Waalaikumussalam warahmatullah...

Iman terdiri dari enam perkara.

1. Percaya bahawa Allah adalah tuhan yang Esa. Tiada tuhan selain Dia, yang
tidak beranak dan diperanakkan. Dia yang mengaturkan segalanya dan Dialah
yang menentukan segalanya. Dialah yang paling utama dan tiada yang lebih
tinggi daripada kuasa dan arahanNya.

2. Percaya bahawa Malaikat itu wujud dan para malaikat ini diberikan
kelebihan untuk melaksanakan tugas² yang telah Allah tentukan. Percaya
bahawa malaikat ini tidak mempunyai nafsu dan percaya bahawa malaikat
adalah makhluk yang jujur, yang amanah, yang menyampaikan tugasnya
sebagaimana ia diperintahkan.

3. Percaya kepada kitab² yang Allah kirimkan. Bukan setakat al-Quran bahkan
Taurat, Injil dan Zabur. Percaya bahawa kitab² ini adalah benar, ayat² yang
terkandung di dalamnya adalah benar, percaya bahawa segala janji yang Allah
'tuturkan' di dalam kitab² ini pasti akan terlaksana.

4. Percaya kepada rasul² yang Allah utuskan. Percaya bahawa mereka
diutuskan dengan haq dan percaya bahawa mereka ini bebas dari semua bentuk
dosa. Percaya bahawa semua ajaran yang dibawa oleh para rasul ini benar dan
tidak ada tokok tambah yang mereka buat sendiri.

5. Percaya kepada akhirat di mana manusia akan dibangkitkan dan akan
diperhitungkan amalan mereka. Percaya bahawa Allah telah menciptakan syurga
nan permai sebagai balasan untuk mereka yang taat dan percaya bahawa Allah
telah sediakan api neraka yang menjulang tinggi untuk mereka yang ingkar.
Percaya bahawa sesiapa sahaja walaupun penderhaka akan dimasukkan ke syurga
dengan rahmatNya dan sesiapa sahaja walaupun ahli ibadah akan dicampak ke
neraka akibat dari kemarahanNya.

6. Percaya kepada qada dan qadar. Percaya bahawa manusia tidak berhak
menentukan jalan hidup mereka sendiri. Segalanya adalah ketentuan yang
telah ditentukan olehNya.

Kepada puan Siti Khatijah dan puan Nor Irma, tahniah kerana telah
dikurniakan suami yang solleh. Benar, mungkin sesetengah orang berpendapat
di suami patut ada bersama isterinya di saat genting tetapi, untuk apakah
kehadiran si suami jika tidak dapat melakukan apa²? Apakah dengan kehadiran
sang suami di sisi isterinya mampu membuatkan Izrail tersipu² malu kemudian
membatalkan niatnya untuk meragut nyawa sang isteri? Tidak.

Apa yang terbaik adalah bagi si suami berdoa kepada Allah agar memberikan
yang terbaik kepada isterinya. Jika kematian itu adalah yang terbaik,
biarlah Allah memisahkan mereka dengan kematian. Kerana manusia tidak punya
upaya untuk menentukan apa². Terselamatnya seseorang melahirkan bukan
kerana kecanggihan alat perubatan atau kecekapan doktor sebaliknya hanya
semata² kerana rahmatNya. Telah terbukti banyak kali mereka yang melahirkan
anak luar nikah mampu melakukannya dengan selamat tanpa bantuan doktor dan
peralatan perubatan yang canggih. Lalu? Mengapakah hendak dipersoalkan
keimanan seorang suami yang yakin bahawa segalanya adalah atas
ketentuanNya.

Bercakap tentang makan sebelum solat... Agaknya Nabi saw dulu makan berapa
pinggan nasi ye? Hm... Atau Nabi saw makan kurma dan/atau roti? Cubalah,
selepas masuk waktu (laungan azan bermula) anda semua suapkan mulut dengan
kurma atau roti. Dan ingat, berhenti sebelum kenyang. Kemudian bergegaslah
(dengan berhati²) ke masjid. Sila perhatikan. Apakah anda masih mampu
mendapatkan takbir yang pertama? Cubalah kerana saya telah mencubanya.

Tidak ada kitab tertentu yang saya perlu cadangkan di sini. Hanya, ada
terdapat banyak hadits yang menyebut kepentingan mengutamakan solat.
Sehinggakan Nabi saw menyatakan betapa Allah menyintai masjid dan membenci
pasar. Teliti hadits² dan kemudian tanyakan, apakah Nabi saw mengamalkan
fiqh rigid?

Dengan hal sekecil ini kita mahu berbalah. Sedangkan umat Palestin dan Iraq
dirogol bergilir² oleh Bush dan Blair terus dibiarkan. Inilah akibatnya
apabila manusia percaya akalnya sentiasa yang terbaik.

Maaf jika terlanjur bicara.

Wassalamualaikum warahmatullah...

-AN-


    From: "Afzan" Afzan
    Date: Sat May 27, 2006 8:06pm(PDT)
Subject: Re: Fw: Solat Akhir Waktu, Akal Mesti Sesuai Dengan Sunnah

Assalamualaikum,

  Tertarik dgn tulisan-tulisan yang menekankan bahawa Iman yang patut
memimpin akal, terpanggil saya untuk menulis dan ingin bertanyakan pendapat
saudara saudari.
  Kita banyak membaca tulisan-tulisan mengenai pentingnya Iman, tetapi
tidak ada antara kita menerangkan maksud Iman itu sendiri. Minta izin tuan
moderator sekiranya ada tulisan yang menerangkan maksud Iman, harap
posting. Oleh kerana saya ahli baru dalam group ini, mungkin ada topik yang
saya terlepas.

  Berbalik kepada topik akal dan iman, adakah kita pasti yang kita
benar-benar beriman?
  Surah Al-Ankabut Ayat 2:
  Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:
"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

  Saya ingin meminta pendapat rakan-rakan sekalian, apa itu maksud IMAN
sebenarnya.

  Saya tidak pandai menulis. Kalau saya terkasar bahasa, kalau ada salah
silap dalam tulisan saya, saya mohon maaf. Segala kelemahan datang dari
saya, dan segala yang
baik dtg dr Allah.

  Terima kasih.

  Salam Ukhwah,
  Afzan





"M Hassan, Siti Khatijah"@yahoo.com wrote:
      Assalamualaikum

  Saya tak pandai nak beri ayat2 Al-Quran atau hadis tetapi saya yakin
dengan ketaatan suami saya mencintai Allah dan rasulnya melebihi yang
lainnya. Semasa saya dalam kesakitan untuk melahirkan anak sulung dimana
waktu itu adalah ketika azan subuh bergema dan gesaan memang sudah masuk
waktu critical. Tapi memandangkan untuk ke Hospital mengambil masa lebih
kurang 25 minit maka suami kata dia ingin bersolat dahulu kerana takut
andainya sampai di hospital tidak berkesempatan. Beliau tinggalkan saya di
ruang tamu dan naik ke bilik untuk bersolat tanpa menunggu saya menyatakan
bahawa saya juga ingin bersolat sebab takut andainya saya tak sempat
bersolat bila di hospital. Gagahkan diri dan teguhkan hati kerana bukan
senag kita nak dapat peluang berbual2 dengan Allah sedekat ketika solat dan
sujud padanya. Dengan keyakinan bahawa Allahlah pelindung segala sesuatu
dan suami berserah sepenuhnya kepada Allah maka dapatlah beliau bersolat
dengan tenang. Dan saya melahirkan anak
sulung sebaik sahaja di tempatkan di bilik bersalin tanpa bersusah payanh
atau sakin bersalin yang teruk. Alhamdulillah.

  Saya juga pernah di tinggalkan sakit sendirian di rumah tanpa pembantu
rumah atau sesiapa yang menunggu tetapi saranan saya pada suami, dulukanlah
yang Haq kerana kepada dialah kita berserah. Andai sudah sampai masa saya
di panggil mengadapnya saya pohonkan keredhoan agar pemergian saya dengan
redhonya.

  Sedangkan sekarang saya keluar bekerja dalam keadaan yang kadang2 saya
tidak sihat sepenuhnya tetapi memahami kepayahan suami untuk menghantar
sehingga ke pejabat cukuplah sekadar saya katakan kepadanya, berserahlah
kepada Allah kerana Allah menjaga umatnya yeng beiman kepadanya dan
Rasulnya. Jauhkan kebimbangan yang melampau kerana ia akan melahirkan
Syirik yang halus. Perjalanan kaki dari stesyen Putra ke Office memakan
masa sekurang2nya 20 ke 30 minit. So penuhilah perjalanan kaki itu dengan
zikir kepada Allah InsyaAllah tak terasa penatnya.

  Jazakillah

  Sesungguhnya yang baik itu adalah datangnya dari Allah dan kekurangan itu
tak lain dan tak bukan adalah kelemahan diri saya sendiri sebagai hambaNYA
yang lemah.



---------------------------------
  From: "Abi Imraan"@returns.groups.yahoo.com
Sent: Tue 11/04/2006 11:04
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Bismillah [hidayahnet] Fw: Solat Akhir Waktu, Akal Mesti Sesuai
Dengan Sunnah


    Wa'alaikumsalam

  Alhamdulillaah, Puan mendapat suami yg saleh. Semoga anak cucu Puan
termasuk dalam golongan hamba Allah yg saleh. Amiin.

  Saya yakin suami puan berbuat demikian, kerana suami puan tahu jika
beliau tinggalkan puan untuk solat Isyak, ada doktor yg jaga ada nurse yg
jaga. Kalau puan kesakitan dirumah tanpa ada pembantu, boleh ke suami puan
tinggalkan puan serta khusyuk dalam solat beliau ? For you to think and
contemplate.

  Sayugianya kita membuat sesuatu kenyataan dengan akal yg sihat berserta
ilmu ugama yg sahih. Allah berfirman didalam Al Quran bahawa Nabi Muhammad
SAW adalah contoh tauladan yg terbaik. Refer surah Al AHzaab ayat 21.

  Soalan saya adakah manusia lain yg lebih baik dari Nabi Muhammad SAW ?
TIDAK hingga yaumil qiyaamah.

  Nabi menyuruh kita melewatkan solat jika makanan sudah terhidang, makan
dahulu baru solat.
  Adakah Nabi tidak tahu mana yg lebih aulaa (penting) ? Sesungguhnya Nabi
adalah FATHAANAH.
  Mati ke kalau solat dahulu kemudian makan ? Pasti tidak tetapi Nabi SAW
tetap menyuruh makan dahulu kemudian solat, sebab terpenting ialah
kekhusyukkan solat.

  Refer kepada surah Al Mukminuun ayat 1-2 dan 9-11 dan Surah Al Ma'uun
tentang kepentingan solat yg khusyuk, malah Allah mencela orang tidak
khusyuk dan cuai hingga tertinggal solat dalam surah Al Ma'uun.

  Nabi menjamak solat ketika keluar dari Madinah dan ini berlaku beberapa
kali dalam riwayat hidup beliau kerana sesuatu urusan. Adakah Nabi
memperlekehkan solat, adakah Nabi mementingkan urusan dunia dari solat
hingga mentakhirkan solat beliau ? Jawapannya tidak sebab Nabi SAW manusia
termulia dan penghulu segala Nabi dan penghulu ahli syurga, masakan beliau
memperlekehkan solat.

  Bayangkan senario dimana aircraft pilot, co-pilot dan first officer
sesuatu penerbangan semuanya muslim dan semuanya bersikap seperti suami
puan atau yg mengamalkan fiqh yg rigid...yg mesti solat pada waktu, nak
berjamaah pula dalam aircraft tidak kira apa pun
berlaku.......................CRASH jawapnya. Pernahkah puan tanya suami
puan kalau dia jadi pilot bagimana cara solat beliau ?

  Semua ini Nabi SAW melakukan sebab beliau tidak mahu memberatkan umat
beliau. Islam itu syumul bukan jumud. Masalah kita hari ini, manusia itu
sangka mereka lebih baik dari Nabi SAW, memberatkan sesuatu yg tidak pernah
Nabi beratkan.

  Pernah beberapa sahabat Nabi SAW datang kepada beliau dan meminta izin
untuk:
  1) Puasa setiap hari
  2) Tidak mahu kawin
  3) Beruzla

  Nabi melarang, kerana ini akan memberatkan umat pada masa itu dan yang
akan datang. Jawap baginda, aku puasa aku berbuka (yakni ada hari beliau
tidak berpuasa), aku juga berkahwin dan aku juga campur masyarakat.

  Sabda Nabi SAW lagi dalam hadith yg lain dari riwayat Abu Daud:

  "Jangan sekali-kali kamu memperberatkan diri kamu, nescaya Allah akan
memberatkan pula keatas kamu dan sesungguhnya kaum lain (umat terdahulu) yg
memperberatkan keatas mereka (kaum Yahudi dan Nasrani), lalu Allah pun
memberatkan keatas mereka. Disana kamu dapat lihat sisa-sisa mereka di
biara-biara dan gereja-gereja, mereka memilih rahbaniyah (tiada berkahwin)
yg mereka ada-adakannya sendiri, padahal Allah tiada mewajibkan keatas diri
mereka yg demikian itu." Hadith sahih.

  Yang kita mesti nasihat dengan penuh hikmah ialah orang2 yg suka
meninggalkan solat, sengaja melewatkan solat tanpa sebab. Umpamanya, nonton
cerita Hindustan kat TV2 bermula 1230 tengahari habis jam 3 baru nak solat,
tinggalkan solat Maghrib kerana nak nonton TV3 award .... mereka macam ini
mestilah kita nasihat dan tegur dengan baik.

  Saya syorkan kepada mereka yg mengamalkan fiqh rigid (keras), fiqh yg
tidak pernah Nabi lakukan, yg rasa diri mereka lebih baik dari Nabi
Muhammad SAW supaya muhasabah diri mereka dan membaca kitab-kitab masyhur
dibawah ini:

  1) Fiqh Al Aulawiyat - Yusuf Qardhawi
  2) Assohwat Al Islamiyat Baina Al Juhud Wat-Tatarruf - Yusuf Qardhawi
  3) Talbisul Iblis - Imam Al Jawzi
  4) Was-was - Ibnu Qudamah Syarah oleh Ibnul Qayyim
  5) Ihya Ulumuddin - Imam Ghazali


  Saya mohon ampun dan maaf jika menyinggung perasaan mana2 pihak, yg benar
dari Allah dan yg tidak benar dari kekurangan diri saya.

  Abi Imraan.

    ----- Original Message -----
  From: Nor Irma Nordin
  To: Ikhwanul Muslimun
  Sent: Wednesday, April 05, 2006 5:04 PM
  Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Akal (Jawapan untuk Solat Akhir
Waktu)


  Assalamualaikum

  Terpanggil nak komen sikit. Setuju iman yang patut memimpin akal.

  Pengalaman sendiri ketika bersalin kali kedua. Masa ke hospital lepas
maghrib. bila masuk isyak suami tinggalkan saya bersendirian untuk
sembahyang. Selesai sembahyang isyak suami sembahyang hajat minta mudah
urusan saya. Memang bersendirian ketika sakit tanpa ditemani sesiapa.
Alhamdulillah bersalin kali ke 2 tidak memerlukan ubat tahan sakit dan
lebih singkat. Pada saya, yakinlah dengan Allah. Jika akal suami kesian kat
saya, tentu dia lewatkan sembahyang temankan saya. Tetapi sembahyang lebih
utama dan dia berserah pada Allah tentang saya. Saya bersyukur dia
dahulukan sembahyang isyak dan buat sembahyang hajat memohon kepada Allah
memudahkan urusan saya. Itu lebih membantu. Hanya Allah yang menentukan
segalanya. Siapalah kita hambanya yang kerdil ini.





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke