| BN gentar jika isu rakyat diperjuangkan - Dr Hatta |
Oleh Roy Rasul KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa 'double-standard' dalam melayan rakyat apabila membenarkan bantahan mengenai isu penduduk Palestin dan Lubnan sebaliknya bertindak ganas terhadap rakyat sendiri dalam isu seperti kenaikan harga minyak dan barang-barang.
Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, berkata berdasarkan dua senario itu, pihak berkuasa juga dilihat bersikap terpilih dalam membenarkan rakyat berhimpun dan bersuara.
Katanya, kerajaan membolehkan rakyat menyatakan bantahan terhadap
isu-isu luar negara sedangkan apa saja yang menyinggungnya termasuk isu dalam negara dilarang sama sekali.
Ini katanya, biarpun dalam isu kekejaman Zionis Israel terhadap rakyat Palestin dan Lubnan perlu dibantah oleh semua masyarakat, kerajaan kena bersikap terbuka dalam apa saja isu dalam negara.
"Sebenarnya tidak ada masalah jika seseorang itu hendak berdemonstrasi sama ada membabitkan isu dalam negara ataupun luar negara."
"Tetapi yang kita pertikai pihak berkuasa hanya benarkan rakyat bersuara dalam isu luar negara manakala untuk isu dalam negara mereka tidak beri ruang langsung umpamanya demonstrasi membantah kenaikan harga minyak di KLCC pada 29 Julai lalu," katanya yang dihubungi Harakahdaily hari ini.
Tambahnya, dalam beberapa siri demonstrasi sebelum ini yang mempertikaikan kewibawaan kerajaan seperti isu kenaikan harga minyak, ada
sebilangan peserta ditahan dan dipukul pihak polis.
Kezaliman ini berlaku sedangkan demonstrasi berkenaan diadakan secara aman, katanya.
Tindakan demikian, katanya, menunjukkan kerajaan tidak adil dan berat sebelah kerana mengabaikan isu yang membawa kesusahan kepada rakyat umum.
"Kami tidak kisah Pemuda Umno hendak berdemonstrasi tetapi kerajaan perlu bagi kerjasama untuk rakyat bersuara dalam hal isu dalam negara sendiri bukan untuk isu antarabangsa saja."
"Ini sekali gus menggambarkan kerajaan tidak memberi kebebasan bersuara kepada rakyat dan perkembangan ini mengecewakan kami," katanya.
Katanya lagi, sebagai sayap kanan sebuah badan yang berkuasa di negara ini, Pemuda Umno diingatkan jangan hanya berani mempertahankan hak asasi orang luar saja sedangkan nasib rakyat sendiri dipinggirkan.
"Kalau berani, berdemonstrasilah
membantah kenaikan harga minyak yang susahkan rakyat," katanya. - lanh
**********************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Inbox full of spam? Get leading spam protection and 1GB storage with All New Yahoo! Mail. __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
__,_._,___
