|
RM1 - UNTUKMU
PALESTINA
Salurkan sumbangan anda melalui
JIM
Atas nama :
Pertubuhan Jamaah Islah
Malaysia
Bank
Islam
12113010005797 HAMAS : Kami adalah wakil
anda!!!
(Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS
di Palestin untuk ikhwah dan akhawat di Malaysia. Pesanan ini telah
diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr
Khalil)
Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di
Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada
umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa,
harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid
al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di
seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama
umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh
Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami
berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan
pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh
dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah,
dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid
kami.
Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui.
Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa,
ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak
bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi,
umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan
mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan,
ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga
Allah menerima pengorbanan kami
ini.
Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari
IM telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, IM telah
dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk
melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana
saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya.
Semenjak tarikh tersebut, IM terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah
menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan,
dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya
dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila
arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya
memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri
sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan
perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami
membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan
sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan
meninggikan syiar Islam di muka bumi
ini.
HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah
menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS
juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah
memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah
berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited
dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa
walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji
kami.
Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan
hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk
memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian
yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS.
Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu
ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya
perngorbanan.
Buat JIM di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati
kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di
dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam
perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin.
Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan
anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan IM dan hadiah buat perjuangan IM di seluruh
dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini
siapakah lagi yang akan
menyedarinya???
Ahli JIM sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu
yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan.
Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak
berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah
negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa
besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi
pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di
dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga
realiti kerajaan yang diterajui oleh IM di Palestin. Inilah realiti kerajaan
yang mewakili anda semua di seluruh
dunia.
Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para
menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran
telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin
berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga
orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang
mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana
kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan
parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana
kekurangan kertas.
Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan
tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga
EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon
yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan
kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis.
Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada
dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan
berakhir?
Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta
sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah
mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada
kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka
juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi
kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah
dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak
mengharapkan itu semua.
Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat
membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan
rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di
seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada
bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim
Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala
kami memerlukan mereka?
Wahai ahli-ahli JIM di Malaysia. Kami mengharapkan agar
anda mengepalai kempen untuk menyelamatakan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.
Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU
lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang
kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami
telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah
terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan
sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama
enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan
menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat
akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak
akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan
bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan IM di Palestin
membiarkan rakyatnya kelaparan?
Ikhwah dan akhawat JIM
sekelian,
Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam
perjuangan sehinggalah setiap daripada akmi akan gugur syahid. Kami akan terus
memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan
bantuan anda.
Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam
membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut
dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap
kelesuan dan kebisuan anda semua. Kai tidak akan
memaafkannya.
Ikhwah dan akhawat JIM di
Malaysia,
Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami
mengharapkan agar anda menyumbang lebih daripada rakyat sekeliannya. Jika kaum
muslimin semua diminta menyumbangkan USD 1 (RM 3.60) setahun, kami minta dari
anda USD 10 (RM 36) setahun. Kami berharap juga agar sumbangan ini berterusan
dan bukan hanya sekadar bermusim
sahaja.
Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda
yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.
Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen
kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan
bukan Islam untuk turut membantu rakyat
Palestin.
Kami juga inign melihat anda menjadi juara di
peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran
ini.
Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa.
Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat
Palestin.
Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah
harapan kami.
Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak
melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di
dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah
agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama
bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu,
bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas
muka bumi ini...
Allah
Akbar!!!
Saudaramu,
Khalil Ismail
al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif
Palestin,
14 Mei
2006.
-----------------------------------------
Comment:
After heavy lobbying by various Islamic NGOs and countries, OIC will
now [as declared by Malaysia Prime Minister] help Palestine. Better late
than never !!
IslahGateway
Moderator
Hidayahnet
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Group Information
hidayahnet ยท eGroup For The Muslim Ummah
(Malay)
Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh Hidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and whoever can read Malay.
{Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy Quran-16:125)
Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
|
