Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Syabas BADAI berjaya batalkan program IFC
ROSLAN SMSHak kumplan-kumpulan pro IFC (Aliran, Sisters in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Majlis Peguam dan All Women's Action Society (AWAM)) menganjurkan majlis forum di sebuah hotel di Pulau Pinang semalam, memang dibenarkan menurut undang-undang Negara.
Mereka berhasrat membincangkan isu FEDERAL CONSTITUTION PROTECTION FOR ALL, yang dijangka akan menyentuh topik hangat pertembungan antara undang-undang sivil dan syariah serta hak beragama dan menukar agama di Malaysia. Walaupun isu yang mereka mahu bawa itu sungguh sensitif khususnya terhadap umat Islam namun lantaran kebenaran yang diberikan oleh pihak-pihak berkuasa serta kelonggaran undang-undang itu sendiri maka mereka bebas menganjurkannya.
Cuma mereka lupa bahawa kumpulan yang tidak bersetuju dengan mereka juga berhak berkumpul dan membantah majlis mereka itu. Dan itulah yang berlaku di Pulau Pinang di hadapan Hotel Cititel, semalam.
Sejumlah 1,000 orang (menurut Harakahdaily ataupun 500 orang menurut UTUSAN) yang berkumpul atas nama BADAI ataupun Badan anti IFC berdemonstrasi menuntut agar majlis tersebut dibatalkan. Menurut UTUSAN:
Kumpulan itu memegang sepanduk-sepanduk seperti IFC BUNUH AQIDAH, IFC Rampas Kuasa Mahkamah Syariah dan Jangan Rampas Hak Kami, bagi membantah penganjuran forum yang didakwa mereka membincangkan tentang Perkara 121 (A) Perlembagaan Persekutuan, yang merujuk kepada peruntukan perlembagaan yang menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah.
Sepatutunya perkara-perkara yang melibatkan Islam dan penganutnya dikawal dan dipelihara oleh kerajaan dan pihak yang berwajib. Kerana itu kita ada Jabatan dan Majlis Agama yang bernaung di bawah Raja-raja Melayu, Institusi Mufti dan Majlis Fatwa malah JAKIM yang terletak di bawah JPM.
Kalau kita longgar dan memandang ringan isu ini sehingga pihak-pihak lain dibenarkan mengusul dan membahas isu-isu Islam, apa akan terjadi kepada agama ini?
Umat Islam tidak pernah pun dalam sejarah Malaysia merdeka ini menganjurkan majlis seumpama ini yang membicarakan contohnya darihal pencerobohan agama Kristian ataupun Buddha ataupun Hindu terhadap kehidupan penganutnya. Selama ini hubungan antara agama berjalan dengan baik hatta di Kelantan sekalipun kita lihat parti Islam yang memerintah boleh mengurus negeri tersebut dengan aman tanpa menganggu dan menyekat hak agama-agama lain sejak PAS memerintah dari tahun 1959 dan kemudiannya sekali lagi dari tahun 1990.
Saya kira BADAI yang dianggotai oleh NGO dan parti-parti politik (tak termasuk Umno) telah bertindak wajar demi memelihara aqidah umat Islam dari diperkosa dan dipermainkan. Cuma yang saya harian mengapa individu Melayu/Islam boleh membenarkan diri mereka hadir dan memberi pandangan dalam majlis seumpama ini.
Antara mereka yang hadir itu adalah:
- Haris Ibrahim AJK Penaja Pertubuhan Kebebasan Rakyat Malaysia (beliau dahulu mewakili Majlis Peguam membela isteri Allahyarham Sarjan Moorthy)
- Zaid Ibrahim ahli Parlimen Umno Kota Bharu (adakah Umno restui kehadiran beliau?)
- Prof Shad Saleem Faruqi (Profesor Undang-undang, UITM)
- Malik Imtiaz seorang peguam Timbalan Presiden HAKAM
- Ahli-ahli JK Sisters in Islam
Pihak polis telah bertindak bijak membatalkan majlis tersebut melihatkan bantahan orang-ramai itu.Kini tibalah masanya pihak kerajaan menyatakan sikap dan memberikan penegasan muktamad dalam isu ini. Adakah kita bersedia membuka peluang kepada semua pihak memberikan pandangan dan cadangan berkenaan Islam atas nama liberalisma dan keterbukaan ataupun bagaimana?
PM yang menjadi juara Islam Hadhari perlu segera membuat keputusan.SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMSTONTONI WTV8 SALURAN ALTERNATIF ANDA
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
Send instant messages to your online
friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
