Assalamualaikum..
Panduan menghadapi demam Piala Dunia
Ustaz Mohd Uda Kassim. Sabtu 1.30pm / 7.30pm 10.06.2006 (Selangor.fm)
Antara yang dapat diambil ingatan daripada kulliyah
yang disampaikan oleh penceramah tersebut ialah:-
- Jangan sampai kita memuja, mengagungkan dan berbangga dengan orang bukan Islam kerana ini dilarang oleh Rasulullah, apa lagi jika kita sampai membeli poster-poster pemain bukan Islam dan menampalnya di dalam rumah kita. Kerana orang-orang kafir itu selamanya tidak akan redha sehingga orang Islam mengikut jejak langkah mereka.
- Jangan sampai kerana bola umat Islam terlupa kepada perkara yang lebih penting. Kita lupa pada saat ini Amerika dan Israel sedang menyekat ekonomi Hamas. Lupa saudara-saudara kita di sana yang hanya makan roti bercicah garam, bercicah cuka ataupun air sejuk. Lupa saudara-saudara kita yang sedang disembelih.. Nabi telah berpesan bahawa Sesiapa yang mati tanpa keinginan untuk berjihad matinya dalam jahiliyah dan barangsiapa yang tidak mengindahkan nasib saudara-saudara seagamanya maka ia bukan dari golongan kami . Pada hari ini umat Islam telah dilekakan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau sepatutnya menjadi ranting dalam kehidupan. Pada hari ini remaja-remaja tidak lagi membicarakan soal agama sebaliknya bicara mereka tentang suatu yang langsung tidak ada sangkut paut dengan kehidupan seorang Islam.. tentang hiburan, fesyen dan umpamanya. Ustaz tersebut telah menyebut tentang
protocol zionis yang mahu melalaikan umat Islam telah berjaya pada hari ini.
- Orang Islam tidak sepatutnya gila bola sebaliknya menjadi gila beribadah.
- Dan dingatkan agar demam bola ini tidak sampai menjadi contoh yang tidak baik kepada anak-anak. Anak-anak pastinya pelik dan keliru apabila mereka tidak pernah melihat bapa-bapa mereka tidak pernah bangun bertahajjud dan menangis di atas sejadah pada 1/3 malam, tapi dek kerana bola sanggup bersengkang mata malah siap beli jam loceng semata-mata kerananya. Jadi seboleh-bolehnya bangunlah untuk beribadah dahulu.. Menangis dan merintihlah di hadapan Allah sebelum bersengkang mata kerana bola..
- Diceritakan juga tentang turunnya Allah ke langit dunia pada 1/3 malam untuk melihat siapa antara hambaNya yang memohon ampun untuk diampunkan dosa-dosanya, dan siapa di antara hambaNya yang berdoa untuk dikabulkan permintaannya. Tapi pada musim bola rumah umat Islam terang-benderang bukan kerana ibadah, bukan meminta ampun dan bukan berdoa kepada Allah.. bimbang-bimbang pada saat ini Allah turunkan hujan lebat hingga menenggelamkan kita kerana murkaNya.. nauzubillahi min zalik..
Akhirnya pesan penceramah tersebut agar kita sentiasa menjaga adab-adab, tidak sampai memaki hamun dan yang paling penting katanya Seyengah daripada keindahan Islam itu ialah meninggalkan apa yang tidak memberi faedah kepadanya.
Mudah-mudahan apa yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada kita semua.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
__._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
__,_._,___