assalamualaikum,
 
Dalam persoalan menjawab azan ini al-Imam an-Nawawi di dalam Syarh Soheh Muslim menyebut lebih kurang :
 
"Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan muazzin sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan dari menjawab azan ialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya..."
 
As-Son'ani pula di dalam Subulus Salam menyebut lebih kurang : "Dan telah berbeza pendapat (di kalangan para ulama) tantang kewajipan menjawab azan...... Jumhur ulama' berpendapat tidak diwajibkan. Mereka berdalilkan dengan satu perbuatan Nabi saw ketikamana baginda mendengar tukang azan melaungkan takbir, baginda bersabda : "(kamu berada) atas Fitrah." ketika baginda mendengar syahadah, baginda bersabda : "Kamu selamat daripada neraka." (Hadith ini dikeluarkan oleh Imam Muslim). Jumhur Ulama berkata : "Jika menjawab azan itu wajib, sudah pasti Nabi saw akan menyahut azan tersebut sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin
 
Berdasarkan dua pendapat ulama ini maka mustahil orang yang tidak mendiamkan diri ketika azan akan dikelukan lidahnya ketika hampir mati, kerana hukum menjawab azan itu adalah sunat sahaja sepertimana yang dinyatakan oleh kebanyakan ulama.
 
Salah satu daripada ciri-ciri sesuatu hadith itu palsu ataupun dhaief ialah apabila ia memberikan ancaman yang besar atas kesalahan yang kecil. Demikianlah hadith yang ditanyakan di atas. Ia memberi ancaman yang berat jika meninggalkan perkara yang sunat iaitu menjawab azan. Ini menunjukkan hadith tersebut bukanlah hadith yang sahih. Ia sekitar hadith yang Dhoief (lemah) ataupun Palsu.
 


[EMAIL PROTECTED] wrote:
Kematian itu pasti menjelma.  Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati.  Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir
ajal tidak dapat berkata apa-apa..  lidahnya kelu, keras dan hanya
mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:  "Hendaklah kamu mendiamkan
diri
ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya."   Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar
mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.  Sebagai
orang beragama Islam  kita wajib menghormati azan.  Banyak
fadhilatnya.
Jika lagu  kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri.
Mengapa ketika azan  kita tidak boleh mendiamkan diri?  Lantas
sesiapa
yang berkata-kata ketika azan,  Allah akan kelukan lidahnya ketika
nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba
maka
kita tidak dapat mengucap kalimah  "Lailahaillallah.." yang mana
sesiapa
yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut All!
ah
dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita
sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini
tidak
kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah!  Anugerahkanlah
kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah
kami
mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut
menghampiri
kami.  Amin..  amin.. amin  Yarobbal a'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.  kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1)   Jujur dalam berkata-kata.
2)   Menjauhi segala yg haram.
3)   Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1)    Merahsiakan ibadahnya.
2)    Merahsiakan sedekahnya.
3)    Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1)    Takut berlaku dusta dan keji.
2)    Menjauhi kejahatan.
3)    Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1)     Mengawasi dirinya.
2)     Menghisab dirinya.
3)     Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak 
derma
masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.  45 minit
terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu
untuk
pertandingan bola sepak.  Semua insan ingin memasuki syurga  tetapi
tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana  untuk
memasukinya.









YAHOO! GROUPS LINKS






Get amazing travel prices for air and hotel in one click on Yahoo! FareChase

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke