| Bantu mangsa tanah runtuh, bantah MPAJ | | |
Mon | Jun 05, 06 | 12:03:51 AM Oleh Mohd Rashidi Hassan KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - PAS menghulurkan bantuan kewangan dan simpati kepada 66 keluarga yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir, Hulu Kelang Rabu lepas.
Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayub turut menziarahi keluarga mangsa yang terkorban akibat tanah
runtuh yang meragut empat nyawa sekeluarga.
Kedatangan rombongan PAS yang turut disertai AJK PAS Kawasan Gombak, disambut dan Pengerusi JKKK dan Setiausaha surau Kampung Pasir serta diberi taklimat tentang kejadian dan perancangan masa hadapan penduduk yang terbabit dalam kejadian tersebut.
"Rombongan PAS turut mendengar taklimat daripada Jabatan Kebajikan Gombak," kata Dr Hatta.
Dalam kejadian Rabu lepas, tiga blok rumah panjang tertimbus akibat runtuhan tanah dipercayai akibat pembangunan yang tidak terkawal di lereng Bukit Ampang.
Semalam, pasukan penyelamat menghentikan kerja mencari mangsa selepas menemui dua mayat terakhir, seorang ibu yang tertimbus ketika sedang menyusukan anak beliau.
Mangsa-mangsa yang dikenalpasti adalah Suri Sinon, 72 serta Siti Ridilia Shahrul, 4 ditemui pada hari pertama kejadian, manakala Hayati Mohd Yunus, 24 dan
anaknya Herlina, 3 ditemui Jumaat lepas.
Antara punca utama bencana tanah runtuh yang melanda kampung berkenaan dikatakan berpunca daripada tindakan kerajaan negeri Selangor yang meluluskan pembangunan di seluruh bukit Ampang.
Malangnya, pembinaan perumahan di kawasan bukit terbabit tidak melalui kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) kerana keluasannya yang kurang daripada daripada 50 hektar.
Kesilapan kelulusan tersebut disahkan oleh Menteri Alam Sekitar, Dato' Azmi Khalid dalam kenyataannya kepada wartawan media massa tempatan baru-baru ini.
Sementara itu beberapa orang peguam yang ditemui berkata, penduduk di kawasan terbabit dan kawasan sekitarnya seperti di Taman Bukit Zooview boleh mengambil tindakan menyaman Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di atas kecuaian mereka.
Bagaimanapun saman hanya boleh dikemukakan selepas mendapat bukti
bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) bertangunggjawab memulihkan cerun bukit dan didapati cuai dalam menjalankan tugas mereka.
Dr Hatta menegaskan pemimpin PAS bersama dengan PAS Kawasan Pandan dan Gombak, akan menganjurkan bantahan di hadapan bangunan MPAJ di Pandan Indah pada jam 9 pagi, 5 Jun ini.
Katanya, rakyat tidak harus berdiam diri dengan musibah dan bencana yang menimpa mereka antaranya akibat kelemahan dan kecuaian PBT.
Sehubungan itu beliau menyeru penduduk Kampung Pasir dan taman-taman di kawasan persekitaran cerun bukit yang terancam menghadirkan diri untuk bersama-sama PAS memperjuangkan nasib rakyat.
Email: [EMAIL PROTECTED]
Merintis
Alam Penyiaran Maya
wtv8
Salurang Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap hari
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
__._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
__,_._,___