Ugut pengundi di Sarawak makin menjadi-jadi - Amsec PDF Cetak
Wed | May 17, 06 | 05:23:27 PM
Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - Strategi ugut secara psikologi terhadap pengundi-pengundi di Sarawak dalam kempen pilihan  raya negeri pada 20 Mei ini semakin menjadi-jadi, kata Pengerusi Sekretariat Belia Islam Asean (Amsec), Mahfuz Omar.

Katanya, ini dapat dilihat apabila kebanyakan rumah pengundi ditampal dengan pelekat amaran supaya wakil parti lain selain Barisan Nasional (BN) tidak  memasuki kediaman mereka.

Perkembangan ini katanya, menunjukkan pengundi-pengundi di sana masih dibayangi perasaan takut kepada pemerintah yang mengusai negeri tersebut.

"Umpamanya jika ada ibu-ibu tunggal menyokong pembangkang mereka diberi gambaran oleh BN bahawa mereka akan kehilangan segala bentuk bantuan yang diterima selama ini," katanya yang dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang ke Sarawak sejak beberapa hari lepas bagi melihat secara dekat pilihan raya itu berkata, perkembangan itu menunjukkan BN menggunakan pendekatan tersebut apatah lagi budaya masyarakat Sarawak kurang memahami apa itu perjuangan politik.

Suasana seperti itu katanya, antara faktor kempen pilihan raya di Sarawak tidak berjalan rancak sebagaimana di Semenanjung bahkan katanya perang posternya amat dingin.
"Mungkin kerana masyarakat di sini tidak dibudaya dengan perang poster dan penyokong BN pun  nampaknya mendukung doktrin parti."
 
"Bagaimanapun nampaknya budaya menghangatkan kempen pilihan raya berjaya dihidupkan parti pembangkang seperti PAS dan KeADILan," katanya sambil berkata budaya tersebut sepatutnya dihidup dalam sebuah negara demokrasi.

Katanya, pengundi di Beting Maro di mana calon PAS, Haji Alem Din bertanding, mempunyai kesedaran dalam kempen pilihan raya bahkan katanya perjuangan terhadap PAS meningkat berbanding pilihan raya 2001 lalu.

"Nampaknya program yang dianjurkan PAS berjalan lancar dan mungkin ini adalah kesedaran mereka untuk merdeka daripada kepentingan BN di bawah Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud" kata beliau.

Beliau juga percaya PAS mampu membuat kejutan di kawasan tersebut jika tidak berlaku penipuan oleh pihak lawan.

Dalam pada itu katanya kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim pada kempen pilihan raya Sarawak merupakan satu suntikan dan azam baru kepada rakyat negeri tersebut.
"Insya-Allah pembangkang akan memperolehi lebih daripada satu kerusi kerana rakyat mahukan perubahan dan pembaharuan di Sarawak," katanya lagi.

Beliau juga membidas sikap pemimpin-pemimpin BN yang cuba membangkitkan isu kononnya PAS dan KeADILan adalah parti Semenanjung yang mahu menjajah Sarawak.

"Sewajarnya pemimpin BN tidak memainkan isu Semenanjung dan Sarawak kerana orang Sarawak adalah rakyat Malaysia juga malah parti PAS dan KeADILan adalah parti yang bersifat nasional.
Kerana itu kedua-dua parti tersebut berhak untuk bertanding di Sarawak, dan jika perkara ini terus dibangkitkan menunjukkan pemimpin BN tidak mempunyai hubungan murni dengan Sarawak dan Sabah," katanya lagi.

Merintis Alam Penyiaran Maya
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke