assalamualaikum.. buat tatapan dan makluman pengetahuan ikhwah & akhwat sekelian...
saya berpendapat, ada beberapa bab dan ilmu yang hanya perlu diketahui oleh org awam dan tidak semua boleh dijadikan sandaran terutamanya kepada golongan org awam.. kerana, akan dikuatiri disalah erti-gunakan oleh org yg mempermudah dan boleh mengelirukan... sila pastikan, setiap ilu yg diperbahaskan adalah merujuk kepada individu yang mahir yang lebih arif dalam bab2 agama...klu sekadar pengetahuan tidak menjadi masalah tp perlu diketahui batas2 nya merujuk kepada zuruf dan pandangan azhar sesebuah tempat...seperti di Malaysia lebih kepada pegangan As Syafie dan jumhur ulama' .... oleh itu, org awam sekadar tau dan tidak boleh menggunakannya dan hanya org arif saja membuat keputusan utk diguna-pakai atau sebaliknya.. sekian, wassalam... --- [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote: > ada buku kecil tulisan ustad mazlee berjudul talfiq > di pasaran boleh baca untuk rujukan lanjut...kecil > dan nipis...warna biru > > Memilih-milih Antara Mazhab > > > Di akhir bab telah dinukil kata-kata Ibn al-Shalah > dan Ibn Taimiyyah yang membolehkan seseorang itu, > sekalipun dia bukan seorang mujtahid untuk mengikuti > hadis sahih yang ditemuinya dan meninggalkan > pendapat imam mazhab ikutannya. Dia juga boleh > mengikut pendapat imam mazhab yang lain jika hadis > sahih yang ditemuinya itu merupakan pendapat imam > tersebut. Subjek ini dibahas dengan lebih terperinci > di dalam Bab 10 dengan contoh meninggalkan pendapat > al-Syafie kepada pendapat al-Syaukani dalam hukum > berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung > ketika berwudhu. > Soalan yang timbul di sini adalah: Bolehkan > seseorang itu dalam sebahagian masalah mengikut > pendapat mazhab asalnya dan dalam sebahagian masalah > lain mengikut mazhab yang lain ? Bolehkan dia > memilih-milih dan mencampur-aduk antara beberapa > mazhab fiqh Islam ? > Memilih-milih antara mazhab, sama ada seluruhnya > atau sebahagiannya dinamakan talfiq. Dari sudut > bahasa talfiq bererti: > Menyamakan atau merapatkan dua hujung barang yang > berbeda atau membubuhkan atau menambahkan yang > dipergunakan untuk suatu berita atau cerita. > Ensiklopidi Islam menerangkan beberapa maksud > talfiq dalam konteks mazhab-mazhab fiqh Islam: > 1. Menurut istilah para ahli fiqh, talfiq > ialah mengikuti suatu hukum tentang suatu peristiwa > dengan mengambilnya dari pelbagai mazhab. > 2. Talfiq juga adalah sebutan bagi seseorang > yang dalam beribadah mengikuti salah satu pendapat > dari mazhab yang empat atau mazhab lain yang popular > tetapi ia mengikuti pula mazhab yang lain dalam hal > yang pokok atau salah satu bahagian tertentu. > 3. Ada juga ulama' yang mendefinisikan > talfiq sebagai mengikuti atau bertaqlid kepada dua > atau lebih imam mujtahid dalam melaksanakan suatu > amal ibadah sedangkan kedua-dua imam yang > bersangkutan tidak mengakui sahnya amal ibadah > tersebut kerana tidak sesuai dengan pendapat mereka > masing-masing. > 4. Ada juga yang mendefinisikan talfiq dengan > beramal dalam suatu masalah menurut hukum yang > merupakan gabungan dari dua mazhab atau lebih atau > menentukan hukum suatu peristiwa berdasarkan > pendapat pelbagai mazhab. [1][1] > Secara umumnya terdapat 3 pendapat tentang hukum > talfiq: > Pertama: Tidak boleh melakukan talfiq. > Seseorang itu hendaklah tetap mengikuti satu mazhab > sahaja. > Kedua: Dibolehkan talfiq hanya dalam > suasana terdesak atau berkeperluan. Tidak boleh > melakukan talfiq dalam kehidupan harian. > Ketiga: Dibolehkan talfiq dalam > kehidupan sehari-harian tanpa terhad kepada suasana > terdesak atau berkeperluan. > > Pendapat yang benar dan sebab-sebabnya: > Pendapat yang dianggap benar ialah pendapat yang > ketiga, iaitu boleh melakukan talfiq di dalam > kehidupan sehari-harian tanpa terhad kepada suasana > darurat atau terdesak. Sebab-sebabnya adalah seperti > berikut: > > 1. Ketaatan yang diwajibkan ke atas umat > Islam ialah kepada al-Quran dan al-Sunnah, bukan > mazhab-mazhab. Peranan mazhab ialah memudahkan orang > awam untuk mentaati al-Quran dan al-Sunnah. Justeru > mengikuti salah satu mazhab atau kedua-duanya atau > kesemuanya tetap akan membawa seseorang kepada > ketaatan al-Quran dan al-Sunnah. > > 2. > Memilih-milih antara aja-ran mazhab > (talfiq) tidak boleh dilakukan semata-mata atas > alasan mencari yang mudah kerana ini bererti > meremehkan agama yang akhirnya akan me-nyebabkan dia > terkeluar daripada syariat Islam. > > Semua ajaran mazhab fiqh Islam yang empat: Mazhab > Hanafi, Maliki, al-Syafie dan Hanbali adalah > berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah. > Mengikuti salah satu daripadanya atau kedua-duanya > atau kesemuanya tidak mengeluarkan seseorang itu > daripada ajaran al-Quran dan al-Sunnah. > > 3. Semua mazhab fiqh Islam adalah betul, > tidak ada satu yang lebih betul daripada yang lain > dan tidak ada satu yang lebih lemah daripada yang > lain. > > 4. Jika dikaji sejarah kelahiran > mazhab-mazhab fiqh Islam, tujuan asal para imam > mazhab ialah menyampai dan memudahkan pengajian ilmu > kepada orang ramai. Orang ramai boleh memilih > daripada siapa mereka hendak menerima ilmu tersebut > tanpa terbatas kepada seorang imam sahaja. > > 5. Jauh sekali daripada tujuan asal para imam > mazhab untuk membataskan seseorang kepada ajaran > mereka sahaja. Para imam mazhab tidak pernah > melarang murid-murid mereka untuk mengikuti ajaran > mazhab yang lain. > > 6. Para tabiin, iaitu generasi umat yang > menyusul sesudah generasi sahabat, sering kali > menjadikan ijtihad para sahabat sebagai ikutan di > samping al-Quran dan al-Sunnah. Kebanyakan sahabat > adalah juga seorang mujtahid dan mereka berijtihad > di dalam persoalan-persoalan yang baru timbul pada > zaman mereka yang tidak disentuh secara terperinci > oleh al-Quran dan al-Sunnah. Hasil ijtihad para > sahabat digelar sebagai mazhab mereka, justeru wujud > pada zaman tersebut Mazhab Ibn Abbas, Mazhab Ibn > Masud, Mazhab Ibn Umar, Mazhab Hudzaifah bin > Yaman, Mazhab Ali bin Abi Thalib, Mazhab Aisyah > dan puluhan lagi. Para tabiin tidak pernah > membataskan ikutan mereka kepada mazhab seorang > sahabat sahaja dan para sahabat juga tidak pernah > membataskan para tabiin untuk mengikuti mazhab > mereka sahaja. Setiap orang bebas melakukan talfiq > kepada mana-mana mazhab para sahabat.[2][2] > > 7. Para imam mazhab sendiri selain daripada > merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah, juga merujuk > kepada ijtihad para sahabat. Namun mereka, para imam > mazhab, tidak pernah membataskan rujukan mereka > kepada mazhab seorang sahabat sahaja. > > Analisa Pendapat. > Pihak yang melarang talfiq sebenarnya tidak > memiliki apa-apa dalil atau hujah kecuali sangkaan > dan imaginasi mereka sahaja. Bagaimana mungkin > dilarang talfiq padahal al-Quran dan al-Sunnah > tidak pernah melarangnya ? Sidang penyusun > Ensiklopidi Hukum Islam menulis: > Tidak ada satu nas al-Quran atau Hadis yang > menyatakan bahawa talfiq dilarang. Di samping itu > Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ketika > berhadapan dengan dua pilihan yang dibenarkan agama > selalu memilih yang paling mudah dan ringan > (HR-Bukhari, Tirmizi dan Malik). > Hal ini sejalan dengan dengan firman Allah > Subhanahu wa Taala dalam surah al-Baqarah 02, ayat > 185 yang ertinya Allah menghendaki kemudahan bagi > kamu dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu. > Dalam ayat lain Allah Subhanahu wa Taala berfirman: > Dan Dia (Allah) sekali-kali tidak menjadikan untuk > kamu dalam agama suatu kesempitan. (Maksud surah > al-Hajj 22, ayat 78).[3][3] > Pihak yang melarang talfiq dalam ertikata yang > lain mewajibkan umat Islam mengikuti satu mazhab > tertentu sahaja. Ini adalah satu kewajipan yang > tertolak. Said Ramadhan al-Buti menetapkan: > Permasalahan yang tidak diperselisihkan (ialah) > tidaklah menjadi suatu kewajipan bagi seorang > muqallid (pengikut mazhab) untuk mengikuti salah > satu mazhab tertentu dan tidaklah menjadi suatu > keharaman baginya untuk berpindah-pindah mazhab. > Begitu juga, telah menjadi kesepakatan kaum muslimin > bahawa seorang muqallid dapat memilih dan mengikuti > salah satu imam mujtahid jika diyakini tentang > kebenaran mazhab-mazhab mereka dan > pendapat-pendapatnya, seperti seorang yang > berpindah-pindah kepada salah satu daripada empat > imam mazhab. > Maka seandainya sekarang ada yang melarang untuk > berpindah-pindah mazhab, orang itu telah masuk ke > dalam kategori fanatik yang menyesatkan yang telah > menjadi kesepakatan kaum muslimin untuk > meniadakannya (tiada dalil untuk mengharamkan). > Suatu yang harus diketahui oleh seorang peneliti, > tidak ada perselisihan bahawa tidak ada hukumnya > bagi seorang muqallid untuk tidak mengikuti satu > mazhab sahaja atau berpindah-pindah ke mazhab yang > lain. Ertinya, tidak ada kewajipan untuk terikat > kepada salah satu mazhab tertentu, demikian juga > tidak ada larangan untuk terikat kepada salah satu > mazhab (sahaja).[4][4] > Senafas dengan ini ialah ulasan Yusuf > al-Qaradhawi: > Yang terpenting adalah, hendaklah engkau > mengetahui bahawa taqlid seorang awam kepada salah > seorang imam merupakan hal yang dibolehkan sesuai > dengan kaedah dan darjatnya dan ia bukan merupakan > satu kewajipan sebagaimana yang dikatakan oleh > sebahagian ulama kebelakangan. Ini kerana tidak ada > satupun yang wajib kecuali apa yang telah diwajibkan > oleh al-Quran dan al-Sunnah. Kenyataannya, > kedua-dua sumber tersebut tidak mewajibkannya. > Berdasarkan hal ini tidak ada larangan bagi > seorang Muslim untuk bebas mengikuti sesuatu mazhab > tertentu atau bertanya kepada salah seorang ulama > yang === message truncated === __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Everything you need is one click away. Make Yahoo! your home page now. http://us.click.yahoo.com/AHchtC/4FxNAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
