Aliran kesal polis kasari wartawan di perhimpunan KLCC PDF Cetak
Wed | Jun 07, 06 | 04:03:00 PM
Oleh Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 7 Jun (Hrkh) - Tindakan seorang anggota polis menendang seorang wartawan sewaktu menyuraikan perhimpunan protes harga minyak dan tarif elektrik di pekarangan KLCC baru-baru ini amat dikesali dan disifatkan sebagai tidak menghormati profesion tersebut.

Koordinator Charter 2000 - Aliran, Dr Mustafa Kamal Anuar berkata adalah sesuatu yang memalukan apabila polis bertindak kasar kepada wartawan yang menjalankan tugasnya.

Wartawan bebas daripada MerdekaReview.com, Lim Hong Siang yang sedang mengambil gambar perhimpunan tersebut telah ditendang oleh polis sewaktu mengarahnya beredar, dakwa  Dr Mustafa kepada Harakahdaily semalam.

"Bidang tugas wartawan ialah mendapat berita dengan tepat dan menyaksikan sendiri sesuatu kejadian dan polis sepatutnya menghormati  mereka yang sedang menjalankan tugas," katanya.

Beliau berkata kejadian itu mewujudkan rasa takut di kalangan wartawan sewaktu menjalankan tugas terutama ketika sesuatu perhimpunan dan demonstrasi.

Selain itu, beliau menyifatkan tindakan berkenaan mencabul hak orang ramai untuk mengetahui sesuatu berita kerana wartawan telah dihalang daripada melaporkan kejadian sebenar.

"Kami meminta polis atau pihak berkuasa tidak menyekat, menghalang ataupun mengasari wartawan yang bertugas dengan apa cara sekalipun," katanya.

Demonstrasi protes harga minyak atau dikenali sebagai 'demo berdarah' baru-baru ini di KLCC menyaksikan polis bertindak 'ganas' terhadap para peserta yang berhimpun menyebabkan dua orang cedera parah dan dikejarkan ke hospital.

Perhimpunan tersebut berakhir dengan penangkapan 20 peserta termasuk Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang kemudiannya dibebaskan pada sebelah petangnya di Balai Polis Pudu. - lanh

Email: [EMAIL PROTECTED]
Isu Yang Sama, Perspektif Berbeda
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke