| Bebaskan rakyat Malaysia dari 46 tahun kezaliman ISA |
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Hari ini (1 Ogos 2006), genaplah 46 tahun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 diguna di bumi Malaysia. Selama itulah, berpuluh ribu rakyat telah menjadi mangsa penahanan tanpa bicara, penyeksaan dan pencabulan hak asasi manusia.
Selama itulah juga, rakyat Malaysia berterusan dizalimi dan ditipudaya di sebalik penggunaan ISA dengan alasan untuk menjamin keselamatan dalam negara.
ISA yang diluluskan oleh Parlimen pada 1 Ogos 1960 setelah darurat diisytiharkan
berakhir pada 30 Julai 1960 pada mula-mulanya bertujuan untuk menghadapi ancaman dan kegiatan komunis.
Bukan lagi untuk perangi komunis
Tetapi dalam tempoh lebih empat puluh tahun ini, ia telah digunakan untuk pelbagai tujuan selain daripada tujuan asal ia diluluskan oleh Parlimen sehinggakan ada pihak telah mempersoalkan samada tujuan asal akta itu digubal benar-benar untuk komunis atau berkepentingan politik semata, kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbarnya hari ini di pejabat Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dekat Brickfield sempena genap penggunaan ISA selama 46 tahun.
Bercerita mengenai latarbelakang ISA Syed Ibrahim berkata, ISA dikatakan digubal untuk menjamin keselamatan dalam negara, sebagai langkah pencegahan elemen subversif dan pencegahan keganasan.
Namun, ISA
sudah menjadi akta pilihan dan jalan mudah menggantikan amalan profesionalisme polis seperti risikan dan penyiasatan yang teliti.
"Bayangkan, berpuluh-puluh tahun setelah digubal, kita masih mendengar bantahan keras, kritikan hebat dan desakan rakyat terhadap ISA. Mengapa?," ujarnya.
Semua PM guna ISA untuk politik
Menurut Syed Ibrahim, akta yang kejam ini digunakan oleh semua Perdana Menteri untuk menindas rakyat jelata yang dahagakan demokrasi dan keadilan.
Sebagai contoh, pada tahun 1960-an, ISA digunakan untuk melumpuhkan gerakan kesatuan sekerja dan parti politik pembangkang yang begitu aktif.
Sementara pada tahun 1970-an, selain daripada kesatuan sekerja dan aktivis politik, mahasiswa dan para pensyarah yang aktif dalam gerakan sosial pula dijadikan mangsa ISA.
Pada tahun 1980-an, golongan yang dijadikan
mangsa lebih meluas sehingga para aktivis alam sekitar, gerakan agama dan aktivis hak wanita turut dizalimi.
Awal 1990-an, kumpulan agama seperti Al-Arqam, pengikut Syiah dan aktivis Reformasi turut dijadikan sasaran kezaliman ISA, katanya.
Kemuncaknya, pada tahun 1998 apabila mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dibelasah oleh Ketua Polis Negara (ketika itu), Tan Sri Rahim Noor, semasa dalam tahanan, ISA digunakan mengelakkan diketahui umum.
ISA senjata orang zalim?
"Inilah 'kecantikan'ISA, untuk melindungi kerja jahat pendokong kezaliman. Menjelang alaf baru tahun 2000 hingga kini, muncul pula alasan baru penggunaan ISA. Atas nama memerangi keganasan, kumpulan yang diberi nama seperti KMM (Kumpulan Mujahidin Malaysia yang kemudian diubah kepada Kumpulan Militan Malaysia), JI (Jemaah Islamiyah) dan DI (Darul Islam) menjadi mangsa baru ISA," katanya
lagi.
Tiba-tiba entah dari mana, tersembul keluar sarang keganasan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dan pengeboman di merata dunia, dengan mudah ISA digunakan kerana ianya tidak memerlukan kepada pendakwaan di mahkamah.
Sehingga hari ini, lebih daripada 100 individu masih ditahan di bawah ISA. dengan pelbagai tuduhan dilemparkan kepada mereka yang ditahan, antaranya KMM, JI, pemalsuan syiling dan Mykad, penglibatan dalam industri nuklear bom dan gerakan agama, katanya.
Mereka yang ditahan ini tidak diberi peluang untuk membela diri di mahkamah terbuka dan adil.
Pada bulan September yang akan datang sudah ada tahanan yang akan genap lima tahun ditahan. Antaranya ialah Nik Adli Nik Abdul Aziz, (anak kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat).
ISA menghalalkan penyeksaan
Sejarah telah
menyaksikan bahawa penahanan ISA menghalalkan penyeksaan dan penghinaan maruah seseorang manusia. Sejak 1960-an, ribuan tahanan yang ditahan di bawah ISA telah melalui pelbagai penyeksaan yang amat menjijikkan, biarpun penyeksaan fizikal ataupun mental.
Ini telah menjadi satu kelaziman untuk setiap penahanan ISA. Sebahagian daripada kes-kes ini telah pun dijadikan laporan rasmi selepas GMI menghantar memorandum yang bertajuk "torture, Inhumane and Degrading Treatment and abuse of powers by the police under the Internal Security Act' kepada Suruhanjaya Diraja Polis.
Namun, tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan bahawa pesalah-pesalah yang kejam dan tidak berperikemanusiaan akan dihadapkan ke muka pengadilan, katanya.
Pendedahan penyeksaan di Kem Guantanamo Bay membuka mata ramai pihak. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi turut mengecam tindakan itu dan turut bersetuju dengan
saranan Kofi Annan, Setiausaha Agung PBB, supaya kem berkenaan ditutup.
"Soalnya, apakah Kem Tahanan Kamunting (Kemta) lebih baik? Amat penting diingat bahawa Suruhanjaya PBB tentang Guantanamo Bay turut mendedahkan bukan sahaja pencabulan hak asasi dari segi penyeksaan tetapi juga yang lebih penting penahanan tanpa bicara dan sewenang-wenangnya ke atas mangsa. Tidakkah Kemta menempatkan orang yang ditahan tanpa bicara dan ditahan sewenang-wenangnya? Kenapa tidak disyorkan supaya Kemta ditutup?," katanya lagi.
ISA hukum isteri, anak-anak dan keluarga
Menurut Syed Ibrahim, kesengsaraan dan kezaliman ISA turut melibatkan keluarga tahanan, dimana ISA turut menghukum ibu bapa, isteri, anak-anak dan rakan taulan.
ISA merampas kebahagiaan keluarga tahanan dan membawa penderitaan yang perit, ujarnya.
"Hari ini, GMI ingin mencabar Polis
Cawangan Khas (SB) dan kerajaan untuk membuktikan bahawa nasib keluarga tahanan ISA terbela dan tidak terjejas. Tunjukkan ciri-ciri Islam Hadhari dengan membuktikan keluarga tidak menderita dan kehidupan mereka tidak merana," katanya dengan nada yang marah.
Rakyat tidak menuntut kebebasan mutlak tanpa batasan, tetapi dimaksudkan ialah kebebasan di atas landasan kebenaran dan keadilan sejagat.
ISA telah membantut dan merencatkan semangat kebenaran dan keadilan ini dengan membudayakan ketakutan ke dalam jiwa rakyat, katanya.
Tuntutan GMI
Justeru sempena 46 tahun usia ISA, GMI yang dianggotai oleh lapan puluh tiga (83) menuntut ISA dimansuhkan, bebaskan semua tahanan, kerajaan menutup Kemta dan menjadikannya sebagai muzium sejarah.
Justeru sempena 46 tahun usia ISA, GMI yang dianggotai oleh lapan puluh tiga (83) menuntut ISA dimansuhkan, bebaskan semua tahanan, kerajaan menutup Kemta dan menjadikannya sebagai muzium sejarah.
Malah kerajaan juga perlu menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat penyeksaan dan penganiayaan yang
dilakukan ke atas bekas tahanan ISA dengan membayar gantirugi yang setimpal kepada mereka dan menghukum orang yang melakukan penyeksaan itu, katanya lagi.
Dalam sidang media yang sama, Syed Ibrahim turut mengumumkan bahawa bulan Ogos adalah bulan anti ISA dengan pelbagai program serta road show akan dibuat GMI untuk mempergiat aktiviti mendapatkan sokongan rakyat menggesa kerajaan memansuhkan ISA, katanya.
"Biarlah hari ini, sempena ulang tahun ke-46 ISA menjadi satu tamparan bagi menyedarkan kita bahawa sepanjang hayat ISA ini, prinsip, keluhuran dan keagungan demokrasi dan keadilan telah dicabuli siang dan malam."
"Selagi ISA wujud di negara ini, tidak usah kita cerita pasal demokrasi, hak asasi dan keadilan. Memang selama ini, prinsip Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara tergadai kerana ia diletakkan di bawah akta ISA yang diluluskan di Parlimen,"
katanya./wann
******************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use" The Wall Street Journal __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
__,_._,___
