Dalam dunia hiburan, promosi kpd artis sangat penting. Jadi dari masa
kesemasa diadakan cerita dan isu yang boleh menarik perhatian umum untuk
mengikuti perkembangan artis itu selanjutnya. Semua perkara mengenai
artis menarik minat umum termasuk makan minum, masuk hospital, kahwin,
cerai, putus tunang, dll.

Pada saya semuanya menjurus kepada RM. RM, RM.
Syarikat rakaman untung jika album artisnya laku.
Media akan untung jika ramai orang beli majalahnya.
Pemberita untung jika laporannya disiarkan besar-besaran.
Artis untung jika banyak berita mengenainya kerana pemberitakan
mencarinya untuk berita, syarikat rakaman mencarinya untuk buat album,
producer filem mencarinya untuk jadi bintang filem.

SOALANNYA,
Bagaimanakah semua ini menguntungkan kita?
Apakah bertambah pendapat bulanan kita?
Apakah bertambah iman kita?
Apakah nasib masa depan kita lebih baik jika kita mengikuti
perkembangan artis ini semua.
Apakah untung nasib kita diAkhirat lebih cerah?
Apakah ruginya jika kita tidak mengambil perhatian mengenai semua
gossip gossip bodo artis ini?
Apakah bangsa kita akan lebih maju jika kita ambil tahu mengenai makan
minum, kahwin cerai artis-artis ini?
Apakah kepuasan berhibur yang kita cari didalam hidup ini, tanpa
memikirkan kenapa kita dihidupkan?

Sampai bila kita mahu membuang masa memberi perhatian kepada semua
perkara yang tidak berfaedah ini?


 

>>> "Nash Adnan"  25/07/2006 10:51:48 >>>
Assalamualaikum,

Cuba bayangkan anda berasa ditempat Mawi. Desakan, cemuhan dan prinsip

terpaksa dipertimbangkan.

>From: AmY
>Reply-To: [email protected] 
>To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
>Subject: Re: Boycott Israel [hidayahnet] Re: Bismillah [hidayahnet]  
>Epilog: Akhirnya Mawi ingkar pesanan Tunku Mahkota Johor
>Date: Thu, 20 Jul 2006 09:44:32 +0800
>
>saya ni bukan lah baik sangat, namun....
>tak baik mengata org cam tu
>susah nnt nak minta maaf kat dia
>biarkan lah mereka itu dgn tabiat hidup nya
>yg penting kita tarbiah anak2 kita supaya jgn mengikut jejak langkah
org2 
>yg lalai
>
>At 08:17 17/07/2006, Siti.Nazatul.Izura.Mohamed.IShak wrote:
>>Itulah dunia hiburan....... penuh dengan penipuan dan lakonan...... 
>>tambahan pulak yang main actor dia adalah manusia "lelaki melayu 
>>terakhir"... yang kononnye dulu walau tengah main sepaktakraw, boleh
pegi 
>>surau azan magrib...sudahlah.... hentikanlah cakap pasal
mawi...karier dia 
>>boleh hancussssss....
>>mari ramai-ramai boikot mamat tak sedar diri nie!!!!!!!
>>
>>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
wrote:
>>
>>
>>Epilog: Akhirnya Mawi ingkar pesanan Tunku Mahkota Johor
>>
>>
>>
>>
>>BEBERAPA hari selepas muncul juara Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3)
tahun 
>>lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar
memberi 
>>pesanan kepada Mawi supaya jangan memutuskan pertunangan dengan
Nordiana 
>>atau Ina, sambil berkata, "Jangan lepaskan tunang awak..." sambil
jari 
>>telunjuk baginda diangkat dan digoyangnya beberapa kali di depan
Mawi.
>>Mawi yang cuma senyum sedikit mengangguk-angguk kepalanya dan
kemudian 
>>apabila pihak media bertanyakan komennya berhubung pesanan Tunku
Mahkota 
>>itu, Mawi dengan yakin berkata, "Insya-Allah, saya akan ingat dan
junjung 
>>pesanan Tunku Mahkota sebagai azimat dan peringatan. Yang penting
jaga 
>>hati... dan saya ikhlas."
>>
>>Kelmarin, apabila media melaporkan Mawi secara rasmi memutuskan 
>>pertunangannya dengan Ina, ternyata ia bercanggah dengan ikrar janji
Mawi 
>>dulu. Tidak sampai setahun janji Mawi yang mengaku menjunjung nasihat

>>Tunku Mahkota itu, akhirnya dia terpaksa ingkar. Pesanan Tunku
Mahkota itu 
>>tidak boleh lagi dijadikan azimat buat Mawi.
>>
>>Banyak pihak dalam industri hiburan lega dengan janji Mawi itu,
apatah 
>>lagi berdasarkan imej diciptanya semasa berada di AF3 dengan gaya
Islamik 
>>dan ala 'lelaki Melayu terakhir'. Sudah tentu ramai yakin janji
dipegang 
>>Mawi akan dikotakannya kerana sebagai Muslim, falsafah janji itu
sangat 
>>besar makna dan hikmahnya apatah membabitkan soal kahwin.
>>
>>Golongan media ketika itu sudah mula bimbang kerana kesan populariti
yang 
>>diraih Mawi sejurus meninggalkan AF3 adalah satu kejadian luar biasa.
Mawi 
>>mencipta fenomena yang tidak pernah dikecapi mana-mana artis di
Malaysia 
>>sebelum ini, waima Allahyarham P Ramlee dan Allahyarham Sudirman Haji

>>Arshad pun bukannya 'naik mendadak' dari segi populariti seperti
Mawi.
>>
>>Kebimbangan menjurus hal peribadinya yang sudah bertunang dengan Ina,

>>gadis kampung yang bekerja kilang sebagai operator pengeluaran. Ini
kerana 
>>status Mawi sebagai penyanyi yang begitu popular akan menghadapi
laluan 
>>sukar untuk dia berada dalam landasan kesetiaan, kejujuran dan
keikhlasan 
>>yang tinggi kerana perbezaan darjat, status, kemewahan, gaya hidup,
cita 
>>rasa, keinginan, nafsu serta dilimpahi sanjungan berlebihan.
>>
>>Bukan untuk mempertikai, tetapi masa itu kita dapat jangkakan sukar
bagi 
>>Mawi sebagai orang baru yang mengalami kejutan budaya mampu mengurus

>>popularitinya yang hebat itu. Sukar baginya untuk bersikap lebih
teguh 
>>pada cinta dalam ikatan pertunangan, iaitu ketika beliau 'belum ada 
>>apa-apa' dan tidak dikenali pun dalam industri hiburan hingga berubah

>>menjadi rich and famous. Bukan calang-calang insan yang mampu teguh 
>>kesetiaannya seperti diharapkan itu. Sudah tentu Mawi harus ada will
power 
>>untuk terus memupuk kasih, kesetiaan dan memegang janji terhadap Ina,

>>sesudah dia berada dalam spektrum kehidupan mewah dan penuh
sanjungan.
>>
>>Ketika itu juga, sebenarnya ramai antara kita sudah meramalkan, tidak

>>hairan Mawi akan kecundang dalam ikatan cintanya terhadap Ina kerana

>>perubahan mendadak hidup Mawi selepas menjadi manusia popular
sebegitu 
>>memerlukan keteguhan hati luar biasa, apatah lagi harus berkahwin
dalam 
>>tempoh terdekat sebagaimana janji mereka sewaktu pertunangan. Ini
ditambah 
>>imejnya yang sudah menjadi somebody berbanding tunangnya yang nobody.

>>Malah, mungkin orang di sekelilingnya masa itu termasuk keluarga, 
>>pengurusan dan peminat fanatik pula mahukan dia supaya tidak perlu
lagi 
>>berfikir soal kahwin kerana perjalanan karier dan popularitinya
sedang 
>>memuncak apatah lagi usia Mawi baru 25 tahun. Sudah tentu, tidak
hairan 
>>hati Mawi boleh berubah dengan mudahnya dan faktor inilah juga
mungkin 
>>dilihat boleh dijadikan alasan yang tidak diisytihar.
>>
>>Akhirnya, ramalan senyap selama ini menjadi kebenaran. Ikatan janji 
>>menerusi pertunangan yang dibuat dengan rela dan reda tiba-tiba
diputuskan 
>>dengan alasan rapuh. Maka janji Mawi yang pernah diucapkannya: "yang

>>penting jaga hati... dan saya ikhlas" kini menjadi slogan kosong dan
tidak 
>>bererti lagi kerana Mawi sendiri yang putuskan tunangan mereka, bukan
Ina.
>>
>>Kita menyedari soal rezeki, jodoh dan ajal maut di tangan Tuhan.
Namun, 
>>setiap kejadian akan ada sebab dan musabab. Maut tidak akan datang
kalau 
>>tidak ada sebab, rezeki tidak akan berhasil tanpa ada usaha dan
begitu 
>>juga jodoh, ia tidak akan berlaku kalau tidak diikhtiarkan.
>>
>>Demikian jugalah persoalan putus tunang Mawi-Ina. Bukan faktor putus
itu 
>>yang kini dipersoalkan tetapi sebab dan musabab serta punca ke arah
itu 
>>yang menjadi pertanyaan dan kekecohan. Tanpa penjelasan jujur dan
terbuka, 
>>sebaliknya kelihatan lebih banyak dalam nada berhelah, berteka-teki
dan 
>>berdolak-dalik, pertunangan itu diputuskan hingga menimbulkan
kehairanan 
>>dan tanda tanya peminat. Ada yang marah, suka, kecewa, geram dan 
>>bersyukur. Itu hak masing-masing.
>>
>>Soalnya, selepas bapanya meninggal dunia, Mawi akui dia kini menjadi
ketua 
>>keluarga tetapi peliknya dia serahkan soal pertunangan dia dengan Ina
pada 
>>keluarga atau kakaknya untuk buat keputusan. Siapa yang hendak
kahwin? 
>>Ahli keluarganya atau Mawi. Alasan longgar sebeginilah yang menjadi
pelik. 
>>Kenapa Mawi tidak bersikap gentleman? Kenapa tidak ada alasan
munasabah 
>>pertunangan diputuskan dan akibatnya ramai peminat nampak Mawi yang 
>>penyebabnya. Apakah ini berkait kerana sikap Mawi sudah berubah
sesudah 
>>gaya hidupnya juga sudah berubah?
>>
>>Menerusi akhbar Metro Ahad pada 9 Julai lalu, Mawi berkata dia sudah
tawar 
>>hati pada Ina dan menuduh Ina bukan lagi yang dia kenali dulu.
Sebenarnya, 
>>apa kecurangan Ina sampai Mawi mahu putuskan tunang? Selama ini apa
yang 
>>diketahui Ina sukar nak hubungi Mawi dan Mawi beri alasan sibuk
tetapi 
>>keluar gosip dia pla sempat luangkan masa dengan artis wanita lain
sampai 
>>timbul gosip. Malah, gosip Mawi dengan Diana Rafar lebih memberi
kesan 
>>kalau nak dipersoal soal curang. Ina juga boleh menuduh Mawi bahawa
bekas 
>>tunangnya ini juga bukan lagi Mawi yang dikenalinya dulu ketika Mawi
tidak 
>>ada apa-apa dan ketika Mawi tidak jadi manusia glamor. Tapi, Ina
tidak 
>>sepopular Mawi sebab Ina bukan artis jauh lagilah orang popular, maka

>>sukar untuk Ina meraih simpati sebagaimana Mawi yang boleh menagih
simpati 
>>ribuan peminatnya, walaupun banyak kenyataan Mawi dalam isu ini
sebenarnya 
>>diragui, alasan lemah dan boleh dipertikai!
>>
>>Soal putus tunang atau cerai di kalangan artis popular bukan benda
luar 
>>biasa, malah sudah menjadi satu berita biasa yang sentiasa menjadi
panas.
>>
>>Isu putus tunang Mawi-Ina, ia menjadi menarik dan kontroversi kerana

>>rahsia sebenar dan sebab pertunangan itu diputuskan menjadi
teka-teki, 
>>tidak ada alasan kukuh, berselindung di sebalik 'tuduh-menuduh' dan
lebih 
>>musykil kerana ia berlaku selepas heboh Mawi digosipkan dengan Diana
Rafar 
>>dan kini dikatakan pula menjalin hubungan intim dengan adik kepada
seorang 
>>penyanyi dan pelakon.
>>
>>Kita hormati keputusan Mawi. Kita juga sanjungi ketabahan Ina dan 
>>keluarganya yang reda dalam kemelut ini. Keluarga Ina memang berduka

>>tetapi mereka sedar dan terpaksa mengukur baju di badan mereka
sendiri. 
>>Mungkin ini yang harus keluarga Ina terima kerana Mawi kini sudah
berubah 
>>hidupnya, bukan lagi Mawi dulu yang sanggup diterima mereka meskipun
dia 
>>tidak ada kerja tetap. Tahun lalu, masa Mawi bukan artis popular,
mereka 
>>terima seadanya Mawi tetapi tahun ini sesudah Mawi popular, Mawi pula

>>'membuang' Ina. Itu pun mereka sanggup terima juga. Syabas pada
keluarga 
>>Ina. Ini hikmah besar buat Ina.
>>
>>Namun, menganalisis tempoh pertunangan suci yang terjalin tidak
sampai 
>>satu setengah tahun ini, ia mengundang banyak kemusykilan bukan saja

>>masyarakat dan peminat, malah pihak media sendiri. Mawi dan
keluarganya 
>>tidak boleh lari dengan kehendak dan perhatian media yang terus
memberi 
>>tumpuan pada isu putus tunang Mawi-Ina atas alasan itu soal peribadi.

>>Status Mawi sebagai artis paling popular di Malaysia ketika ini tidak
akan 
>>dibiarkan begitu saja terutama menyentuh hal peribadinya, malah
mana-mana 
>>artis popular di negara lain juga, cerita peribadi seperti ini akan
terus 
>>dijadikan bualan, bahan siaran dan polemik kerana ia sememangnya
fitrah 
>>kehidupan, cerita begini sentiasa mahu diketahui masyarakat dan
peminat.
>>
>>Dalam konsep skrip drama, konflik sebegini cukup menarik untuk
membina 
>>dramatik menerusi kemelut dua watak utama yang berdepan persoalan
hati dan 
>>perasaan. Ia agak beza berbanding kisah hampir sama sebagaimana dalam

>>filem Gila-Gila Pengantin Popular arahan dan karya Aziz M Osman yang

>>ditayangkan tahun lalu apabila watak utama wanita yang menang
pertandingan 
>>menyanyi dan menjadi popular dalam sekelip mata melupakan tunangnya
di 
>>kampung kerana status diri sudah berubah kerana glamor dan pihak 
>>pengurusannya cuba menghapuskan pertunangan yang sudah termaktub.
Namun, 
>>dalam filem itu digambarkan selepas si tunang wanita tadi bangki dan
mampu 
>>membina namanya sendiri (popular), barulah keinsafan berlaku pada
watak 
>>penyanyi itu dan ketulenan cinta akhirnya menjelma juga akhirnya.
Namun, 
>>bersandarkan realiti dihadapi Mawi-Ina, kemungkinan sebagaimana
ending 
>>filem itu, ia agak mustahil.
>>
>>Mawi dalam kenyataannya menerusi Metro Ahad minggu lalu juga
meluahkan 
>>hasratnya, paling penting selepas ini beliau mahu mencari teman hidup
yang 
>>menerimanya bukan kerana popularitinya. Alasan itu melucukan kerana 
>>sekarang Mawi sudah menjadi artis popular dan tentulah elemen itu
akan 
>>menjadi faktor untuk mana-mana gadis lain menjadi teman hidupnya.
Cinta 
>>suci Ina pada Mawi adalah bukti jelas kerana Ina memilihnya secara
tulen, 
>>bukan kerana popular, sebaliknya Mawi ketika itu cuma pemuda simple
dari 
>>kampung Felda Taib Andak yang masih menganggur, tercari-cari arah
hidup 
>>dan banyak dibantu Ina. Ina terima Mawi seadanya. Namun, hati manusia

>>siapa yang menyangka.
>>
>>Kalau Mawi mahu pandangan dan tindakannya dihormati orang, beliau
juga 
>>harus hormati teguran, nasihat dan kritikan yang orang lain berikan 
>>terhadapnya. Mawi walaupun dah popular tetapi masih dalam kategori
'budak 
>>mentah' dalam dunia hiburan dan sesekali dia kena to'maninah sambil 
>>bermuhasabah diri. Salam takziah buat Mawi.
>>
>>Kata orang, kerbau diikat dengan tali, manusia diikat pada janji,
Mawi 
>>terikat dek populariti... - [EMAIL PROTECTED] 
>>
>>
>>Eyza Razalie ( Putrajaya )
>>[]
>>
>>------------------------------
>>Member of Kelab Downline Islam Malaysia (KDIM)
>>ID Code - 6384
>><http://www.kdim.net/?penaja=6384>http://www.kdim.net?penaja=6384 
>>
>>
>>Do you Yahoo!?
>>Next-gen email? Have it all with the 
>><http://us.rd.yahoo.com/evt=42243/*http://advision.webevents.yahoo.com/handraisers>all-new

>>Yahoo! Mail Beta.
>>
>>
>>
>>How low will we go? Check out Yahoo! Messenger's low PC-to-Phone call

>>rates.


><< VirusWall_Message.txt >>

_________________________________________________________________
Get an advanced look at the new version of MSN Messenger. 
http://messenger.msn.com.my/Beta/Default.aspx 




DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke