Oleh Khairul Azlam Mohmad
| Mon | Jun 12, 06 | 04:09:44 PM | |
| KUALA NERUS, 12 Jun (Hrkh) - Bekas Setiausaha Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Rosli Ibrahim menyeru ahli-ahli Umno yang ikhlas berjuang agar berfikir serta menilai kembali kepimpinan parti sekarang. Ini kerana, katanya pucuk kepimpinan parti dilihat berjuang demi kepentingan peribadi serta banyak merugikan bangsa dan orang Melayu. Kalau kita hendak berjuang menuntut kebenaran tidak boleh duduk dalam Umno. Tidak mungkin boleh berjuang Islam dalam Umno." Kuasa Melayu semakin
terhakis di bawah Umno sekarang dan banyak negeri di bawah kekuasaan Umno Melayu semakin hancur, jelasnya ketika berucap pada Forum Perdana bertajuk Nasib Orang Melayu Di Bawah Umno dan Barisan Nasional (BN)Memerintah di padang bola Pekan Batu Enam, baru-baru ini." Katanya, pemimpin Umno dan BN tidak ikhlas berjuang bagi pihak orang-orang Melayu dan Islam di negara ini. Menurutnya, Perkara 153 Hak Keistimewaan Orang Melayu mengenai biasiswa telah dicabuli oleh kepimpinan negara hari ini. Pemimpin Umno tidak ikhlas untuk berjuang bagi pihak orang Melayu dan Islam. Dalam perkara 153 Hak Keistimewaan Orang Melayu mengenai biasiswa dan kalau betul Umno ikhlas hendak berjuang Kusza (Kolej Agama Sultan Zainal Abidin) itu kena naik taraf kepada universiti, tegasnya. Beliau yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Tumpat menggesa kerajaan BN membina sebuah universiti baru untuk negeri
Terengganu. Ini bermakna, katanya bukan mengambil Kusza serta ditukar menjadi hak milik Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Kalau kerajaan ambil Kusza buat UDM tidak selesai masalah pendidikan ibarat berak atas pusu, Biasiswa kena beri kepada orang Melayu walau pun banyak universiti tetapi kena bayar tidak selesai masalah, ujarnya. Justeru itu, katanya rakyat di semua peringkat wajar menghantar satu signal kepada para pemimpin Umno/BN dalam pilihan raya umum akan datang. Menurutnya, sudah tiba masa rakyat menghantar satu tanda isyarat kepada kerajaan dengan tidak memilih calon BN dalam pilihan raya tersebut. Saya sudah serik dan tidak yakin lagi kepada dasar parti Umno untuk berjuang menegakkan keadilan tetapi jika berjuang hendak bodek boleh duduk dalam Umno, ujarnya. - mks. Email: [EMAIL PROTECTED] Merintis Alam Penyiaran Mayawtv8 Saluran Alternatif Anda di http://wtv8.tv Setiap Sabtu Jam 9 Malam Siaran Ulangan Setiap Hari |
Send instant messages to your online friends
http://uk.messenger.yahoo.com
__._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
