| WPA 1: Langkah menteri WP dipuji, tetapi isu belum terjawab | | |
Wed | May 17, 06 | 02:42:50 PM Oleh Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - Tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Zulhasnan Rafique memulangkan semula nombor plat pendaftaran kenderaan WPA 1 wajar dipuji bagi mengelakkan
kontroversi selepas pendedahan isu itu dalam Harakah keluaran terbaru tetapi ia didakwa belum mampu melerai pelbagai persoalan berhubung pemberian plat nombor istimewa kepada 'orang besar'.
Beberapa pembaca yang menghubungi Harakahdaily pagi ini berikutan laporan akhbar harian yang menyatakan Zulhasnan memulangkan semula nombor plat kontroversi itu kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bagaimanapun mempertikaikan penjelasan jabatan berkenaan yang mengeliru dan mencetuskan kontroversi. Mereka berkata, usaha JPJ untuk menjelaskan kedudukan isu tersebut selepas pendedahan
Harakah hanya memburukkan keadaan kerana pihak berkenaan hanya menyatakan Zulhasnan mendapat nombor plat itu secara percuma sedangkan tendernya secara terang dipamerkan di papan kenyataan JPJ Wilayah Persekutuan.
Pembaca berkenaan mendakwa isu itu tidak selesai sebagaimana didakwa JPJ kerana ia hanya
membabitkan satu kes sedangkan ramai lagi pemimpin tertinggi negara masih menikmati kemudahan mendapatkan nombor plat istimewa itu.
Mereka berkata tindakan sama patut dilakukan oleh menteri-menteri lain seperti Menteri Besar Perlis yang didakwa berjaya dalam tender mendapatkan nombor plat istimewa - RG 1, RG 9, RG 12 dan RG 17.
Ketua Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Amir Abd Hamid baru-baru ini dalam satu kenyataan akhbar menjelaskan bahawa
nombor plat WPA 1 diberikan percuma kepada menteri terbabit dengan harga tender RM60,780 adalah melalui peruntukan Kabinet.
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang berada di Sarawak ketika dihubungi pagi tadi bagi mengulas ini, berkata tindakan pemulangan nombor ini dibuat agar kontroversi ini tidak berpanjangan.
Katanya: "Ini mungkin membuktikan bahawa ada unsur-unsur kontroversi seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan perkara perlu disiasat dengan lebih telus lagi.
JPJ perlu menjawab kekeliruan ini dengan memberi kenyataan rasmi berikutan pemulangan nombor terbabit dan menjelaskan lebih tepat kaedah sebenar menteri mendapat nombor istimewa secara percuma," katanya.
Harakahdaily berusaha beberapa kali mendapatkan
maklumat lanjut daripada JPJ Wilayah Persekutuan tetapi gagal akibat talian telefon tidak dijawab di bahagian Ketua Pengarah JPJ.
Sila dapatkan Harakah edisi cetak minggu hadapan untuk laporan lanjut.
Isu Yang Sama, Perspektif Berbeda
wtv8
Saluan Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS