BN ambil kesempatan di atas kemunduran Sarawak PDF Cetak
Thu | May 18, 06 | 05:22:18 PM
Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Hrkh) - Senator Siti Zailah Mohd Yusuf menegur pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya jangan hanya pandai menabur janji kononnya pelbagai manfaat melalui peruntukan RM2.57 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan dilaksana di Sarawak.

Dalam kempen Pilihan Raya Dun Sarawak, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan beberapa pemimpin BN lain menjanjikan pelbagai peruntukan sekiranya BN kembali memerintah.

Siti Zailah mempersoalkan apakah selama lebih 40 tahun BN memerintah Sarawak, Najib masih tidak sedar begitu banyak kawasan di Sarawak ketinggalan di arus pembangunan.

Justeru beliau tidak mahu pelbagai janji yang ditaburkan BN kepada rakyat Sarawak terutamanya dalam kehangatan kempen pilihan raya yang cuma tinggal dua hari lagi bukan sekadar ‘janji pilihan raya’.
“PAS sangat mengalu-alu janji mereka dan kita berharap peruntukan tersebut benar-benar sampai kepada rakyat.
Kerana rakyat Sarawak contohnya di kawasan Beting Maro kehidupan mereka amat daif biarpun calon BN yang ada sekaranag sudah empat penggal menguasa kawasan tersebut,” katanya yang dihubungi di Beting Maro hari ini.

Zailah berkata, pembangunan penduduk-penduduk di Beting Maro masih ketinggalan di arus kemodenan.
“Ini dapat dilihat makmal komputer sekolah pun ada yang seperti reban ayam, sungguh daif,” dakwanya.

Malah ada penduduk yang menggunakan air hujan untuk keperluan harian mereka, katanya.

Sehubungan itu beliau mahu rakyat Sarawak khasnya di Beting Maro, sedar bahawa kehidupan mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan BN.- mr

Tonton webtv wtv8 di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
Hantar Berita dan Komen ke
[EMAIL PROTECTED]

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke