Yogyakarta: Doktor bertungkus lumus rawat mangsa gempa PDF Cetak
Thu | Jun 01, 06 | 06:55:53 AM
Oleh Mohd Rashidi Hassan & Ali Bukhari Amir
KUALA LUMPUR, 1 Jun (Hrkh) - Delegasi PAS yang diketuai Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli memulakan langkah pertama dengan membuka klinik perubatan untuk merawat beratus-ratus orang mangsa gempa bumi yang terabai sejak lima hari lepas.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, Dr Hatta memberitahu sejurus tiba di Desa Wonokromo 1, Kabupaten Bantul, Yogyakarta yang terjejas teruk akibat gempa bumi, delegasi PAS bersama dengan beberapa orang doktor dari Indonesia bergegas membuka klinik.

Menurut beliau, apa yang berlaku amat menyedihkan apabila beratus-ratus mangsa gempa bumi di kawasan berkenaan dijangka menghadapi risiko yang tinggi kerana kekurangan makanan, perubatan dan bekalan air bersih.

Gempa bumi hampir 1 minit, dengan kekuatan 6.2 pada skala richter pada waktu subuh 27 Mei lalu mengegarkan bumi Yogjakarta mengakibatkan beribu-ribu orang terkorban, lebih 200 ribu kehilangan tempat tinggal dan banyak bangunan serta tempat tinggal ranap sama sekali.

"Kami dimaklumkan masih banyak mangsa mengalami kecederaan teruk seperti patah anggota badan, masih tidak dirawat sejak lima hari lepas, saya bersama beberapa orang doktor akan berusaha masuk ke kampung-kampung untuk mencari dan merawat mangsa walaupun dalam keadaan serba kekurangan."

Hatta bersama empat sukarelawan bantuan kemanusiaan PAS tiba di Yogyakarta, Jawa Barat di Pos Penanggulangan Bencana (P2B) Partai Keadilan Sejahtera (PKS), cawangan wilayah Jogjakarta di sini sekitar 2:35 pagi waktu tempatan (jam 3.35 pagi waktu Malaysia pada 31 Mei) selepas menempuh tujuh jam perjalanan menaiki kereta dari Surabaya.

Selain Hatta, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia (Amal), Jamaluddin Elias; Petugas Amal, Onn Jaafar; Dr Ahmad Yunus dan wartawan Harakah, Ali Bukhari Amir.

Klinik yang dibuka delegasi PAS di Bantul mendapat sokongan daripada Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila Dutanya, bergegas melawat dan memberikan bantuan perubatan, t-shirt dan beberapa peralatan lain.

Menurut Hatta di desa tersebut sahaja, daripada 358 buah rumah, 344 buah rumah musnah atau terjejas teruk.
"Hanya yang mengalami kerosakan kecil cuma surau dan masjid sahaja," ujar beliau.

Bagaimanapun kata beliau, setakat ini bantuan logistik dari pemerintah Indonesia masih belum tiba dan pihaknya terpaksa bertungkus lumus berusaha untuk memberikan perkhidmatan sebaik mungkin walaupun serba kekurangan.

"Saya berharap rakyat Malaysia terus menghulurkan bantuan, apa yang berlaku di sini amat daif dan menyedihkan," kata beliau.

Orang ramai boleh menyalurkan bantuan untuk mangsa gempa bumi di Yogyakarta kepada sekretariat Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS melalui akaun Maybank, atas nama Parti Islam Semalaysia di nombor 564070705537 dan bantuan ubat-ubatan ke Pejabat Harakah atau Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur.

Di Yogyakarta, Ali Bukhari Amir melaporkan, sekitar 1, 500 orang telah mendaftar sebagai anggota relawan (sukarela) sepanjang kejadian gempa bumi yang bermula di sini Sabtu lalu dan jumlah itu dijangka bertambah dari semasa ke semasa.

Seorang wakil ketua relawan yang temui di sini, Suhib Abdul Rachman, 27, berkata daripada jumlah itu, para relawan itu akan bergilir-gilir dalam melaksanakan tugas mereka di sepanjang tempoh itu.

"Malah, ada yang masih menetap di sini bermula Sabtu lalu sehingga sekarang. Sebahagiannya ada yang pulang dan mereka bertukar-tukar," kata Suhib.

Sementara itu, seorang petugas relawati Juwartini Trisnowiarjo, 24, berkata, jumlah relawan di Pos Penanggulangan Bencana (P2B) Partai Keadilan Sejahtera wilayah Jogjakarta setakat ini mencecah 768 sejak Sabtu lalu hingga semalam.

Juwartini yang kini menuntut di Universitas Gadja Mada di sini berkata, para relawan itu rata-ratanya terdiri daripada siswa-siswi yang bergiat cergas dalam Partai Keadilan Sejahtera (PKS).

“Untuk pihak lelaki tiada had pendaftarannya, tetapi pendaftaran wanita bermula jam 8 pagi hingga 4 petang. Para relawan itu bersedia untuk ditempatkan di mana-mana desa. Mereka bukannya memilih di mana mereka harus ditempatkan. Pihak kami yang memutuskan tempat mereka berkhidmat.

"Daripada jumlah 768 relawan di P2B, 591 daripadanya adalah putera dan selebihnya puteri seramai 177 orang. Hari ini saja 69 orang termasuk putera dan puteri telah mendaftar sebagai relawan," kata Juwartini.

Email: [EMAIL PROTECTED]
Tonton webtv wtv8 di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
[EMAIL PROTECTED]

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke