Gembleng tenaga pertahan Islam: NGO alukan ucapan Presiden PDF Cetak
Wed | Jun 07, 06 | 05:20:39 PM
Oleh Nyza Ayob
ALOR STAR, 7 Jun (Hrkh) - Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh menyifatkan ucapan dasar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Muktamar ke-52 di sini pagi tadi, sebagai bernas dan mantap.

Beliau turut menyokong ucapan Presiden supaya ada penggemblengan tenaga dalam mempertahankan Islam termasuk penglibatan badan-badan Islam bukan kerajaan.

Syed Ibrahim merupakan antara tetamu di kalangan wakil NGO yang hadir pada majlis perasmian Muktamar PAS ke-52 yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah.

Jelas Syed Ibrahim, perlu ada keterbukaan dan kesatuan dalam gabungan NGO yang perlu dipertahankan.

"Sepertimana yang dinyatakan Presiden, untuk menundukkan satu kuasa yang besar memang memerlukan sokongan dari seluruh rakyat sehinggalah ke akar umbi," katanya.

"Sebaiknya kita mempraktikkan dalam PAS serta amalan organisasi kita. Jadi, ada budaya keterbukaan dan untuk mendengar hingga ke akar umbi. Begitu juga apabila sampai kepada rakyat. Seharusnya budaya mendengar dalam PAS juga harus menggalakkan kepada rakyat untuk mengkritik dan memberi teguran
membina," katanya.

Mengulas pemulihan demokrasi yang rosak yang disentuh Presiden dalam ucapannya, Syed Ibrahim berkata, demokrasi perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas bukan sahaja proses pembaik pulih pilihan raya tetapi kebebasan untuk bersuara. Ini termasuklah kebebasan akhbar tanpa rasa bimbang akan ditahan disebalik akta-akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA).

Katanya, ucapan dasar Presiden tidak menyentuh tentang kezaliman yang dihadapi mangsa ISA.
"ISA merupakan 'ibu' kepada akta yang zalim. Undang-undang ISA bukan hanya menyekat hak asasi bahkan menzalimi bukan hanya pada tahanan tetapi kepada ahli keluarga serta sahabat handai."

Justeru beliau meletakkan harapan tinggi adanya satu usul yang menyentuh menggiatkan usaha supaya bersama-sama kempen memansuhkan ISA serta apa sahaja aktiviti untuk memansuhkan ISA.

Selain itu katanya, usul tersebut untuk melihat kebajikan keluarga tahanan ISA dipelihara.

"Mereka ini orang biasa juga dan kebanyakannya di kalangan orang Islam. Kebanyakannya tidak mempunyai sumber nafkah tetap dan mempunyai tanggungan yang ramai. Mereka perlukan bantuan, tidak cukup hanya dengan bantuan daripada Pemuda dan Muslimat," katanya yang mengharapkan ada usul khusus mengenai ISA dalam muktamar ini.

Sementara itu, Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamarudin berkata secara umumnya ucapan dasar Presiden menyentuh hampir semua aspek yang melibatkan rakyat termasuk menggembleng tenaga untuk mempertahankan Islam.

"Gandingan antara NGO dan parti-parti politik amat penting dalam mempertahankan Islam. JIM bersiap sedia untuk bersama-sama dengan PAS untuk mempertahankan Islam," katanya sebagai mengulas ucapan Presiden mengenai pengemblengan tenaga umat mempertahankan Islam.

Bagi penulis, Azizi Abdullah, ucapan dasar Presiden mengulas isu lama yang semua pihak sudah sedia maklum.

Sepatututnya, ucapan tersebut memberi motivasi mengenai cara gerakan, pendirian dan masa depan PAS yang bukan hanya pendirian masa kini.

Jelasnya lagi, ucapan dasar Presiden seharusnya menyatakan strategi dan saranan PAS dan bukan hanya kritikan.

"Ucapan tersebut seharusnya bukan hanya ulasan sejarah tetapi bagaimana PAS boleh menempa sejarah. Kita bukan sahaja mengulas kelemahan tetapi bagaimana mengatasinya," tegasnya.

Email: [EMAIL PROTECTED]
Merintis Alam Penyiaran Maya
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke