Tue | Jun 20, 06 | 03:55:02 PM
Oleh Saidatul Amani
Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Badaruzaman Mohd Yusuf berkata, rakyat menaruh harapan tinggi ketika beliau mula-mula menerajui negara supaya dapat melaksanakan pentadbiran berlandaskan peraturan yang tercatat dalam al-Quran.
Sebaliknya
kata beliau, tindakan itu tidak berlaku dan perkara itu akan membuatkan rakyat tidak mempercayai kewibawaan Abdullah bukan sahaja dalam hal pentadbiran tetapi berkaitan dengan agama Islam.
"Jika Abdullah tidak bersedia membuat perubahan dalam pelaksanaan dasar negara, PAS akan berusaha untuk mengambil alih tampuk kepimpinan itu terutama di beberapa buah negeri," katanya kepada Harakahdaily.
Mengulas sikap pimpinan Umno yang menerajui negara sehingga 50 tahun katanya, umur matang bagi manusia itu 40 tahun dan Malaysia akan menyambut kemerdekaan kali yang ke-50.
Ini bererti tambah beliau, Malaysia sudah melepasi 10 tahun umur matang sepatutnya lepas 40 tahun banyak perubahan yang telah dilakukan ke arah kebaikan atau sekurang-kurangnya ada perubahan daripada apa yang berlaku sebelum itu.
Beliau berkata, tetapi apa yang berlaku di
negara ini semakin tua semakin banyak masalah yang tidak dapat diatasi dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
Menurutnya, ketika Tengku Abdul Rahman menerajui negara beliau mendakwa Islam tidak sesuai dilaksanakan dalam masyarakat majmuk manakala era Tun Mahathir Mohamad, beliau mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam.
"Tetapi apabila era Abdullah negara kembali ke wajah baru iaitu jauh daripada ajaran Islam dan mencampuradukkan unsur-unsur dalam pentadbirannya," tegas beliau.
Kata beliau, apa yang berlaku dalam pentadbiran negara sekarang ia mengambil contoh pelaksanaan yang diamalkan oleh negara Barat yang jelas bukan sahaja tidak sesuai dengan umat Islam tetapi masyarakat Timur.
Sehubungan itu, Dewan Ulama berharap Abdullah perlu melakukan perubahan ke arah kebaikan sempena 50 tahun merdeka supaya kembali kepada asas yang telah dibina dan perlu berusaha
menegakkan kebenaran serta keadilan berasaskan ajaran Islam dan jati diri masyarakat tempatan. - mks.
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Artikel akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Merintis Alam Penyiaran Maya
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
Email: [EMAIL PROTECTED]
Inbox full of spam? Get leading spam protection and 1GB storage with All New Yahoo! Mail.
The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address from your Internet provider. __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
