lebih membrurukkan keadaan DAN NYATA TERPESONG DARI MATLAMAT ASAL
di harap ada campur tangan PAK LAH supaya PLKN ini dimansukan...
antara masalah..
1. kerugian hasil kerajaan kerana matlamat asal tidak tercapai..sejak
PLKN di adakan beratus juta duti rakyat di gunakan yg sepatutnya di
gunakan untuk tujuan yg lebih baik.
kes -kes lain,
rogol ( peserta sesama peserta)
rogol (jurulatih rogol peserta)
pergaduhan
kematian
keracunan makanan
penyakit
DAN KES-KES YG TIDAK MASUK MEDIA MASA YG DIYAKINI BANYAK YG TIDAK DI HEBAHKAN..
YANG BENAR,
PEMIMPIN REMAJA...
contoh kes terbaru (PERGADUHAN SEHINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN)
KOTA TINGGI: Kementerian Pertahanan mengesahkan pergaduhan pelatih
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Padang Hijau, Kluang,
Jumaat lalu, yang mengakibatkan kematian pelatih, Haziq Jaafar, 17,
berpunca daripada perebutan rokok.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zain, berkata beliau
dimaklumkan mengenainya oleh pengurusan kem selepas bertemu dengan
pelatih di kem berkenaan.
"Perebutan untuk rokok itu membawa kepada pergaduhan kecil antara dua
pelatih hingga menyebabkan kematian Haziq," katanya kepada pemberita
di sini, semalam.
Beliau berkata demikian selepas bertemu keluarga Haziq di rumah mereka
di Ladang Tai Tak di sini, dengan diiringi Ketua Pengarah Jabatan
Latihan Khidmat Negara (JLKN) Abdul Halim Abdul Hamid.
Dalam pertemuan itu, Zainal Abidin turut menyampaikan salam takziah
daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain
menyampaikan sedikit bantuan kewangan kepada ibu bapa Haziq, Jaafar
Ibrahim dan Fadhilah Mohd Yassin.
Zainal Abidin berkata, rokok adalah barang larangan di kem PLKN dan
arahan sudah dikeluarkan supaya semua pengurusan kem mengadakan
pemeriksaan ketat untuk merampas rokok yang diseludup masuk.
Mengulas lanjut kejadian itu, Zainal Abidin berkata, ia berlaku begitu
cepat hingga pelatih lain yang berada di tempat kejadian tidak sempat
meleraikan mereka.
Zainal Abidin berkata, kejadian berlaku ketika waktu rehat dan tidak
diawasi jurulatih.
"Kita mahu memberi ruang kepada pelatih supaya tidak merasakan semua
pergerakan mereka diawasi tetapi ketika pergaduhan itu berlaku,
seorang pelatih sudah memaklumkan kepada jurulatih tetapi apabila
sampai, Haziq sudah pengsan," katanya.
Mengulas mengenai kelewatan keluarga Haziq dimaklumkan mengenai
kematiannya, Zainal Abidin berkata, pengurusan kem perlu memaklumkan
kepada polis terlebih dulu.
Sementara itu, tinjauan ke Kem Padang Hijau semalam mendapati
pengurusan kem berkenaan mengarahkan semua pelatihnya menutup dan
menyerahkan telefon bimbit kepada mereka supaya tidak menyebarkan
khabar angin mengenai kejadian itu.
Dalam perkembangan berkaitan, JLKN memutuskan menempatkan warden di
kem latihan di seluruh negara bagi mengelak kejadian sama berulang.
Ketua Pengarah JLKN, Abdul Halim Abd Hamid, berkata kejadian itu
menyedarkan pihak pelatih tidak boleh ditinggalkan bersendirian tanpa
pengawasan.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Haziq pengsan ditendang di
tengkuknya oleh seorang pelatih lain ketika mereka berehat menonton
televisyen.
Dia yang dikejarkan ke Hospital Kluang, bagaimanapun disahkan
meninggal dunia jam 11.55 malam dengan kesan lebam dan calar di leher.
Suspek kini direman 10 hari bagi membantu siasatan.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
