Nazri akui kebenaran kritikan Dr Mahathir terhadap Abdullah?

Sat | Jun 10, 06 | 05:18:22 PM
Oleh Sahar Abdul Majid
KOTA KINABALU, 10 Jun (Hrkh) - Ketika suasana politik negara kian bergolak ekoran kritikan tajam mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap kelemahan kerajaan pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengakui kebenaran fakta kritikan itu.
Beliau berkata, kritikan Dr Mahathir itu mendapat perhatian serius bukan sahaja oleh kerajaan tetapi juga rakyat kerana kenyataan itu datang daripada seorang yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

“Rakyat akan mempercayai beliau kerana Dr Mahathir adalah seseorang yang akan bercakap dengan fakta dan beliau tidak akan membuka mulutnya sesuka hati …. Inilah imej yang telah diwujudkannya,” kata Nazri.

Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh media selepas merasmikan satu majlis anjuran Biro Bantuan Guaman (BBG) Cawangan Sabah di Sebuah Hotel di Kinarut kelmarin.

Beliau turut percaya, kenyataan keras Dr Mahathir bahawa Abdullah Badawi bukan sebenarnya pilihan utama beliau untuk memimpin negara tetapi Dato’ Seri Najib Tun Razak, bertujuan menambah bibit permusuhan antara Najib dan Abdullah.

“Beliau mahu mencetuskan perkelahian kerana beliau adalah seorang yang berpengalaman. Beliau tahu apa yang dilakukannya dan beliau tahu kesan apa yang diperkatakannya.
“Saya pasti yang beliau (Tun Mahathir) bermaksud demikian,” tegas Nazri lagi.

Sungguhpun Nazri agak kecewa dengan apa yang berlaku, beliau turut menggambarkan akan berlakunya perpecahan di kalangan rakyat dan kepimpinan negara ekoran beberapa siri tindakan berani Dr mahathir membongkar kelemahan kepimpinan yang ada sekarang ini.

Sejak kebelakangan ini, sudah terlalu banyak kritikan pedas secara terbuka Dr Mahathir ditujukan kepada kepimpinan Abdullah dan barisan kabinetnya yang digambarkan sebagai lemah dan tidak berkeupayaan.

Malah Dr Mahathir secara terang-terangan menganggap beliau telah tersalah memilih penggantinya menerajui kepimpinan negara hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, ketika ditanya oleh media, Abdullah Badawi enggan menjawab dan mengulas kritikan yang dilemparkan kepadanya oleh Dr Mahathir.

Walaupun didesak beberapa kali oleh wartawan mengenai persoalan itu, namun Abdullah tetap enggan mengulasnya dan hanya berkata beliau ketika ini hanya mahu menumpuhkan perhatiannya terhadap tanggungjawab menjayakan RMK -9.

“Sudahlah, cukuplah.(dah) cakap banyak dah” katanya sebelum mengakhiri sidang media sejurus selepas Abdullah menyampaikan anak kunci Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sandakan sempena lawatan dua hari beliau di Sabah baru-baru ini.

Ramai berpendapat dan meramalkan, polemik baru ini bakal mencorakkan satu lagi wajah baru politik negara selepas ini. - mns

Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Artikel akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.

Email: [EMAIL PROTECTED]
Merintis Alam Penyiaran Maya
wtv8
Siaran Ulangan Setiap Hari
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari



Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke