Kuiz Kendiri: Pernahkah Terdetik Di Hati Anda Untuk Bertukar Tempat Kerja/Kerja/Kerjaya?

 

Oleh: fghaz

Klinik Kerjaya Perintis

 

Boleh dikatakan setiap orang yang bekerja pernah mempertimbangkan persoalan di atas.

 

Jika anda adalah seperti kebanyakan orang, pastinya pada suatu ketika anda pernah merasakan bahawa apa yang anda lakukan sekarang sudah tidak sesuai dengan diri anda. Walaupun jika pada hakikatnya anda suka akan pekerjaan anda sekarang, tetapi faktor seperti konflik personaliti, pengecilan syarikat dan faktor-faktor lain mungkin menyebabkan anda terfikir untuk bertukar tempat kerja/kerja/kerjaya.

 

Apa jua sebabnya, masanya akan tiba, iaitu anda terpaksa membuat keputusan. Adakah anda akan terus bekerja di syarikat sekarang atau berpindah? Atau adakah anda akan terus melakukan kerja yang sama atau bertukar kerja? Atau adakah anda akan bertukar kerjaya?

 

Jika anda kurang yakin akan langkah terbaik yang sepatutnya anda ambil, jalani kuiz kendiri di bawah. Kuiz kendiri ini memerlukan anda menyemak kembali fakta tentang situasi pekerjaan anda dan sikap anda terhadap pekerjaan anda yang mungkin tidak anda sedari. Penilaian daripada kuiz kendiri ini mungkin akan membantu anda membuat keputusan yang terbaik bagi diri anda.

 

KUIZ KENDIRI

 

Jawab soalan di bawah untuk menentukan sama ada sekarang ialah masa yang terbaik untuk anda bertukar tempat kerja/kerja/kerjaya. Jawab ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Anda diberikan masa 3 minit untuk menjawab kesemua 24 soalan.

 

1. Anda berasa bimbang akan kehilangan pekerjaan.

YA                               TIDAK

 

2. Anda ada mendengar desas-desus bahawa syarikat atau jabatan anda bakal bergabung dengan syarikat atau jabatan lain.

YA                               TIDAK

 

3. Majikan anda tidak pandai menghargai anda walaupun anda telah melakukan kerja yang baik.

YA                               TIDAK

 

4. Gaji yang anda peroleh adalah di bawah paras gaji pasaran.

YA                               TIDAK

 

5. Apabila anda bercuti, anda jarang memikirkan urusan kerja.

YA                               TIDAK

 

6. Prestasi syarikat atau jabatan lain lebih cemerlang daripada prestasi syarikat atau jabatan anda.

YA                               TIDAK

 

7. Prestasi syarikat atau jabatan anda semakin menurun berbanding dengan prestasi pada tahun-tahun yang lepas.

YA                               TIDAK

 

8. Anda tidak mempunyai rakan di pejabat atau anda selalu berasa terasing dalam kalangan rakan sejawat.

YA                               TIDAK

 

9. Sejak kebelakangan ini, anda sering terfikir untuk bertukar kerjaya.

YA                               TIDAK

 

10. Anda akan pertimbangkan tawaran kerja yang baru walaupun gaji yang diberi adalah sama.

YA                               TIDAK

 

11. Anda mempunyai tanggungjawab yang lebih sedikit pada tahun ini berbanding pada tahun sebelumnya.

YA                               TIDAK

 

12. Sejak 5 tahun kebelakangan ini, anda tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji.

YA                               TIDAK

 

13. Anda perlu bekerja lebih masa bagi menampung keperluan anda.

YA                               TIDAK

 

14. Anda tidak mendapat pengiktirafan yang sepatutnya di tempat kerja.

YA                               TIDAK

 

15. Kesihatan anda sering terganggu akibat daripada pekerjaan anda.

YA                               TIDAK

 

16. Pada hari anda bercuti, anda akan berasa murung apabila memikirkan bahawa anda terpaksa bekerja pada keesokan harinya.

YA                               TIDAK

 

17. Sahabat baik anda mengesyorkan agar anda bertukar kerjaya.

YA                               TIDAK

 

18. Gaji anda tidak bertambah selari dengan tanggungjawab anda.

YA                               TIDAK

 

19. Anda sering mengorbankan masa lapang anda bagi memenuhi kehendak pekerjaan.

YA                               TIDAK

 

20. Anda tidak diajak berunding dalam hal syarikat atau jabatan yang membabitkan tanggungjawab dan persekitaran kerja anda.

YA                               TIDAK

 

21. Gaji yang anda terima tidak memuaskan.

YA                               TIDAK

 

22. Anda tidak dapat menyimpan wang gaji anda.

YA                               TIDAK

 

23. Anda sering berasa perjalanan ulang-alik ke pejabat adalah membebankan.

YA                               TIDAK

 

24. Anda yakin matlamat kerjaya anda tidak akan tercapai di tempat kerja anda sekarang.

YA                               TIDAK

 

 

Saya meminta maaf kerana tidak dapat melampirkan jawapan bagi kuiz kendiri ini di sini. Ini kerana jawapan kuiz kendiri ini agak panjang. Sekiranya saudara/i berminat mendapatkan jawapan kuiz kendiri ini, sila hubungi saya di [EMAIL PROTECTED].

 

Adakah saudara/i menghadapi sebarang masalah kerjaya di tempat kerja? Untuk pengetahuan saudara/i yang dihormati, saya sedang dalam proses mengumpulkan maklumat tentang masalah kerjaya yang mungkin pernah berlaku di tempat kerja. Saya berasa amat berbesar hati jika saudara/i sudi berkongsi masalah dan meluangkan masa untuk memberitahu saya akan masalah kerjaya yang mungkin saudara/i hadapi.
 
Anda ingin berkongsi masalah kerjaya? Anda dijemput untuk melawat http://my-fghaz.blogspot.com. Di Klinik Kerjaya Perintis, kaunseling kerjaya diberikan secara percuma.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke