| Pemimpin PAS turut ziarahi jenazah Tun Ghafar |
| KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Pemimpin PAS hari ini turut serta bersama orang ramai bagi menziarahi jenazah mantan Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba di Masjid Negara sebagai penghormatan terakhir ke atas negarawan itu sebentar tadi. Antara yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob dan Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli. Kesemua pimpinan yang hadir mengucapkan takziah ke atas ahli keluarga Allahyarham terutamanya kepada anaknya, Tamrin Tun Ghafar yang ditemui sebentar tadi
dan menyeru rakyat supaya menghadiahkan al-Fatihah kepada jenazah Allahyarham. Jenazah Allahyarham dilaporkan akan dikebumikan sebentar sahaja lagi.Sehingga kini jenazah tidak henti dari menerima kunjungan kali terakhir pemimpin-pemimpin negara seperti Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pemimpin pembangkang termasuk Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Lim Kit Siang. |
| Allahyarham Tun Ghafar yang kini berumur 81 tahun, meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC) di Jalan Ampang di sini pagi tadi kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang. Anggota keluarga terdekat berada di sisinya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.34 pagi. Berita mengenai kematian Ghafar disahkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha di Jabatan Perdana Menteri Datuk Raja Hydar Raja Iskandar. Jenazahnya kini ditempatkan di Dewan Bacaan, Masjid Negara, selepas Zohor untuk memberi peluang kepada para pemimpin dan orang ramai menziarahi dan memberi penghormatan terakhir. Waktu ziarah untuk orang ramai ialah dari 2.00 petang hingga 3.00 petang manakala waktu ziarah untuk orang kenamaan ialah dari 3.00 petang hingga 4.00 petang. Raja Hydar berkata jenazah Allahyarham Ghafar akan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara dengan penuh penghormatan negara. "Kerajaan telah memutuskan untuk memberi pengebumian Allahyarham Tun Ghafar sebagai pengebumian pembesar negara kerana jasanya (kepada negara)," katanya pada sidang akhbar di GIMC. |
Merintis Alam Penyiaran Maya
wtv8
Saluran Alternatif Anda
Setiap Sabtu Jam 9 malam
Switch an email account to Yahoo! Mail, you could win FIFA World Cup tickets.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
