~* ~* ~ * Bint Haji Yusof *~ *~ *~

Finally, whatever I do,
I always remind myself that I am
doing it for the sake of God.

As stated in the Quran,
"Say: Truely, my prayer, my service
of sacrifice, my life, and my death
are (all) for God, the Cherisher of
the Worlds" (6:162).

May Allah S.W.T. accept my humble
efforts. Amiin.

ALLAHUMMA a'iz al Islam wa al Muslimin!

~* ~* ~ * Bint Haji Yusof *~ *~ *~



From: "Bint Haji Yusof @ Bint ul Islam"




BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamu’ala RasulilLAH s.a.w.



Assalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh



Khas buat manfa’at bersama saudara saudari seaqeedah yang ana hargai dan hormati, ikhlas kerana ALLAH Ta’ala. Dido’akan kehadrat ROBBI, moga-moga kita semua senantiasa berada dalam ‘afiyah IMAN dan ke’asyikan ber’amal liridholLAH, insyaALLAH, amiin.



Saudara saudari yang dirahmati ALLAH,











Selaku Muslim dan Muslimat ILAHI, adalah sewajarnya bagi kita membumbui nawaitu nan ikhlas dalam diri: mempergiatkan agenda kegiatan dalam penghidupan berhiaskan ‘amalan-amalan yang sholih sebagai peringatan dan renungan dalam segenap perkara sama ada yang sedang atau belum kita lakukan.



InsyaALLAH, dengan demikian itu, hati kita akan selalu ‘hidup’ dalam mengingati ALLAH, sehingga andai kata hati ini lalai maka kita akan segera menyedarinya (hakikinya, selaku makhluk kita tiadalah bersifat dengan segala kesempurnaan, ada masanya kita tidur, lupa dan terleka).



Sesungguhnya apabila ‘hati’ sakit maka akan beratlah anggota tubuh yang lain untuk melaksanakan keta’atan.



Dari Abu Hurairah An Nu’man bin Bayir r.a. katanya, aku mendengar RasululLAH s.a.w. bersabda:



“..........Ketahuilah!Bahawa di dalam badan ada seketul daging,apabila ia baik,baiklah badan seluruhnya dan apabila rosak,rosaklah sekaliannya.Ketahuilah! Itu yang dikatakan hati.”



(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)





Saudara saudari yang dirahmati ALLAH,









Penulisan berikut ini dipetik daripada milis As Sunnah karya Syaikh Abdullah bin Jaarullah bin Ibrahim Al-Jaarullah; yang mana beliau telah mengambil rujukan daripada:



# Zaad Al Muslim Al Yaumi (Bekalan Muslim Sehari-hari) dari hal 51-55, bab Hayatu Yaumi Islami yang diambil daripada kitab Al Wabil Ash Shoyyib oleh Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyyah rahimahulLAH.



Dan diterjemahkan oleh saudara seISLAM kita iaitu, Akh Fariq Gasim Anuz.



Semoga pembacaan-pembacaan berikutnya ini sesuai dimanfa’ati bersama sebagai barometer keIMAN kita, walLAHU’ALAM.





BismilLAH...





Kehidupan Sehari-hari Yang Islami :





1. Apakah Anda selalu solat Subuh berjema'ah di masjid setiap hari ?





2. Apakah Anda selalu menjaga solat 5 waktu di masjid ?





3. Apakah Anda hari ini membaca Al-Qur'an ?





4. Apakah Anda rutin membaca Dzikir setelah selesai melaksanakan solat wajib











5. Apakah Anda selalu menjaga solat sunnah Rawatib sebelum dan sesudah solat wajib ?





6. Apakah Anda (hari ini) Khusyu dalam solat, menghayati apa yang Anda baca ?





7. Apakah Anda (hari ini) mengingat Mati dan Kubur ?





8. Apakah Anda (hari ini) mengingat hari Kiamat, segala peristiwa dan kedahsyatannya ?











9. Apakah Anda telah memohon kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala sebanyak tiga kali, agar memasukkan Anda ke dalam Syurga ?



Maka sesungguhnya barang siapa yang memohon demikian, Syurga berkata :



"Wahai ALLAH Subhanahu wa Ta'ala masukkanlah ia ke dalam Syurga".





10. Apakah Anda telah meminta perlindungan kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala agar diselamatkan dari api neraka sebanyak tiga kali ?



Maka sesungguhnya barangsiapa yang berbuat demikian, neraka berkata :



"Wahai ALLAH peliharalah dia dari api neraka".



(Berdasarkan hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang ertinya :



"Barangsiapa yang memohon Syurga kepada ALLAH sebanyak tiga kali, Syurga berkata :



"Wahai Allah masukkanlah ia ke dalam Syurga. Dan barangsiapa yang meminta perlindungan kepada ALLAH agar diselamatkan dari api neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata :



"Wahai Allah selamatkanlah ia dari neraka".





(Hadits Riwayat Tirmidzi dan di shahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami No. 911. Jilid 6).





11. Apakah Anda (hari ini) membaca hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ?





12. Apakah Anda pernah berfikir untuk menjauhi teman-teman yang tidak baik ?











13. Apakah Anda telah berusaha untuk menghindari banyak tertawa dan bergurau ?





14. Apakah Anda (hari ini) menangis kerana takut kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala ?





15. Apakah Anda selalu membaca Dzikir pagi dan petang setiap hari ?





16. Apakah Anda (hari ini) telah memohon ampunan kepada ALLAH Subhanahu wa ta'ala atas dosa-dosa (yang engkau perbuat) ?











17. Apakah Anda telah memohon kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala dengan benar untuk mati Syahid ?



Kerena sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda yang artinya :



"Barangsiapa yang memohon kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala dengan benar untuk mati syahid, maka ALLAH Subhanahu wa Ta'ala akan memberikan kedudukan sebagai syuhada meskipun ia meninggal di atas tempat tidur".



(Hadits Riwayat Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dalam shahihnya, Al-Hakim dan ia menshahihkannya).





18. Apakah Anda telah berdo'a kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala agar ALLAH menetapkan hati Anda atas agama-NYA ?





19. Apakah Anda telah mengambil kesempatan untuk berdo'a kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala di waktu-waktu yang mustajab ?











20. Apakah Anda telah membeli buku-buku agama Islam untuk memahami agama ?



(Tentu dengan memilih buku-buku yang sesuai dengan pemahaman yang difahami oleh para shahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, kerana banyak juga buku-buku Islam yang tersebar di pasaran yang bisa merosak pemahaman Islam yang benar, walLAHU’Alam).





21. Apakah Anda telah memintakan ampunan kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala untuk saudara-saudara Mukminin dan Mukminah ? Kerana setiap kali mendo'akan mereka Anda akan mendapat kebajikan pula.





22. Apakah Anda telah memuji ALLAH Subhanahu wa Ta'ala (dan bersyukur kepada-NYA) atas nikmat ISLAM ?





23. Apakah Anda telah memuji ALLAH Subhanahu wa Ta'ala atas nikmat mata, telinga, hati dan segala nikmat lainnya ?





24. Apakah Anda hari-hari ini telah bersedekah kepada fakir miskin dan orang-orang yang memerlukannya ?











25. Apakah Anda dapat menahan marah yang disebabkan urusan pribadi, dan berusaha untuk marah kerana ALLAH Subhanahu wa Ta'ala saja ?





26. Apakah Anda telah menjauhi sikap sombong dan membanggakan diri sendiri ?





27. Apakah Anda telah mengunjungi saudara seagama, ikhlas kerana ALLAH Subhanahu wa Ta'ala ?





28. Apakah Anda telah menda'wahi keluarga, saudara-saudara, tetangga, dan siapa saja yang ada hubungannya dengan diri Anda ?











29. Apakah Anda termasuk orang yang berbakti kepada orang tua ?





30. Apakah Anda mengucapkan "Innaa Lillahi wa innaa ilaihi raji'uun" jika mendapatkan musibah ?





31. Apakah Anda hari ini mengucapkan do'a ini :



"Allahumma inii a'uudubika an usyrika bika wa anaa a'lamu wastagfiruka limaa la'alamu”



'Ya ALLAH sesungguhnya aku berlindung kepada-MU dari menyekutukan ENGKAU sedangkan aku mengetahui, dan aku memohon ampun kepada-MU terhadap apa-apa yang tidak aku ketahui.'



Barangsiapa yang mengucapkan yang demikian, ALLAH Subhanahu wa Ta'ala akan menghilangkan darinya syirik besar dan syirik kecil.



(Lihat Shahih Al-Jami' No. 3625).





32. Apakah Anda berbuat baik kepada tetangga ?











33. Apakah Anda telah membersihkan hati dari sombong, riya, hasad, dan dengki ?





34. Apakah Anda telah membersihkan lisan dari dusta, mengumpat, mengadu domba, berdebat kusir dan berbuat serta berkata-kata yang tidak ada manfaatnya ?





35. Apakah Anda takut kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala dalam hal penghasilan, makanan dan minuman, serta pakaian ?





36. Apakah Anda selalu bertaubat kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala dengan taubat yang sebenar-benarnya di segala waktu atas segala dosa dan kesalahan ?







***********************************





AlhamdulilLAH,



Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat ana kongsikan bersama saudara saudari seaqeedah yang ana hargai dan hormati, ikhlas kerana ALLAH TA’ALA.



Saudara saudariku,

Bukan sahaja buat kalian bahkan buat ana sendiri



“Jawablah pertanyaan-pertanyaan di atas dengan perbuatan, agar kita menjadi orang yang beruntung di dunia dan akhirat, insya ALLAH”.



Bersama-samalah kita menatapinya dengan nikmat mata karuniaan ILAHI, seterusnya cuba hayati dan fahamilah akan ia, biar sampai menyusupi sam’i wa badani, biar menggetarkan strata sukma, biar nafsu bisa mengerti, biar kita koreksi dan insafi diri,



“Aku adalah Perantau ke Akhirah, Musafir Perjuangan !!! ALLAHU AKHBAR 3X!!!”











Baiklah, seterusnya,



Ana titipkan bersama sebuah sajak karangan seorang mujadid ROBBI, akhi Muhtar ibn Suhaili, moga ada khairnya, insyaALLAH.



BismilLAH,



TAUJIHAT JIHAD: Inzar



Mataku..

Melihatlah dengan pandangan hati



Telingaku..

Mendengarkanlah dengan suara hati



Lidahku..

Berkatalah dengan bicara hati



Jawarihku..

Bertindaklah dengan sentuhan hati.





Hatiku..

Nasihatilah mataku agar melihat dengan pandangan haqiqi

Nasihatilah telingaku untuk mendengar dengan suara nurani

Nasihatilah lidahku supaya berkata dengan bicara sufi

Dan nasihatilah jawarihku biar bertindak dengan sentuhan ma’nawi





Ya ALLAH..

Pejam-pejamkanlah mataku agar lena dalam jaga-MU

Degup-degupkanlah jantungku agar suaraku dalam pangkuan-MU

Tartil-tartilkan zikirku agar bicaraku dalam as-Samad-MU

Gegar-gegarkanlah ikhtiarku agar jawarihku dalam Qadar-MU

Serta hangus-hanguskan hatiku agar hangit dalam hangat cinta-MU





Muhtar Suhaili

UIAM, 1 Mac 2005.





********************************



Syukran lilLAHI TA’ALA,



Semoga ALLAH Subahanahu wa Ta’ala membalas usaha murni saudara -saudari seaqeedah kita ini, bahkan mana-mana Muslimin Muslimat dengan ganjaran pahala yang setimpal dengan ketulusan budi mereka dalam menyebarkan risalah islamiah untuk manfa’at Ummah, insyaALLAH.



Moga mati kita semua husnul khatimah, dapat bertemu TUHAN di singgahsana Jannah, amiin.





Saudara saudari seISLAM yang ana hargai kerana ALLAH S.W.T.,











Ilmu merupakan harta abstrak titipan ALLAH Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan. Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, kerana jika ALLAH Subhanahu wa Ta'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.





WalLAHU TA’ALA ‘ALAM.





Saamihni ‘ala kulli hal.



BarakalLAHUlakunna!



ALLAHUMMA A’IZ ISLAM wa AL MUSLIMIN!





Wassalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh.







al faqiirah ila ROBBI,

Bintu Haji Yusof,

26 Raby al Awwal 1427H (Isn)

TRC, Downtown, Auckland, NZ.





p/s: kepada adik-adik dan mana-mana saudari-saudari seaqeedah yang telah mengunjungkan mel-mel ke kantung milis ana, maaf atas sebab ketidakluwesan pbilangan masa pada diri, ana tiada dapat mnyempurnagerakan pembalasan kepada kalian. ‘Ala kulli hal, usah khuatir akan ana usaha balaskan ia berdikit-dikit, insyaALLAH akan tibalah pucuk-pucuk warkah eletronik ana pada kalian nanti sedikit masa lagi, walLAHU TA’ALA ‘Alam. Saamih ni.



--
Posted by Bint Haji Yusof @ Bint ul Islam to ~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~ at 4/25/2006 07:54:00 AM





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke