| Siasat segera Ahli Parlimen Jasin - KeADILan | | |
Sat | May 06, 06 | 01:57:33 PM Oleh Wan Nordin Wan Yaacob KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Bahagian Jasin memandang serius pengakuan Ahli Parlimen BN Jasin yang meminta pejabat Kastam dan Eksais Diraja (KDRM) Melaka supaya menutup sebelah mata berhubung kes membabitkan rampasan kayu balak bergergaji import kerana melanggar peraturan, kata Ketua Bahagian
KeADILan Jasin, Shamsul Iskandar Mat Akin.
Tindakan itu jelas bercanggah dengan undang-undang di mana beliau secara terang cuba menyalahgunakan kuasa sebagai ahli Parlimen campurtangan dengan urusan pihak berkuasa yang jelas bukannya di bawah bidang kuasa beliau sebagai seorang Ahli Parlimen, katanya yang juga Naib Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK).
Malah tindakan beliau yang mengkritik Ketua Pengarah Kastam, Dato' Abdul Rahman Abdul Hamid di Dewan Rakyat dengan dakwaan gemarkan publisiti menunjukkan bahawa beliau seolah-olah memberikan tekanan kepada seorang pegawai kerajaan yang mungkin tidak mahu berkompromi dengan beliau dalam soal rampasan kayu balak, katanya.
PKR Jasin ingin menegaskan bahawa perkara ini bukan perkara biasa. Ia adalah satu tindakan yang memalukan oleh seorang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang kononnya melaungkan slogan anti rasuah.
Justeru, PKR Jasin membuat laporan polis semalam (5 Mei 2006) dengan meminta pihak polis menyiasat perkara ini dan mendakwa beliau dengan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa, katanya.
PKR Jasin juga sedang menimbangkan untuk membuat laporan ke Badan Pencegah Rasuah Melaka dengan tujuan dan hasrat yang sama supaya perkara ini dapat disiasat sepenuhnya dan dilakukan pendakwaan terhadap beliau, ujarnya.
"Di dalam masa yang sama, di atas tanggungjawab moral, beliau mesti meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Jasin," katanya ketika memberi kenyataan kepada Harakahdaily.
PKR Jasin juga mengambil kesempatan untuk memuji tindakan Dato' Shahrir Samad di atas tindakan beliau meletakkan jawatan yang dilakukan di atas dasar prinsip yang jelas tidak mahu berkompromi di atas perlakuan rasuah dan salah guna kuasa oleh ahli Parlimen, katanya.
TPM terima perletakan jawatan
Shahrir.
Akhbar harian hari ini melaporkan, peletakan jawatan Datuk Shahrir Samad sebagai Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BBC) diterima oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Keputusan itu dibuat dalam pertemuan selama 20 minit dengan Shahrir di pejabatnya di Putrajaya, semalam.
Menurut Shahrir, penjelasan telah diberikan kepada Najib bahawa beliau telah melanggar arahan BN kerana menyokong usul pembangkang.
Beliau berkata, atas sebab itu, beliau perlu meletakkan jawatan supaya perkara itu tidak dipersoalkan oleh orang ramai.
``Memang saya dah terkeluar daripada garis panduan BN, jadi saya kata saya kena letak jawatan. Takkan saya nak balik semula selepas melanggar peraturan parti, jadi saya tak boleh kembali."
``Bagi saya dah jelas, daripada saya kena tindakan dan sebelum orang tanya, lebih baik saya ambil tindakan pada diri sendiri. Bagaimanapun saya
redha jika dikenakan tindakan disiplin,'' katanya.
Isu Yang Sama, Perspektif Berbeda
wtv8
Saluran Alternatif Anda
Hantar Berita dan Komen ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! 360° NEW Your one place to blog, create, publish & share!Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS