Timbalan Menteri akui kesan kenaikan minyak dirasai
Tue | Jun 20, 06 | 04:00:40 PM
Oleh Maslan Yusoh
KOTA BHARU, 20 Jun (Hrkh) - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengakui kempen Bumi Hijau dilancarkan sebagai usaha kerajaan bagi membendung peningkatan harga barang kesan kenaikan harga minyak.

Dato' Seri Mohd Shariff Omar berkata, kempen tersebut diharap meringankan bebanan kewangan di kalangan masyarakat khususnya mereka yang tinggal di kawasan taman perumahan di sekitar bandar.

"Matlamat kempen ini untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan serta mengurangkan kos perbelanjaan harian yang kian meningkat akibat kenaikan harga minyak.

"Selain itu program ini juga akan mewujudkan suasana persekitaran dan halaman rumah yang cantik serta mengeratkan perpaduan di kalangan anggota komuniti yang terlibat," katanya pada perlancaran kempen Bumi Hijau Peringkat Negeri Kelantan di Desa Darulnaim petang semalam.

Pelancaran kempen itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Program seumpama itu pernah dilancarkan Tun Abdul Razak Husin pada 20 Disember 1974. bertujuan meningkatkan pendapatan rakyat luar bandar serta mengekang inflasi ekoran kejatuhan harta getah di pasaran.

Kemudian pada 1997 sekali lagi kerajaan melancarkan program Buku Hijau bagi menangani krisis ekonomi dunia, di mana rakyat digalak menanam sayur-sayuran menggunakan kaedah hidroponik.

Mohd Shariff berkata, melalui program Bumi Hijau setiap peserta dijangka dapat menjimatkan sebanyak RM50 sebulan dan dalam tempoh setahun sebanyak RM6 juta mampu dijimatkan.

Menurutnya juga, kerajaan berhasrat mengurangkan defisit imbangan dagangan bagi sektor makanan yang bertambah kepada RM6.6 bilion pada 2004.

"Oleh itu kementerian merangka pelan tindakan melalui pembukaan kawasan-kawasan baru untuk pembangunan pertanian bagi meningkatkan aktiviti pengeluaran," ujarnya.

Kata beliau seluas 316,100 hektar kawasan tanaman buah-buahan dan 29,960 hektar tanaman sayur-sayuran diperlukan menjelang tahun 2010.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana meluluskan kawasan seluas 60 hektar di Telong, Bachok dan Lojing, Gua Musang dibangunkan di bawah konsep Taman Kekal Pengeluaran Makanan.

Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Artikel akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.

Isu Yang Sama, Perspektif Berbeda
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
Email: [EMAIL PROTECTED]


Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use" – The Wall Street Journal


Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use" – The Wall Street Journal __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke