Setiap umat Islam perlu berperanan menjelaskan apa itu Islam
Mon | Jul 31, 06 | 05:12:28 PM
Oleh Salmiyah Harun
BANGI, 31 Julai (Hrkh) - Penasihat Peguam-peguam Syarie, Dato' Muhamad Burok berkata, dalam menghadapi isu kewibawaan Islam yang dicabar setiap umat Islam harus memainkan peranan memberitahu orang bukan Islam sejauh mana dia tahu tentang Islam.

Katanya, orang Islam tidak boleh menyerahkan masalah ini kepada golongan ulama sahaja untuk memperbetulkan persepsi orang bukan Islam terhadap Islam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas kuliah wanita yang berlangsung selama tiga jam di surau An-Nur Bangi pada 31 Julai lalu.

"Orang bukan Islam tidak tahu tentang Islam terutama perkara-perkara sensitif yang menyentuh kewibawaan Islam, dan mereka inilah yang harus diberi penerangan tentang agama Islam itu sendiri," katanya.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri Abdullah Badawi yang meminta semua pihak tidak membangkitkan isu agama, Muhamad berkata, kuliah pada hari ini bukan mencabar mana-mana pihak sebaliknya mahu memberi penerangan sebaiknya kepada orang Islam.

"Kami hanya cuba memberi penerangan kepada orang Islam sebab agama mereka digugat bukan untuk mengugut sesiapa hatta kerajaan sekali pun," katanya.

Tambahnya, sebenarnya Kumpulan Artikel 11 diwujudkan untuk memenuhi agenda pihak antarabangsa untuk mengugat agama Islam.

Sementara itu, beliau turut menegur sikap Majlis Peguam yang bersikap berat sebelah dalam soal ini yang mana mereka sepatutnya bersikap berkecuali.

"Ahli-ahli Majlis Peguam  40 peratus daripadanya adalah orang Islam," katanya. - mns


PUM beri watikah 5 ulama bantu selesai masalah ummah
Mon | Jul 31, 06 | 02:11:01 PM
Oleh Saidatul Amani KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - Lima tokoh agama negara diberi watikah ahli kehormat Persatuan Ulama Malaysia (PUM) sebagai ulama berwibawa untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan umat Islam.

Watikah itu disampaikan Yang Dipertua  PUM, Ustaz Md Saleh Md @ Ahmad dalam seminar Kebangsaan 50 tahun merdeka daripada perspektif Islam  di sebuah hotel di sini pada 29-30 Julai lalu.

ImagePenerima watikah adalah Mufti Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria; bekas tokoh Maal Hijrah 1995 Wilayah Persekutuan, Dato' Sheikh Ghazali Abdul Rahman; Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Awang; bekas Yang Dipertua PUM sesi 1998-2003, Ustaz Abdul Ghani Samsudin dan Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dato' Mohd Nakhaie Ahmad.

Seminar bertemakan 'Menekuni iktibar sejarah, memahami realiti dan menyusun strategi masa depan' dihadiri ahli PUM dari seluruh negara.

Seminar yang bermula pagi Sabtu dan berakhir tengah hari Ahad itu, dirasmikan Ketua Pengarah Jakim, Dato' Mustafa Abdul Rahman, mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Abdullah Md Zin.

Antara pembentang kertas kerja Profesor Dr Abdul Aziz Bari (UIAM); Profesor Dato' Dr Abd Munir Yaacob (APIUM); Profesor Madya Dr Raihanah Abdullah (APIUM); Ustaz Ridhuan Tee Abdullah (Macma); Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim; Dato' Dr Siddiq Fadzil; Mohd Nakhaie dan Ustaz Abd Ghani.

Dalam ucaptama Ustaz Md Salleh mengingatkan para ulama dan institusi agama Islam memainkan peranan utama untuk memaparkan tasawwur dan persepsi Islam yang betul dalam segala bidang untuk diguna pakai oleh golongn elit politik, ekonomi, budayawan dan sebagainya.

Beliau berkata, pandangan ulama dan institusi agama Islam wajar diberi perhatian dan diterima serta perbincangan demi penyelarasan tugas ke arah cita-cita yang dipersetujui perlu terancang.

Katanya, selagi Islam tidak dilaksanakan secara menyeluruh maka selagi itu gejala maksiat akan terus berkembang dalam masyarakat.

Menurutnya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam perlu berperanan mendidik dan memobilisi masyarakat untuk menyegar serta memberi kekuatan kepada umat Islam. - lanh

*******************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


Inbox full of spam? Get leading spam protection and 1GB storage with All New Yahoo! Mail. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke