pertama-tama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
seluruh umat islam malaysia yang prihatin dengan isu-isu antarabangsa seperti
serangan tentera israel terhadap lubnan sehinggakan kita sepakat berpiket
apabila setiausaha negara USA mdm Rice datang kemalaysia.
marahnya kita pada amerika dapat dilihat dengan puluhan ribu manusia berkumpul
diKLCC baru-baru ini atas tajaan pemuda UMNO.
Syabas....
kita sangat marahkan amerika yang kita lihat secara terang-terang menyokong
tindakan tentera israel maka sebenarnya tidaklah hairan sokongan tersebut kerana
kebanyakkan orang kuat amerika adalah berbangsa yahudi.
kita diminta untuk memboikot product-product keluaran yahudi dan amerika seperti
tesco dan sebagainya.
saya memberi pendapat secara peribadi,
adalah tidak adil jika kita diminta untuk memboikot product-product keluaran yahudi
atau tesco dimalaysia hanya semata-mata perbuatan mereka menyerang lubnan.
sekiranya kita bersetuju dengan boikot tersebut, maka secara amnya kita kena
juga memboikot kerajaan malaysia kerana mereka telah memberi kelulusan tesco,
product-product yahudi dijual disini.
disitulah akar umbinya.
sekiranya tuan-tuan ingin memboikot tesco, apa akan terjadi dengan pekerja-pekerja
rakyat malaysia yang bekerja ditesco? bukankah itu bermakna kita bersikap kejam dengan
rakan-rakan seagama dan sebangsa kita?
melalui pengalaman saya, budaya boikot yang cuba dilakukan oleh rakyat malaysia/islam
sebenarnya gagal, dari dulu lagi kita cuba boikot, sebagai contoh KFC, coke....tapi ramai juga
orang-orang kita pergi kesana dan membeli.
kalau tuan-tuan dan puan-puan mengkaji islam, umat islam yang ditimpa bencana tergolong
didalam dua klasifikasi.
pertama kerana umat tersebut melakukan banyak maksiat dan yang kedua allah ingin menguji
tahap keimanan mereka.
tetapi kalau satu negara, satu bangsa yang ditimpa bencana, pendapat saya mereka telah
melakukan banyak maksiat.
kita sebenarnya tidak tahu secara detail berkenaan budaya dan taraf kehidupan orang-orang
lubnan, bagaimana gaya hidup mereka, adakah mereka itu benar-benar membudayakan islam
didalam kehidupan seharian mereka. adakah jiwa mereka benar-benar islam?
yang kita tahu ialah lubnan adalah negara islam, berapa juta rakyat mereka yang islam dan
berapa juta rakyat yang murtad dan berapa yang kafir.
hanya kerana lubnan sebuah negara islam, kita pun kununnya turut merasa penderitaan mereka.
oleh kerana begitu sibuk dengan isu-isu lubnan oleh orang-orang islam malaysia, baik
tajaan UMNO atau PAS, kita sebenarnya telah melupakan 'Gajah' didepan mata yang
sepatutnya setiap orang islam dan melayu harus perjuangkan.
isu MURTAD.
secara peribadi saya tak kisah pasal artikel 11 itu, kerana pada saya itu hanya 'KATA NAMA'
sahaja. kalau nak buang melayu = islam, saya tak kisah. tapi yang saya kisah adakah orang-orang
melayu islam tersebut telah mengamalkan cara hidup sebagaimana yang allah dan rasulNya inginkan.
inilah yang harus setiap islam/melayu perjuangkan.
kalaupun kita berjaya menghalang IFC, adakah kita telah menang? adakah bangsa melayu yang
islam telah berjaya?
adakah allah melihat zahir makhlukNya?
sejak dulu lagi kita hanya pentingkan zahiriah saja, pentingkan nama saja. sebagai contoh bila
melihat seorang yang berpakaian serban, kita percaya dia dari orang yang baik-baik. itulah
salahnya kita.
secara peribadi saya tidak kisah kalau orang nak murtad, kerana dia jujur dengan pendirian dia.
menjadi murtad adalah lebih baik dari munafik, iaitu duduk dalam islam tapi mengamalkan
cara hidup kafir.
saya berani undi, ramai orang-orang islam/melayu yang mengamalkan cara hidup kafir, seperti minum arak,
berjudi, berzina dan sebagainya pada masa ini. anak-anak perempuan memakai tudung tapi berzina
ditepi tasik.
mana yang lebih baik? tuan-tuan dan puan-puan boleh menilai sendiri.
kenapa seseorang islam boleh murtad? walaupun telah dididik dengan ilmu agama islam?
mana silapnya? adakah ilmu yang diberi tidak betul? adakah islam yang disalurkan kepada minda
remaja-remaja sekarang ini hanya islam zahir saja?
islam yang hanya penuh dengan hukum-hukum, itu tak boleh, ini tak boleh?????itukah islam???
tuan-tuan dan puan-puan, sudah sampai masanya ulama-ulama turun padang, menyebarkan islam
yang sebenar seperti mana nabi muhammad saw lakukan kepada jahiliah dahulu.
serapkan islam yang benar yang boleh terus masuk kedalam jiwa mereka. kalau jiwa remaja sudah
islam, saya percaya gejala dajjal ini tak akan dapat menembusi walau selapis jiwa mereka.
kalau kita tidak mula dari sekarang, saya percaya musibah pasti akan menimpa kita satu hari nanti, bila
mana makin ramai orang islam/melayu yang tidak dapat keluar agama tapi mengamalkan cara
hidup kafir dan ketahuilah bahawa perbuatan ini lagi BAHAYA.
sudah sampai masanya kita melakukan tindakan drastik secara berhemah.
tuan-tuan dan puan-puan boleh mengkaji persoalan ini. adakah benar seorang kanak-kanak melayu
yang lahir sudah islam? benarkah kanak-kanak cina yang lahir sudah kafir?
adakah tuhan bersikap zalim sekiranya Dia telah menetapkan sedemikian rupa? setujukah kalau
saya katakan bahawa allah juga telah memberi dengan izinNya pilihan pada makhlukNya untuk
membuat pilihan agama manakah yang dia mahu? sila baca terjemahan al quran.
kalau allah sendiri dah bagi pilihan kepada makhlukNya kenapa kita tak boleh buat apa yang allah
buat. adakah kita mahu melawan undang-undang allah.
sebagai seorang melayu yang telah memilih islam sebagai pedoman, panduan dan cara hidup, apa
yang boleh kita lakukan ialah mentarbiyah setiap kanak-kanak melayu bahawa islam itu adalah
agama yang betul. kita adalah utusan allah maka kerja seorang utusan hanya menyampaikan sahaja.
namun begitu setiap penyampaian kita haruslah dengan 4 sifat ini, iaitu siddiq, amanah, tabligh dan
fatanah.
oleh itu, saya menyeru setiap ulama-ulama, bermulalah dari sekarang berjuang menyampaikan
ilmu allah bermula dari akar umbi. itulah yang harus tuan-tuan dan puan-puan (dan diri saya) lakukan
sekiranya kita sayangkan ISLAM.
bukan hanya bersorak, berkempen dan berpiket.
ayuh orang-orang yang jiwa mereka islam, dermalah, kumpullah dana yang banyak supaya ulama-ulama
dapat pergi keseluruh pelosok malaysia menyampaikan islam yang benar.
kita tak mahu ulama yang hanya nak datang ceramah jika dibayar mahal dan tempat mesti
esklusif atau ulama yang hanya duduk kat bilik aircond. itu ulama taik minyak.
ingat kawan-kawan, ISLAM harus mekar didalam JIWA.
wasalam.
| -------------------------------------------------------------- | ||
| Omron Malaysia Sdn Bhd (OMB) | ||
| Product Engineering Section | ||
| Tel | : 603-7884 8000 Ext : 363/364 | |
| Fax | : 603-7884 8008 | |
| : [EMAIL PROTECTED] | ||
| Website | : www.omron-ap.com.my | |
| -------------------------------------------------------------- | ||
DISCLAIMER:
This message may contain confidential and privileged information for its intended recipient (s) only. If you are not an intended recipient, you are hereby notified that any review, dissemination and distribution, printing or copying of this message or any part thereof is strictly prohibited. Please delete the entire message and inform the sender of the error. Any opinions, conclusions and other information in this message that are unrelated to official business of Omron are those of the individual sender and shall be understood as neither explicitly given nor endorsed by Omron.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
__,_._,___
