KENYATAAN MEDIA BERSAMA
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
 
26 MEI 2006 / 28 RABI’UL AKHIR 1427 H
 
‘PELANCARAN KEMPEN JOM SELAMATKAN AL-AQSA, PALESTIN & TABUNG SATU RAKYAT – RM 1 UNTUK PALESTIN'
 
A.   Latar Belakang Isu
 
Kerajaan HAMAS sekarang terpaksa mentadbir dalam keadaan Palestin masih lagi dijajah dan status negara Palestin yang dinafikan kedaulatannya. Palestin juga terus menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis-Israel yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Kerajaan yang ada sekarang juga terpaksa menanggung beban hutang yang besar yang telah diwarisi oleh pemerintahan sebelumnya sejumlah USD 3 billion di dalam akaun kerajaan.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan termasuk para menteri tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencecah 31% daripada jumlah penduduk di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di Hospital Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legislatif) di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini semua?. Ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis-Israel, AS, dan EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kerajaan Palestin  enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis-Israel. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

 
B. Pendirian
 
Kami Mahasiswa Islam Malaysia berpendirian bahawa:
 
1.  Kerajaan Palestin pimpinan HAMAS berhak mendapat pengiktirafan dan perlindungan sewajarnya daripada dunia seluruhnya. Dunia seharusnya menghormati pilihan rakyat Palestin yang telah diterjemahkan melalui pilihanraya yang sah dan adil atas semangat demokrasi dan kebebasan.    
 
2.    Umat Islam khususnya mahasiswa Islam di Malaysia perlu lebih serius dan komited dalam memperjuangkan pembebasan Masjid al-Aqsa dan keamanan di Palestin.  
 
3.     Isu Palestin ini bukan lagi menjadi isu umat Islam dan Arab semata-mata sebaliknya merupakan isu kemanusiaan yang sewajarnya mendapat perhatian semua pihak dan segenap lapisan masyarakat.
 
Justeru, kami mahasiswa Islam yang diwakili oleh GAMIS dan KARISMA bertegas untuk terus komited dan serius memperjuangkan pembebasan Masjid Al-Aqsa dan keamanan di Palestin. Maka pada hari ini, kami melancarkan ;
 
1.     Kempen Jom Selamatkan Al-Aqsa, Palestin dengan kumpulan sasarannya para mahasiswa, warga universiti, dan seluruh rakyat Malaysia. Kempen ini bertujuan menyuntik kesedaran dan keprihatinan rakyat terhadap isu Palestin seterusnya kesanggupan untuk berkorban dan menyumbang kepada pembebasan Masjid Al-Aqsa dan keamanan di Palestin. Kempen ini akan digerakkan secara tersusun di peringkat kampus dalam pelbagai bentuk.
 
2.     Tabung Satu Rakyat – RM 1 Untuk Palestin dengan mensasarkan jumlah kutipan sebanyak RM 150 000 daripada para mahasiswa, warga universiti, dan seluruh rakyat Malaysia. Untuk keterangan lanjut berkaitan sumbangan melalui tabung ini boleh dihubungi melalui Pemegang Amanah Tabung Satu Rakyat – RM 1 Untuk Palestin di talian 012-554 9751 (Fadzil) @ 013-397 0196 (Safwan).  
 
C.Tuntutan
 
Maka dengan ini, kami Mahasiswa Islam Malaysia juga menuntut :
 
1.    Memohon semua pihak dan segenap lapisan masyarakat segera menghulurkan bantuan dan sumbangan terutamanya bantuan kewangan melalui tabung ini bagi membantu kerajaan dan rakyat Palestin yang semakin terdesak.
 
2. Menyeru badan-badan mahasiswa, badan-badan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, dan semua serta pertubuhan menjadikan pembebasan Masjid Al-Aqsa dan keamanan di Palestin sebagai tema perjuangan yang digerakkan secara berterusan.
 
3.     Menyarankan semua institusi media di negara ini memberikan liputan dan fokus khusus terhadap isu Palestin dan perjuangan membebaskannya.
 
4.     Menggesa Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi mengambil tindakan proaktif bermula dengan mengadakan sidang khas berkaitan isu Palestin ini.
 
5.     Menganjurkan seluruh umat Islam di Malaysia mengadakan solat hajat serta mendoakan kesejahteraan dan kejayaan perjuangan di bumi Palestin.
 
D. Penutup
 
     Kami, Mahasiswa Islam Malaysia optimis bahawa keamanan dunia seluruhnya terletak pada keamanan di bumi Palestin ini. Sekiranya ketegangan di Palestin yang berlaku semenjak zaman berzaman ini mampu diselesaikan, sudah pasti keamanan dunia yang kita impikan akan menjadi kenyataan.
 
 
Kenyataan bersama oleh:
 
1.     GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS)
2.     KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA)

 
DONATION WITHIN MALAYSIA
 
FOR PALESTIN
 
Salurkan sumbangan anda melalui JIM
Atas nama :
 
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Islam
12113010005797
 
 
 
 
FOR INDONESIA QUAKE
 

Salurkan sumbangan anda melalui wakil KARISMA

Atas nama :

 

Wan Maryam Binti Wan Zulkipli

Bank Muamalat M Bhd

No Akaun:   14030 04146 2725

 
  

Moderator
Hidayahnet
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]

Group Information

  • Members: 8929
  • Category: Islam
  • Founded: Sep 6, 2003
hidayahnet · eGroup For The Muslim Ummah (Malay)

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Hidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and whoever can read Malay.

 


{Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy Quran-16:125)

 

Hidayahnet eGroup

 

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia :
http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia              : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah                 : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info                         : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera         : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                                   : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood           : http://ikhwanweb.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke