Asslmkum wrb. Apa komen saudara-saudara semua mengenai hasrat kerajaan kali ini..

Yang pasti pengguna makin dibebani..

harga barang-barang melambung lagi..  

 

Amaran Jimat Air Atau Naik Harga

 

KUALA LUMPUR 31 Julai – Kerajaan hari ini memberi amaran kepada pengguna mungkin akan berhadapan dengan kadar tarif air lebih tinggi jika tidak berjimat menggunakan air.



Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik menegaskan, kerajaan tiada pilihan kerana rakyat tidak hargai air walaupun negara menerima taburan hujan yang sangat tinggi.

‘‘Kerajaan ada dua cara untuk memastikan rakyat menghargai air iaitu naikkan tarif air atau meminta rakyat berjimat cermat dalam menggunakan air.

‘‘Tetapi kerajaan nak kempen dulu. Lepas itu jika rakyat tidak berjimat guna air, maka bermakna rakyat memaksa kerajaan untuk menaikkan tarif air,’’ kata beliau.

Bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Kesedaran Penjimatan Air Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata, kerajaan kini menumpukan kepada usaha menjimatkan penggunaan air di kalangan rakyat.

Rakyat Malaysia secara purata menggunakan 184 liter air sehari dan penggunaan itu amat tinggi berbanding negara lain.

Berdasarkan Panduan Industri Air Malaysia 2004, penggunaan air bagi seseorang ada kalanya mencecah 300 liter sehari dan ia mencecah hingga 500 liter sehari dibandar.

Penggunaan air yang disarankan ialah 100 liter sehari berdasarkan kepada State of Water Population 2001, United Nation Population Fund.

Sehubungan itu, Keng Yaik mensasarkan penjimatan 10 peratus penggunaan air bagi setiap isi rumah dalam Kempen Kesedaran Penjimatan Air Kebangsaan yang berlangsung selama 24 bulan berakhir 2008.

‘‘Penjimatan 10 peratus air ini adalah cukup untuk menampung keperluan penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,’’ kata beliau.

 

Sumber : Utusan Malaysia

 

__._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___
/---------------------------------------------------------------------------\

Confidential and/ or privileged information may be contained in this
e-mail and any attachments transmitted with it ('Message'). If you are
not the addressee indicated in this Message (or responsible for 
delivery of this Message to such person),you are hereby notified that
any dissemination, distribution, printing or copying of this Message or
any part thereof is prohibited. Please delete this Message if received 
in  error and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions
and other information in this Message that do not relate to the 
official business of this company shall be understood as neither given
nor endorsed by this company.

This mail is certified Virus Free by *ProtectNow! (InternetNow Sdn Bhd) 
*Scanner Engine powered by Norman Virus Control

\--------------------------------------------------------------------------/

Kirim email ke