From: [EMAIL PROTECTED]
Subject: kisah yang menyayat hati
Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah umi akan paparkan satu wawancara yang begitu menyentuh hati umi dan juga setiap jiwa mereka yang beriman insyaAllah. "Saya marah pada orang Melayu. Mereka tidak serius bercerita mengenai Islam. Mereka sambil lewa seolah-olah mereka saja yang mahu masuk syurga," katanya dengan nada kesal bercampur marah.
Menurutnya lagi, di akhirat kelak, orang bukan Islam akan mengadu kepada Allah dengan kata-kata seperti, "Kami berkawan dengan mereka (orang Melayu) selama bertahun-tahun tetapi mereka tidak pernah mengajak kami ke arah agama mereka."
Adakah umat Melayu Islam bersedia untuk menghadapi aduan itu? Selama beberapa tahun, saya tidak nampak kecantikan Islam. Sebaliknya rasa macam hendak lari daripada Islam apabila mereka terlalu menekankan soal hukum hakam tanpa berhujah dengan terperinci mengenainya. Pada pandangan saya, ISLAM DIHIJAB OLEH ORANG ISLAM SENDIRI."
Siapakah saya di atas itu? Beliau ialah Shah Krikit bin Kakulal Govindji, seorang pendakwah sepenuh masa di IIS (Islamic Information Service Foundation) dan pengurus kedai buku Saba Islamic Media Sdn Bhd.(kalau xsilap, dia pernah datang kmys and bagi talk mase symposium nuqaba' dulu). Beliau mengakui kadang-kala air matanya berlinangan apabila mendengar paderi bercakap di dalam gereja yang lemah lembut mengajak pada agama mereka.
Itulah sebenarnya yang diajar oleh Islam. Malangnya, tidak ramai Imam di masjid yang bercakap dengan nada lemah lembut atau mengambil berat tentang kebajikan qariahnya. Orang Kristian sering mengajak penganut agama lain memasuki gereja tetapi orang Islam sering menghalau orang kafir daripada memijak kawasan masjid.
Inikah Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad saw.? Sedangkan di zaman Rasulullah saw. baginda biasa mengajak utusan orang kafir dari luar Madinah untuk bermalam di masjid Nabawi. (diedit dari majalah Milenia Muslim terbitan YADIM - Yayasan Dakwah Islam Malaysia) Februari 2005)
Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps -"Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain" (HR Bukhari)
Blab-away for as little as 1ยข/min. Make PC-to-Phone Calls using Yahoo! Messenger with Voice.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
