untuk manusia. Sia²lah
sesiapa
yang tidak menggunakan akalnya
dengan optimum. Namun penggunaan akal,
selain boleh
memudahkan kita, mungkin boleh menyesatkan kita. Akal
mungkin
boleh membahagiakan kita di
dunia tetapi akal yang dipandu oleh iman,
insyaAllah
menjaga kita dari dunia sampai akhirat.....
Sekian
buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak
baik
adalah akibat kejahilan saya sendiri.
Wabillahitaufiq
walhidayah.
Wassalamualaikum warahmatullah…
-Abu
Naqibah-
Komen dan kritikan membina dialu2kan.
Email saya di [EMAIL PROTECTED]
atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/
Artikel
Lain di Diari Abu Naqibah
Cemburu
Bukanlah salah mempunyai
sifat cemburu. Seperti cemburu seorang isteri
terhadap suaminya atau
sebaliknya, misalnya. Ini adalah sifat yang normal,
sifat yang
natural dan sifat yang menunjukkan perasaan cinta dan sayang
oleh
seseorang terhadap pasangannya. Tetapi yang menjadi masalah
ialah
cemburu yang tidak berpucuk pangkal atau cemburu buta. Lebih
masalah adalah
cara bagaimana seseorang itu melayan perasaan
cemburunya.
April Fool
Selamat menyambut hari April Fool.
Agaknya, mungkin ramai yang terkejut dan
tidak kurang juga yang
marah² jika terbaca ayat pertama saya ini. Iyalah.
Setelah berjela²
penerangan diberikan, saya masih hendak menyambut hari
'Kebodohan
April' ini pula? Hm... Sahlah saya ini bodoh kalau saya
berbuat
begitu, bukan? Kerana dikatakan sambutan April Fool berkaitan
dengan
sejarah Islam di bumi Sepanyol.
Kejayaan Di Dalam
Sebuah Kegagalan
Berjaya? Apakah yang kita katakan sebagai berjaya?
Pada manakah kita
letakkan skala kejayaan kita? Pada harta benda yang
kita miliki? Atau pada
pangkat dan kedudukan yang kita ada? Atau pada
gaji atau pendapatan yang
kita perolehi setiap bulan? Apakah orang²
kaya itu berjaya manakala ulama
yang zuhud itu gagal? Atau adakah
seorang jurutera itu dikira sebagai
berjaya manakala tukang sapu pula
seorang yang gagal?