10 Wasiat Asy - Syahid Imam Hassan Al-Bana
toyoly2k menulis "
Asy- Syahid Imam Hasan al-Banna dilahirkan pada tanggal 14 Oktober 1906 di
desa Mahmudiyah kawasan Buhairah, Mesir. Pada usia 12 tahun, Hasan al-Banna
telah menghafal separuh isi al-Qur'an. Ia adalah seorang mujahid dakwah,
peletak dasar-dasar gerakan Islam sekaligus sebagai pendiri dan pimpinan
Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Muslimin).
Ia memperjuangkan Islam menurut visinya hingga dibunuh oleh penembak
misterius yang oleh banyak kalangan diyakini sebagai penembak 'titipan'
pemerintah pada 12 Februari 1949 di Kairo.
Kepergian Hasan al-Banna pun menjadi duka berkepanjangan bagi umat Islam. Ia
mewariskan 2 karya monumentalnya, yaitu Catatan Harian Dakwah dan Da'i serta
Kumpulan Surat-surat. Selain itu Hasan al-Banna mewariskan semangat dan teladan
dakwah bagi seluruh aktivis dakwah saat ini. Ikuti pesanan Asy - Syahid kpd
kita semua umat Islam ..
1. Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu dikala mendengar azan.
Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada
sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq.
Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut
solat di awalnya. Perhatikanlah Allah mensyariatkan solat... juga di medan
perang. Walaupun... di saat genting dan cemas.
2. Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah
berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak
bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah
kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah
membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir,
berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian
Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.
3. Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan
dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak
anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka
pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga
mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang
walaupun seminit !!!
4. Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika
kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain
membisikkan? Syaitan namanya !!!
5. Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !
Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada
tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan! Plato juga berharap agar
pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah
disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle
berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan
yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular.
Keburukan dalam diri!!!
6. Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius,
hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang
penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan
bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti
kau masukkan garam ke dalam gulai.
7. Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar
di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain
pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara
pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip
kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula
merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.
8. Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan
lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat!
Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi
kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah
anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah
dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta
ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan
syarie.
· untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
· untuk menghapuskan kemungkaran
· kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
· kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
9. Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka
tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam
kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...!
Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!!
Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!!
Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.
10. Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain
supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual
di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana...
Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang
7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah
berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.."
---------------------------------
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
See what's inside the new Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/