| Kerajaan hilang kawalan, harga barang naik mendadak | | |
Wed | May 17, 06 | 05:59:59 PM Oleh Abu Bakar Rahman KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - Selepas harga minyak dinaikkan harga kira-kira 18.5 peratus atau 30 sen seliter Febuari lalu, trend kenaikan harga barang seolah-olah seperti haiwan buas dilepaskan yang tidak boleh dikawal lagi.
Terbaru ialah harga ayam daging di seluruh negara naik 40 sen sekilo berkuatkuasa hari ini, demikian menurut
Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia.
Diiringi dengan kenaikan harga gas untuk memasak, iaitu 30 sen sekilogram dan disusuli kenaikan kos pengangkutan, harga barang makanan sehinggalah yang terbaru, iaitu kenaikan harga ayam, rakyat semakin terbeban dengan keputusan tidak berhemah untuk menaikkan harga minyak itu, kononnya untuk menjimatkan RM4.4. bilion subsidi ketika kehidupan mewah para pemimpin dan pembaziran berleluasa.
Kos mengubahsuai rumah Timbalan Perdana Menteri yang begitu besar jumlahnya dan hakikat bahawa menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin boleh menjadi jutawan hanya dalam beberapa tahun sahaja menjadi menantu Perdana Menteri menimbulkan tandatanya bagaimanakah wang negara dibelanjakan sehingga Perdana Menteri membuat kenyataan di tengah malam Februari lalu untuk meragut subsidi minyak kepada rakyat dan negara itu.
Akibat tindakan tindakan berhemah itu, kadar
inflasi naik setinggi 4.8 peratus Mac lalu dan Indeks Harga Pengguna, yang dijangka diumumkan Jabatan Statistik hari ini, diramal oleh pakar-pakar ekonomi akan terus naik.
Ketika harga ikan begitu mahal kini dan semakin ramai suri rumah yang ke pasar memilih ayam kerana faktor harga, kenaikan harga ayam itu dijangka amat membebankan belanja harian rakyat.
Menurut kenyataan Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia, kenaikan itu disebabkan oleh faktor permintaan dan bekalan semasa.
Berikutan pengumuman itu, harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal kini RM6.45 sekilo berbanding RM6.05 sekilo minggu lalu.
Selain itu, kenaikan 35 sen sekilo dilaporkan bagi harga runcit ayam siang berserta kaki, kepala dan hempedal serta harga pemborong ayam siang iaitu masing-masing RM5.75 (RM5.40) dan RM5.15 (RM4.80).
Persatuan itu
juga mengumumkan kenaikan 30 sen sekilo bagi harga di ladang ayam hidup iaitu kepada RM3.80 (RM3.50), harga pemborong ayam hidup RM4.30 (RM4) dan harga runcit ayam hidup RM4.80 (RM4.50).
Menurut kenyataan itu, walaupun berlaku kenaikan berbanding minggu lalu, semua harga itu masih berada di bawah harga siling seperti yang disyorkan kerajaan. - mr
Isu Yang Sama, Perspektif Berbeda
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9
Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS