Date: Thu, 25 May 2006 10:35:38 +0800
Hujan itu rahmat....
Assalamualaikum w.b.t.
Saudara-saudaraku,
Kat KL skrg ni boleh dikatakan hari2 hujan/ribu petir/guruh kan?. Bila
langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling
saya "Cuaca buruk je akhir2 ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan
cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan2 tu lebih baik digantikan dengan doa:
"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita
yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga
apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang
mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan
awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai
jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan
semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil
pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
4. Ingat kepada mati
Ini sikit je senarai kebaikannya. Adabyk lagi. Cuma saya terfikir,
kenapa orang selalu bad mood bila hujan?
"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Mcm biasa
dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana
muram/tak best. Kesian hujan.
Masa kat sekolah dulu, saya selalu perhatikan. Samada Khamis
petang/malam, atau Jumaat subuh/pagi sentiasa hujan. Sebab masa tu
ustazah selalu pesan, tadah air hujan petang/malam Khamis atau
Subuh/pagi Jumaat (saya duk kat asrama). Ustazah sebenarnya nak suruh
kami prihatin, supaya bila kami buat mcmtu kami akan tersedar, memang
benarlah Jumaat itu hari yang berkat. Sebab itu hujan turun mengiringi
kedatangannya. Sedarkah kita?
Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun
pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab. Skrg ni, KL tiap2 hari
hujan. Tiap2 hari ada masa utk doa menjadi mustajab.
Kenapa
lepaskan peluang dengan keluhan sia2 di saat
pintu2 langit sedang terbuka?
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang
mencurah-curah" (al-Qamar : 11)
Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga,
hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf (dan ilmu2 fardhu Ain
lain pun ada jugak) mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Tak
payah kita tentukan, tak perlu kita perintahkan, Allah tahu bila nak
turunkan hujan, kenapa perlu hujan, dan banyak mana/lama mana nak
diturunkan hujan. Contoh, bila kita makan buah epal hijau, masam.. pastu
kita kata "Eii, masamnya buah ni!" kita kritik sapa tu? Kalau kita tak
suka epal masam tu, lainkali beli epal merah. kalau dpt yg tak elok
jugak, agaknya kita yg tak elok, sbb tu yg tak elok tak elok mai kat
kita (leh terima ke?). Ini kena ngaji bab redha, sehingga kita sanggup
terima apa saja, sebab yakin itu semua dari Allah.
Lihatlah firman Allah yg bermaksud :
"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta
Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu
berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun :
18)
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ni kita tahu,
bahawa Allah turunkan hujan lebat kat kita sekarang ni ada sebabnya, ada
sukatannya. Kemudian, air tu akan disimpan di bumi.
Selama mana? Itu semua rahsia Allah
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka
dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami
berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya
atau) menyimpannya."
(al-Hijr : 22)
Semoga ada iktibar utk peringatan kita.
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan
kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia
serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali
lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123) Assalamualaikum
w.b.t.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
