| Umat Islam wajib pertahan Palestin | | |
Oleh Wartawan Harakahdaily MARANG, 6 Mei (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, umat Islam di seluruh dunia mempunyai kewajipan yang sangat besar untuk mempertahankan bendera yang telah dipacakkan oleh Hamas di bumi Palestin supaya terus berkibar.
Maka kewajipan untuk mempertahankan Palestin dan mempertahankan bendera Islam yang telah
dipacakkan oleh Harakat al-Muqawamah al-Islamiyyah (Hamas) yang telah berjaya mengibarkan bendera Islam beberapa bulan yang lalu adalah kemenangan besar bagi umat Islam, ujarnya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila, semalam.
Tambahan pula, katanya seluruh kuasa kuffar, Amerika dan sekutu-sekutunya mengisytiharkan supaya dikepong pemerintahan Palestin.
Beliau menambah, kuasa-kuasa kuffar juga mahu supaya kewangan yang ada di dalam tabung pemerintah Palestin supaya dirompak manakala sebarang sumbangan daripada negara-negara dunia hendaklah dihalang.
Umat Islam di seluruh dunia mempunyai kewajipan yang sangat besar dengan harta benda, jiwa raga mereka, dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT untuk mempertahankan bendera yang telah dipacakkan di bumi Palestin supaya bendera itu terus berkibar, ujarnya.

Bagaimanapun, katanya sebahagian besar umat Islam khususnya
pemimpin-pemimpin negara umat Islam tidak faham atau sengaja tidak memahami kewajipan mereka untuk mempertahankan bendera yang telah dipacakkan di bumi Palestin itu.
Marilah kita menyedari bahawa kemenangan itu adalah kemenangan kita dan mempertahankan kemenangan itu adalah lebih besar daripada kita mempertahankan kemenangan di bumi kita sendiri, ujarnya.
Marilah kita menyedari bahawa kemenangan itu adalah kemenangan kita dan mempertahankan kemenangan itu adalah lebih besar daripada kita mempertahankan kemenangan di bumi kita sendiri, ujarnya.
Ini, katanya kerana bumi Palestin adalah bumi nabi-nabi, tempat israknya Rasulullah s.a.w. dan bermulanya mikraj baginda. Tambahnya lagi, bumi Palestin juga tempat nabi-nabi dan rasul-rasul berhimpun di malam Israk dan Mikraj.
Sekiranya kita menyedari hakikat ini, maka kita menyedari betapa besarnya tanggungjawab dan kewajipan kita terhadap perjuangan Palestin, ujarnya.
Sekiranya kita menyedari hakikat ini, maka kita menyedari betapa besarnya tanggungjawab dan kewajipan kita terhadap perjuangan Palestin, ujarnya.
Jelasnya, mereka yang menganjurkan usaha-usaha damai di Palestin hari ini adalah perompak-perompak besar yang merampas bumi Palestin selepas ketiadaan khilafah Islamiyah setelah jatuhnya Kerajaan
Othmaniah.
Katanya, penjajah barat yang bersekongkol dengan penjajah timur bergabung melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menubuhkan negara Israel dengan merompak bumi Palestin daripada umat Islam.
Beliau berkata, walaupun umat Islam di bumi Palestin dibuli, dibelasah, dilanyak, dipukul, dipenjara, dibunuh dengan cara yang dahsyat dengan senjata yang paling canggih, namun kebangkitan yang dinamakan intifadhah rakyat Palestin di atas nama Islam tidak boleh dipadamkan oleh musuh-musuh Islam dari seluruh dunia.
Perjuangan rakyat Palestin berdepan dengan Yahudi bukan bagi pihak diri mereka bahkan mereka berdiri tegak bagi pihak umat Islam dan agama Islam, katanya.
Perjuangan rakyat Palestin berdepan dengan Yahudi bukan bagi pihak diri mereka bahkan mereka berdiri tegak bagi pihak umat Islam dan agama Islam, katanya.
Dalam pada itu, jawatankuasa Masjid Rusila melancarkan kutipan derma untuk disampaikan kepada kerajaan Palestin selepas kuliah pagi Jumaat dan solat Jumaat, semalam. - mns
Merintis Alam Penyiaran Maya
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
Switch an email account to Yahoo! Mail, you could win FIFA World Cup tickets.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.